Sabah Kekal Negeri Paling Banyak Masjid Di Malaysia


Oleh AMREE AHMAD 
  MASJID NEGERI SABAH
PUTRAJAYA: Sabah terus unggul apabila bukan sahaja negeri yang paling banyak masjid di negara ini, malah merekodkan bilangan masjid baharu tertinggi dibuka sepanjang tahun lepas.
Perangkaan terkini Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) disiarkan menerusi laman sesawang rasmi agensi itu awal bulan ini menunjukkan lima masjid baharu kini beroperasi di Sabah menjadikan jumlah keseluruhan 1,077 masjid sepanjang tahun lalu berbanding 1,072 buah (2020) dan hanya 1,045 (2019).
Bilangan tersebut menurut Jakim, membabitkan sebuah masjid yang bertaraf negeri di Kota Kinabalu, 10 buah masjid kerajaan, 21 buah masjid daerah dan baki 1,045 buah masjid kariah.
Penduduk Sabah berjumlah lebih 3.3 juta orang dengan majoriti besar 2.2 juta Muslimnya terdiri daripada kalangan etnik Bajau diikuti Melayu, Kadazan Dusun, Murut dan Bumiputera lain.
Pertambahan masjid di negeri tersebut dipercayai ekoran permintaan tinggi dalam kalangan umat Islam untuk ibadah solat fardu berjemaah selain aktiviti dakwah kepada komuniti tempatan.
Secara statistik, sebanyak 17 buah masjid baharu dibina di seluruh Malaysia sepanjang tahun lepas dengan Kedah muncul kedua tertinggi iaitu empa diikuti Perak pula tiga selain Perlis dan Kuala Lumpur masing-masing menambah dua masjid baharu serta Melaka (1).
Berdasarkan perangkaan itu, Malaysia ketika ini mempunyai 6,514 buah masjid yang meliputi 19 masjid bertaraf negeri, 76 masjid kerajaan, 168 berstatus daerah dan 6,251 masjid kariah.
Johor kekal sebagai negeri kedua terbanyak masjid iaitu 822 buah disusuli Perak (652), Pahang (630), Kelantan (584), Kedah (581), Terengganu (484), Selangor (421) dan Sarawak (369). Putrajaya pula masih sedikit masjid iaitu tiga buah diikuti Labuan (15), Kuala Lumpur (69), Perlis (101), Melaka (195), Pulau Pinang (213) dan Negeri Sembilan (298).
Utusan Online minggu lalu melaporkan bilangan surau merosot teruk di Negeri Sembilan, Kedah, Perak dan Terengganu, namun jumlahnya secara keseluruhan bertambah seluruh negara sekali gus menunjukkan terdapat 18,261 buah surau di Malaysia untuk awal tahun ini dengan Selangor kekal sebagai terbanyak premis ibadah tersebut iaitu berjumlah 2,170 buah.
Ini diikuti Kedah sebanyak 2,082 buah, Johor (2,042), Perak (1,970), Terengganu (1,848), Pahang (1,747), Sabah (1,176), Kelantan (1,077), Negeri Sembilan (1,073) dan Sarawak (832). Paling sedikit surau pula ialah Wilayah Persekutuan Labuan dengan hanya 43 buah, disusuli Putrajaya (111), Perlis (205), Kuala Lumpur (518), Pulau Pinang (554) dan Melaka (813).


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/sabah-kekal-negeri-paling-banyak-masjid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes 6 Negeri Naik Kedah Paling Tinggi

Kes 6 Negeri Naik Kedah Paling Tinggi

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 134 hits
AGENDA DAILY Pecahan kes Covid 19 mengikut negeri negeri pada 9 Januari 2022 Sumber Jabatan Kesihatan Negeri Kedah mendahului negeri negeri lain dari segi jumlah peningkatan jangkitan harian dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi ...
Melayu Paling Ramai Terjebak Ah Long Utusan Malaysia 09 01 2022

Melayu Paling Ramai Terjebak Ah Long Utusan Malaysia 09 01 2022

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 247 hits
PETALING JAYA Kira kira 80 peratus daripada 7 000 peminjam syarikat tidak berlesen atau ah long sepanjang tahun lalu adalah orang Melayu manakala selebihnya kaum kaum lain Lebih membimbangkan bilangan peminjam baharu dikatakan mencapai 450 ...
Projek Ladang Hutan Di Kelantan Paling Membimbangkan Di Semenanjung Malaysia

Projek Ladang Hutan Di Kelantan Paling Membimbangkan Di Semenanjung Malaysia

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 221 hits
MEOR RAZAK MEOR ABDUL RAHMANUntuk makluman Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob masyarakat umum tidak mempersoal aktiviti pembalakan dilakukan secara sah atau tidak sah tetapi apa yang dipersoalkan adalah dasar dan ketetapan Kerajaan Ne...
Bendera Dan Jata Negeri Setiap Negeri Dan Wilayah Persekutuan Di Malaysia

Bendera Dan Jata Negeri Setiap Negeri Dan Wilayah Persekutuan Di Malaysia

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 216 hits
Bendera dan jata negeri setiap negeri dan wilayah persekutuan di Malaysia yang perlu kita ketahui sebagai rakyat Malaysia Mungkin kita semua pernah mempelajari ini semasa di sekolah namun sekarang ada sedikit lupa Jadi alangkah pentingnya u...
Top 10 Artis K Pop Raih Paling Banyak Pengikut Di Instagram Bagi 2021

Top 10 Artis K Pop Raih Paling Banyak Pengikut Di Instagram Bagi 2021

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 247 hits
K Pop Radar platform pemerhatian data yang menjejaki status harian aksi K pop dan kandungannya telah mengeluarkan data ringkasan untuk tahun 2021 Penutupan Akhir Tahun K Pop Radar 2021 telah menyenaraikan 10 akaun Instagram yang paling bany...
Orang Kampung Dedah Remaja Cuba Curi Duit Tabung Masjid Sebenarnya Banyak Kes Jenayah

Orang Kampung Dedah Remaja Cuba Curi Duit Tabung Masjid Sebenarnya Banyak Kes Jenayah

papar berkaitan - pada 15/1/2022 - jumlah : 233 hits
Sebelum ini laporan berita menyatakan bahawa alasan Daniel mencuri adalah kerana mahu membeli ubat buat atuknya Namun dakwaan itu disangkal oleh pihak polis dan menyatakan Daniel sebenarnya mencuri untuk membeli dadah Menerusi laporan Sinar...
Polisi Buru Empat Pelaku Kasus Tenggelamnya Kapal Tki Di Laut Malaysia

Polisi Buru Empat Pelaku Kasus Tenggelamnya Kapal Tki Di Laut Malaysia

papar berkaitan - pada 15/1/2022 - jumlah : 127 hits
Tatan menyebutkan empat orang pelaku itu berperan sebagai nakhoda serta koordinator di Malaysia dan telah masuk dalam daftar pencarian orang
Cara Semak Tracking J T Express Malaysia Online

Cara Semak Tracking J T Express Malaysia Online

papar berkaitan - pada 15/1/2022 - jumlah : 277 hits
Cara Semak Tracking J T Express Malaysia Online J T salah sebuah syarikat penghantaran barang yang popular di Malaysia J T Express Malaysia disukai ramai kerana mampu untuk deliver parcel dengan agak cepat dan pantas Antara pihak yang selal...
Eksplorasi Mineral Nadir Bumi Di Malaysia

Eksplorasi Mineral Nadir Bumi Di Malaysia

papar berkaitan - pada 15/1/2022 - jumlah : 247 hits
Oleh Arda Anasha Binti Jamil Calon Pelajar Sarjana Geofizik Kejuruteraan dan Persekitaran Dr Mohd Hariri Arifin Pensyarah di Program Geologi Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia Usah...
The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Fahmi Fadzil Perlu Beri Penjelasan Bukan Beri Alasan

Prof As Dakwa Tak Selamat Kunjungi Malaysia Selepas Sebar Propaganda Sokong Zionis



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Brauninhas House By Pablo Lanza Arquitetura In Itu Brazil

Banteras Isu 3r Manivanan Cadang 10 Langkah Percepat Siasatan Polis

Analysis Harapan S Uphill Battle To Defend Kuala Kubu Baharu

Kkb By Election Will Be A Confidence Vote For The Anwar Administration

Azmin Pledges To Tell All On May 11