Sabah Tidak Mahu Kecewakan Penyokong Di Likas
JDT Berdepan Tugas sukar berdepan Sabah FC di Likas.
(📸 ©Sinar Harian)
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)
Penyokong Sabah FC yang membanjiri Stadium.
(📸 ©officialsabahfc Instagram)
SABAH FC bertekad untuk tidak mengecewakan para penyokong The Rhinos apabila melayan kunjungan pendahulu Liga Super, Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Likas pada Rabu.
Malah pengendali The Rhinos, Datuk Ong Kim Swee, rekod bersih saingan liga di Likas musim ini merupakan motivasi Sabah bagi menghadirkan tentangan sengit kepada skuad berkualiti kendalian Esteban Solari itu.
“Semua tahu bukan satu tugas mudah apabila berdepan JDT yang berada pada prestasi konsisten dalam saingan liga dan ini merupakan cabaran terbesar buat Sabah.
“Meraih keputusan positif berdepan JDT juga penting kerana kita mahu memastikan Sabah kekal bersaing dalam kelompok pasukan terbaik Liga Super musim ini.
“Sekiranya, para pemain Sabah melipatgandakan usaha memberikan tentangan sengit disertai kesungguhan dan permainan berkualiti tinggi, saya percaya para penyokong akan faham di penghujung perlawanan,” katanya kepada Sukan Sinar pada Selasa.
Sebagai rekod, perlawanan pusingan pertama sebelum ini menyaksikan JDT menewaskan Sabah, 4-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada April lalu.
Ong Kim Swee menegaskan perlawanan menentang Harimau Selatan merupakan ujian sebenar buat pemain import Ramon Machado yang telah meledak 6 gol dan 2 bantuan gol dalam 5 penampilan bersama The Rhinos.
(📸 ©Daily Ekspress)
“Ya, biarpun Ramon yang baharu menyertai Sabah, namun dia telah menampilkan persembahan cemerlang dalam beberapa perlawanan sebelum ini
“Jadi apabila berdepan JDT, pasukan yang kurang dibolosi musim ini merupakan ujian sebenar buat Ramon bagi membuktikan kemampuannya.
“Biarpun begitu saya tegaskan di sini menjaringkan gol kemenangan bukannya datang daripada Ramon, tetapi juga menjadi tanggungjawab semua pemain Sabah,” katanya memaklumkan tuan rumah turun tanpa khidmat Miguel Angel Cifuentes yang masih mengalami kecederaan.
Ribuan ‘badak’ halangan JDT
Peminat Sabah membanjiri Stadium Likas ketika aksi menentang JDT.
(📸 ©BH Sukan)
Turun dengan misi mengekalkan rekod kemenangan bersih malam ini, Johor Darul Ta’zim (JDT) bukan sahaja akan berdepan cabaran Sabah FC, malah ribuan penyokong Sang Badak.
Kelmarin, 22,000 tiket untuk perlawanan di Stadium Likas, Kota Kinabalu habis dijual dan penyokong tuan rumah akan menggunakan kekuatan sorakan mereka untuk membantu skuad Sang Badak mengejutkan Harimau Selatan.
Situasi itu pastinya meningkatkan semangat anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee untuk memburu kemenangan ke-12 musim ini, sekali gus menghidupkan semula misi memburu kelompok tiga teratas Liga Super.
Biarpun kalah 4-0 kepada JDT dalam aksi pertama liga pada 1 April lalu, namun Sabah tidak pernah kalah di Likas musim ini.
ONG KIM SWEE
.
(📸 ©UTUSAN)
“JDT akan menjadi ujian sebenar Sabah FC. Kami belum tewas di Likas, dan kami berharap dapat mengekalkan rekod itu.
“Kami boleh memperoleh keputusan positif jika pemain bekerja keras. JDT konsisten musim ini, dan mereka tidak melepaskan banyak gol.
“Bagaimanapun, (Ramon) Macedo berada dalam prestasi terbaik, dan satu gol menentang JDT akan meningkatkan keyakinannya,” kata Kim Swee.
Penyerang import dari Brazil, Macedo berada pada prestasi terbaik dengan menjaringkan enam gol dalam lima perlawanan terakhir.
Sabah juga mengalu-alukan kembali pertahanan Korea Selatan, Park Tae Su, penyerang Darren Lok, selain pemain tengah, Sadil Ramdani serta Miguel Cifuentes yang tidak beraksi ketika mereka mengalahkan Kuching City 3-0 pada saingan Piala Malaysia, Sabtu lalu.
SOURCE:
UTUSAN
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://obsesbola.blogspot.com/2023/08/sabah-tidak-mahu-kecewakan-penyokong-di.html