Saat Datuk Ct Mula Menyanyi Reaksi Muka Anaknya Siti Aafiyah Seakan Mencari Cari Suara Ibunya Comel Habis
Keistimewaan tentang makna di sebalik nama Aafiyah dikongsikan sendiri oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Bakri menerusi laman Facebooknya pada Isnin.
” Pengertian ‘afiah dalam Islam luas cakupannya baik di dunia, mahupun di akhirat. Secara umumnya, ‘afiah adalah perlindungan Allah SWT bagi hamba-Nya daripada pelbagai penyakit dan bencana yang telah berlalu, mahupun akan datang, di dunia dan akhirat.
” Maka, orang yang mendapatkan kurnia ‘afiah, maka dia telah mendapat kebaikan yang sempurna,” tulisnya menerusi posting tersebut sewaktu Siti Aafiyah baru dilahirkan.
Menurut Zulkifli lagi, Nabi Muhammad SAW turut menegaskan bahawa umat Islam untuk membaca doa yang bermaksud: ” Mintalah keampunan dan keselamatan (‘afiah) kepada Allah SWT. Sesungguhnya seseorang tidak diberikan pemberian setelah keyakinan yang lebih baik dari keselamatan (‘afiah).”
Tokoh agama itu turut menyifatkan majlis yang dianjurkan buat si comel pipi merah itu sungguh sempurna menurut pandangannya kerana diisi dengan selawat dan lagu-lagu pujian ke hadrat Allah dan Rasulullah.
“Pengisian sebeginilah yang sewajarnya dijadikan contoh dan ikutan dalam kalangan umat Islam bagi meraikan kelahiran anak.
“Tahniah sekali lagi kepada Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dan Datuk Seri Siti Nurhaliza,” ujarnya.
Sementara itu, Siti Nurhaliza turut memberi reaksi ke atas posting yang turut dimuat naik ke laman Instagram Zulkifli dengan mengucapkan kalimah syukur.
“Alhamdulillah, Jazzakillahu khair Tuan Mufti sudi mentahnikkan anak saya… Fii aamanillah,” tulis Siti Nurhaliza.
Jom baca apa komen netizen di bawah
1) Dia mencari saja mana la mummy nya ni… suara kenal tu, jenuh pusing kiri kanan.. so comey la A’afiyah ni.. Eh..mcm suara ibu aku tu..mne ni
2) Pandai Aafiyah mncari² suara ibu nyaa. Allhamdulillah wajah saling tak tumpah mcm ibunya aamiin
3) Untung aafiyah..lahir2 mak Ct Nurhaliza, primadona malaysia plg berjaya. Sibuk mata afiaa cari dimana ibu..dengar suara
4) Aafiyah, kenal keh suara ibu ct aafiyah tengah cari nie dio duk cr mno suara mamy dio. dh besar aafiyah comel cntik
5) Hahaaa aafiyahhhh..comel gila. Hahahaha muka Cari suara maknya
Jom lihat video di bawah
The post Saat Datuk CT Mula Menyanyi, Reaksi Muka Anaknya Siti Aafiyah Seakan Mencari-Cari Suara Ibunya. Comel Habis appeared first on MFADHLY.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mfadhly.net/2018/11/07/saat-datuk-ct-mula-menyanyi-reaksi-muka-anaknya-siti-aafiyah-seakan-mencari-cari-suara-ibunya-comel-habis/