Saat Tubuh Adik Bergetar Ketap Bibir Tahan Sakit Luluh Hati Mama Kuatlah Sayang
Mana-mana pasangan yang ada anak semuanya tak mahu hadapi situasi anak sakit. Namun ketentuan Allah, nak tak nak kita kena reda dan kuat. Selagi boleh ikhtiar mencari rawatan, itulah yang akan dilakukan.
Bila melihat anak kecil yang baru nak kenal dunia diuji dengan kesakitan, pasti kekuatan itu hilang tetapi sokongan pasangan dan ahli keluarga semua itu akan dihadapi dengan tabah demi melihat anak membesar dengan sihat.
Perkongsian seorang ibu Aslina Abdul Hamid ini cukup menyentuh hati apabila dia berkongsikan kisah anak kecilnya yang kini disyaki menghidapi penyakit kanser darah.
Bukan menagih simpati
Bukan untuk menagih simpati tetapi berkongsi pengalaman sebagai panduan atau persediaan bagi mereka yang mempunyai nasib yang sama. Itulah yang berlaku pada mama apabila doktor bagitahu adik disyaki mengidap kanser darah.
Selain memohon kepada Tuhan yang SATU, mama mencari kumpulan sokongan iaitu ibu bapa yang mempunyai anak yang mengidap penyakit yang sama sebagai persediaan mama dan papa. Pada masa yang sama masih berharap agar apa yang doktor maklum tu tidak benar.
Fobia tengok doktor atau doktor
Setelah seminggu di hospital, tangan adik kena jangkitan kuman, merah, bengkak dan panas. Kesiannya adik masa ni, dengan demam yang tak kebah kebah walaupun dah dua antibiotik on. Tambah sakit tangan, tambah merengek dia. Dah la fobia dengan doktor dan nurse.
Kalau orang dekat je selain mama papa dia nangis sebab takut apa-apa kan dia. Mana tidaknya, tangan kaki dah lebam kena cucuk. Memang fobia la adik. Doktor ortho datang then tambah satu lagi antibiotik, bunyi dia lebih kurang gini meropenen, amikasin dan clucsa. Mama doa demam adik kebah lepas on antibiotik baru.
Setelah tiga hari on antibiotik ketiga clucsa tapi demam adik masih spiking last doktor decide buat ultrasound dan x-ray di tangan kanak adik. Selepas dua kali ultrasound, doktor ortho decide buat operation di tangan kanan adik. Mama terpaksa relakan untuk kebaikan adik.
Diri rasa tak kuat lihat anak sakit
Berat hati mama bila doktor terangkan risiko-risiko pembedahan, memang nampak simple operation di tangan tapi situasi adik menambah risiko dalam pembedahan. Doktor terpaksa masukkan darah dan platelets pada adik sebelum pembedahan bagi mengelakkan risiko pendarahan dalaman.
Hari Jumaat yang mulia adik ditolak ke bilik OT, papa suruh mama masuk, papa cakap dia tak kuat. Mama kuatkan diri temankan adik ke dalam bilik OT. Adik menangis takut mama tinggalkan dia dan seperti tahu doktor akan buat sesuatu padanya. Sedihnya tengok keadaan adik. Adik kena kuat supaya mama boleh ambil aura adik tu.
Meletakkan adik kali keempat di meja OT meluluhkan hati mama. Adik menangis seperti minta bantuan mama. Mama pegang tangan adik, gosok kepala adik untuk tenangkan adik. Doktor bius tekap gas si mulut adik then suntik ubat tidur melalui line di peha adik, adik nangis, dalam beberapa saat adik terus pejam. Doktor minta nurse iring mama keluar, Ya Allah masa ni air mata mama mengalir laju. Keluar je mama terus peluk papa untuk tenangkan dan beri kekuatan pada mama.
Mohon doakan kesembuhan Hamzaa
Dikala melihat tubuh adik bergetar, mengetap bibir menahan sakit, luluh hati mama. Mama hanya mampu peluk dan gosok adik. Adik kena kuat untuk teman mama di hari tua mama papa. Mama, papa, abang, kakak dan semua keluarga besar kita belum puas mendapat kasih sayang adik. Sayang yang tiada penghujung untuk anak-anak mama papa.
Mohon para sahabat fb doakan kesembuhan Hamzaa.
Sumber: Facebook Aslina Abdul Hamid
The post Saat Tubuh Adik Bergetar, Ketap Bibir Tahan Sakit Luluh Hati Mama. Kuatlah Sayang! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/saat-tubuh-adik-bergetar-ketap-bibir-tahan-sakit-luluh-hati-mama-kuatlah-sayang/