Saat Isteri Melahirkan Genggamlah Tangannya Saksikan Sendiri Rasa Sakit Itu
Saat melahirkan adalah waktu paling genting dalam hidup seorang wanita bergelar ibu. Banyak yang dipertaruhkan termasuk nyawa sendiri. Bukan mudah untuk melahirkan anak, ada yang diuji dengan kesukaran ketika mahu melahirkan. Begitu besar pengorbanan seorang isteri dan ibu.
Artikel Menarik: [Selaput Putih Tu Moisturizer Semulajadi Untuk Bayi, Bukan Kesan ‘Kuah’ Suami]
Berkongsi detik kelahirannya yang ditemani suami, Instafamous yang juga ahli perniagaan, syima_eima memberitahu betapa dia menghargai kehadiran suami menemani sepanjang proses bersalin.
Artikel Menarik: [Boleh Berlaku Bila-Bila, Di Mana-Mana. Bersedialah Kalau Rasa Nak Bersalin!]
View this post on Instagram
Alhamdulillah,5minit sebelum keluar @syima.junior
Terima kasih B kerana selalu ada dengan Syma ,dari anak pertama smpai ketiga, B xpernah xda masa Syma memerlukan. …. tak kira sakit ape pun syma demam ke, sakit ngada2 ke, sakit hati pun B sentiasa ada disisi ,tolong suap ubat semua . tlg pakaikan stoking, tlg mandikan, tlg & tlg. .. .. B la ubat penenang, fotographer, videographer, misi, doctor, ustaz, tok bilal tok imam, kaunselor, semua lah masa ni.
i love u B
… Tips utk bakal mommy & daddy, En Suami tu biar pgg tgn isteri sampai la bersalin, barulah hilang sakit dia, bkn nya keluar hisap rokok
Utk bakal mommy pula , jangan keluarkan suara walau sakit mcam mana pun ..sebab suara kita adalah tenaga kita wktu baby nak keluar,
. … Btw, ni spontan yea, bkn lakonan atau acah2, rasa mcm separuh mati masa ni, muka tahan sakit teramat ni
A post shared by Syma Beauty
(@syima_eima) on Dec 22, 2019 at 9:11pm PST
Turut menitipkan pesanan, kata Syima lagi untuk para suami yang menemani isteri mereka ketika bersalin peganglah tangannya. Jangan dilepaskan kerana genggaman tangan suami memberi kekuatan kepada isteri untuk melahirkan bayi.
Untuk si isteri pula, janganlah sesekali membazir tenaga dengan mengeluarkan bunyi. Simpa tenaga sebaik mungkin untuk proses melahirkan anak.
Melihat pada video yang dikongsikan ini, jelas sekali wajah Syima sedang menahan sakit kontraksi. Dengan kehadiran suami, sedikit sebanyak memberi semangat kepadanya.
Tahniah kepada Syima dan suami kerana dikurniakan seorang bayi yang sangat comel pada awal bulan Disember tempoh hari!
The post Saat Isteri Melahirkan, Genggamlah Tangannya. Saksikan Sendiri Rasa Sakit Itu appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/saat-isteri-melahirkan-genggamlah-tangannya-saksikan-sendiri-rasa-sakit-itu/