Saat Berita Duka Menyentuh Jiwa



Assalamualaikum wbt...Semalam, hati saya bagai retak apabila menerima berita sedih. Suami kepada seorang rakan sekerja telah pergi meninggalkan dunia ini akibat kemalangan di Highway MEX, Putrajaya kira-kira pada jam 6 petang semalam. Berita itu datang tanpa amaran, seperti angin yang menggoncang jiwa. Kadang-kadang, kita tidak sedar betapa rapuhnya hidup ini – hanya satu detik, segalanya boleh berubah

Pagi tadi, post-mortem hanya dapat dijalankan sekitar jam 11.30 pagi, kerana ada hal tertentu yang tak dapat saya nak diceritakan. Apa yang terlintas di fikiran adalah, alangkah baiknya jika urusan jenazah tidak ditangguhkan terlalu lama. Setiap kali mendengar berita sebegini, hati saya sebak memikirkan betapa pentingnya kita memuliakan jenazah dengan menyegerakan urusan pengebumian

Pagi ini, saya terdiam sejenak. Jika diikutkan hati nie, saya nak menziarahi rakan saya di Jabatan Forensik Hospital Putrajaya. Tapi kaki saya terasa kaku, langkah saya terhenti. Ingatan saya melayang pada arwah bos saya yang telah pergi hampir dua tahun lalu. Ketika itu, saya tidak cukup kuat untuk menahan sebak, apatah lagi hari ini jika melihat rakan saya menangis memeluk pilu kerana kehilangan suami tercinta

Saya tidak sanggup membayangkan wajah anak-anak perempuan yang masih kecil – kembar seiras yang baru 9 bulan melihat dunia – kini harus membesar tanpa belaian seorang ayah. Hati saya luluh memikirkannya

Saya juga sering berpesan kepada suami dan keluarga,
“Jika satu hari nanti saya dijemput pergi, kebumikanlah saya di mana nafas terakhir saya terhenti. Jangan tangguh, jangan susahkan urusan.”
Kerana akhirnya, kita hanyalah seorang pengembara di dunia yang sementara. Jasad kita tidak meminta apa-apa selain untuk dilepaskan kembali dengan doa dan keredhaan orang yang ditinggalkan

Hidup ini terlalu singkat untuk kita lengahkan kata sayang. Terlalu rapuh untuk kita abaikan orang-orang yang kita cinta. Kita tidak pernah tahu, apakah nafas ini akan disambung untuk esok atau dihentikan dalam sekelip mata

“Ya Allah, ampunilah segala dosanya, lapangkan kuburnya, dan kurniakan syurga-Mu yang indah untuknya. Berilah kekuatan kepada keluarganya, agar mereka mampu menerima ujian-Mu dengan tabah.”
Setiap kali mendengar berita kematian, saya selalu ingatkan dalam hati bahawa dunia ini hanyalah persinggahan. Hari ini saya menaip, esok mungkin nama saya pula disebut dalam doa orang lain. Ingatlah juga untuk lebih menghargai masa bersama keluarga. Kita tidak tahu bilakah kali terakhir kita dapat berjumpa, berbicara, atau tersenyum bersama orang yang kita sayang. Semoga kita sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah

Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.shikinrazali.com/2025/07/saat-berita-duka-menyentuh-jiwa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Viral 5 Fakta Menyentuh Kisah Farel Prayoga Saat Rumah Tak Lagi Jadi Tempat Aman Bagi Anak

Viral 5 Fakta Menyentuh Kisah Farel Prayoga Saat Rumah Tak Lagi Jadi Tempat Aman Bagi Anak

papar berkaitan - pada 23/7/2025 - jumlah : 364 hits
Farel Prayoga adalah simbol dari anak hebat Indonesia yang tumbuh dalam luka Di Hari Anak Nasional 2025 kisahnya mengingatkan kita jangan lagi biarkan rumah jadi tempat pertama yang membuat anak merasa tak aman
Monolog Jiwa Khas Saat Paling Rasa Silap

Monolog Jiwa Khas Saat Paling Rasa Silap

papar berkaitan - pada 12/7/2025 - jumlah : 210 hits
MONOLOG JIWA KHAS Saat Paling Rasa SilapAda waktunya dalam hidup aku fikir aku sudah bersedia untuk keluar dari diam Aku cuba jadi ramah aku cuba buka ruang untuk orang datang mendekat Aku fikir mungkin kali ini lain Mungkin ada yang benar ...
9 Perintah Yang Menenangkan Jiwa

9 Perintah Yang Menenangkan Jiwa

papar berkaitan - pada 19/7/2025 - jumlah : 172 hits
MONOLOG JIWA 9 Perintah Yang Menenangkan Jiwa Dalam dunia yang bising dan sibuk Allah turunkan nasihat yang menenangkan Bukan untuk membebankan Tapi untuk memelihara jiwa dari kekasaran dunia 1 Jangan berkata kasar Kerana kata yang kasar bi...
Siri3 10 Untuk Jiwa Yang Tidak Banyak Bersuara

Siri3 10 Untuk Jiwa Yang Tidak Banyak Bersuara

papar berkaitan - pada 19/7/2025 - jumlah : 149 hits
Episod 3 10 Sunyi Itu Bukan SalahkuJangan salahkan aku kerana memilih sunyi Sunyi tidak menjerutku Sunyi menyelimutiku perlahan Seperti pelukan malam yang memahami Aku tak pandai mengisi ruang dengan bicara Tapi aku tahu menghargai kehadira...
Satu Jalan Satu Jiwa Hidup Ini Sementara

Satu Jalan Satu Jiwa Hidup Ini Sementara

papar berkaitan - pada 22/7/2025 - jumlah : 231 hits
Satu Jalan Satu Jiwa Hidup Ini Sementara Think positive for everything Because life is temporary All person have only one way to go Assalamualaikum wahai hati yang sedang membaca Kita sering lupa bahawa dunia ini hanya persinggahan Kadang k...
Minyak Turun Tapi Jiwa Terbakar Peniaga T Shirt Rugi Besar Marah Pada Pmx

Minyak Turun Tapi Jiwa Terbakar Peniaga T Shirt Rugi Besar Marah Pada Pmx

papar berkaitan - pada 23/7/2025 - jumlah : 234 hits
ISWARDY Morni Minyak Turun Tapi Jiwa Terbakar Peniaga T Shirt Rugi Besar Marah Pada PMXKUALA LUMPUR 23 Julai Seorang peniaga t shirt dari Kelantan meluahkan rasa kecewa dan marah selepas terpaksa melupuskan hampir 1 000 helai baju bertulis ...
Jiwa Kacau

Jiwa Kacau

papar berkaitan - pada 19/7/2025 - jumlah : 189 hits
Rasa sentiasa terancam dan tidak selamat adalah petanda jiwa kacau PAS sepanjang sejarah sentiasa rasa terancam dan tidak selamat dan sentiasa ajak rakyat untuk selamatkan Malaysia Selamat dari Najib Najib jatuh dia kawan dengan Najib ajak ...
Pop Shuvit Jiwa Kelajuan Chord

Pop Shuvit Jiwa Kelajuan Chord

papar berkaitan - pada 20/7/2025 - jumlah : 266 hits
Fm Fm Fm Fm Fm Fm Fm Fm Fm Fm Fm Fm Mata merah malam hitam dunia atas jalan jiwa kelajuan membelah angin tiada sempadan jerit mesin decit tayar nyawa di hujung benang adrenalin naik macam roket mara terbang kelajuan di jiwa minda penuh teka...
Bukan Semua Bernama Tiri Itu Jahat Kapsyen Shila Amzah Puji Ubai Meruntun Jiwa

Bukan Semua Bernama Tiri Itu Jahat Kapsyen Shila Amzah Puji Ubai Meruntun Jiwa

papar berkaitan - pada 17/7/2025 - jumlah : 229 hits
Shila Amzah nama yang tidak asing lagi dalam industri muzik tanah air dan antarabangsa Seorang wanita yang bukan hanya kuat di pentas seni tapi juga dalam kehidupan peribadinya Pernah melalui episod perkahwinan yang tidak kekal Shila membes...
Alat Pengehad Kelajuan Mula Berkuat Kuasa 1 Oktober 2025 Loke

Ketua Bersatu Pahang Dikatakan Mahu Sertai Pas

Sarang Warga Asing Kampung Madura Diserbu Pati Beranak Pinak Dicekup

Kontroversi Hutang Intan Najuwa Giliran Rizman Ruzaini Pula Bersuara Saya Tak Tahu Menahu Pasal Tu

Pekasam Puyu

Visit Malaysia 2026 To Make Malaysia A Destination The World Remembers Says Tourism Minister

Are Detractors Claiming 300 Litre Mth Budi95 Ain T Enough Going On Trans Continental Expeditions

Pahang Bersatu Chief Denies Plans To Join Pas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sedapnya Paru Goreng Kunyit

Apakah Hukum Membaca Surah Al Sajdah Dalam Solat Subuh Setiap Jumaat

Xiaomi 17 17 Pro 17 Pro Max Dilancarkan Secara Rasmi

Cara Mohonan Mykasih 2025 Syarat Kelayakan Kadar Bantuan

Cekodok Pisang Rangup Di Luar Dan Tanda Kematian

Top Reasons Online Casino Malaysia Has Become A Preferred Choice For Gamblers