Sabah Kandas Di Ipoh
PEMAIN Perak, Ronaldo Henrique Silva (kiri) diasak penjaga gol Sabah, Rozaimie Rohim (kanan) pada saingan Kumpulan C di Stadium Perak, sebentar tadi. - Foto Abdullah Yusof
Perak menepati reputasinya selaku juara bertahan Piala Malaysia dan finalis Piala FA apabila menumpaskan Sabah 3-0 dalam saingan Kumpulan C di Stadium Perak, Ipoh sebentar tadi.
Sabah kandas di Ipoh
Turun dengan skuad terbaiknya, anak buah Mehmet Durakovic bagaimanapun bergelut untuk mendapatkan gol pertama apabila pelawat yang juga juara Liga Perdana musim ini memberi tentangan hebat.
Gol pendahuluan The Bos Gaurus hanya diperoleh pada minit ke-45 hasil rembatan jarak jauh Brendan Gan.
PEMAIN Perak, Ronaldo Henrique Silva (kiri) diasak pemain Sabah, Evan Wensley Wenceslaus pada saingan Kumpulan C di Stadium Perak, sebentar tadi. - Foto Abdullah Yusof
Momentum menyerang pasukan tuan rumah diteruskan pada babak kedua dengan mengasak kubu lawan sebelum pemain importnya Raianderson Da Costa atau lebih dikenali sebagai Careca berjaya menembusi gawang pada minit ke-51 menerusi rembatan kencang dalam kotak penalti.
Baca:
Laporan perlawanan Perak dan Sabah
Anak buah Jelius Tabias Ating dilihat lebih banyak bertahan dan sesekali membuat serangan balas pantas namun gagal menembusi barisan pertahanan Perak.
Dalam masa kecederaan, Leandro Dos Santos mengambil kesempatan daripada kekalutan di depan pintu gol Sabah susulan sepakan penjuru dengan menjaringkan gol ketiga tuan rumah.
Perak akan bertandang ke Stadium Darul Makmur menentang Pahang Khamis ini, manakala Sabah akan bertemu Pulau Pinang di Stadium Bandaraya.
PEMAIN Perak, Raianderson Da Costa (tengah) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan dalam perlawanan menentang Sabah pada saingan Kumpulan C di Stadium Perak, sebentar tadi. - Foto Abdullah Yusof
Sumber: Bharian
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sabahanviral.blogspot.com/2019/08/sabah-kandas-di-ipoh.html