Saarani Shahrul Zaman Abdul Aziz Disebut Sebut Calon Mb Perak


MyMetro
Suraya Roslan dan Yusmizal Dolah Aling
[email protected]
SAARANI (dari kiri), Shahrul Zaman dan Dr Abdul Aziz antara nama disebut-sebut calon MB Perak baharu. FOTO Arkib NSTP
Kuala Lumpur: Tiga nama disebut-sebut untuk menggantikan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Menteri Besar Perak baharu.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Tampan Datuk Saarani Mohamad dan Adun Rungkup Datuk Shahrul Zaman Yahya antara yang layak mengisi kekosongan jawatan tertinggi itu berdasarkan pengalaman mereka, menurut sumber.

Harian Metro turut difahamkan, antara nama yang disebut sekiranya kerajaan campuran terbentuk adalah Ketua Pembangkang yang juga Naib Pengerusi DAP Perak dan Adun Tebing Tinggi Dr Abdul Aziz Bari, namun tiada pengesahan mengenai perkara itu.

Sebelum ini, ketika pensejajaran semula kerajaan negeri itu Mac lalu, Umno negeri mempersembahkan nama Saarani kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna itu adalah ahli politik berpengalaman dan pernah berada dalam pentadbiran kerajaan negeri di bawah dua Menteri Besar iaitu Tan Sri Tajul Rosli Ghazali dan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir sebelum ini.

Manakala Shahrul Zaman yang memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor juga adalah bekas Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno Malaysia satu ketika dulu.

Dia dikatakan mampu menggalas tugas Menteri Besar berdasarkan pengalamannya di dalam politik serta parti.

Selain itu, Dr Abdul Aziz Bari juga antara yang tersenarai sebagai calon Menteri Besar sekiranya kerajaan campuran antara Umno dan DAP terbentuk di Perak.

Sementara itu, PAS berpendirian tidak akan menyertai usaha pembentukan kerajaan Perak yang baharu.

Setiausaha Agungnya Datuk Takiyuddin Hassan berkata, tiga Adun PAS menyokong Ahmad Faizal selaras dengan pendirian yang dibuat oleh Lajnah Politik PAS Pusat.

"Selaras dengan keputusan ini, PAS Pusat membuat ketetapan tidak menyertai usaha pembentukan kerajaan negeri baharu.

"PAS akan terus berperanan sebagaimana biasa dalam masyarakat di peringkat negeri mahupun nasional," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) hari ini, Ahmad Faizal gagal memperoleh sokongan majoriti dalam usul undi percaya terhadapnya yang diusulkan Adun Pengkalan Bharu, Datuk Abdul Manaf Hashim.

Daripada 59 Adun, hanya 10 yang menyokong manakala 48 lagi membantah dan satu undi rosak dalam undi belah bahagi yang ditetapkan Speaker Dun Perak, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid.

Perak mempunyai 59 Adun yang terdiri daripada 25 ADUN Barisan Nasional, Bersatu (5), Pas (3), DAP (16), PKR (3), Amanah (5), Gerakan (1) dan Bebas (1).

Pada 12 Mei 2018, Ahmad Faizal mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak selepas Pakatan Harapan (PH) berjaya membentuk kerajaan negeri.

Majlis pengurniaan watikah pelantikan dan angkat sumpah berlangsung di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Bagaimanapun, pada 10 Mac lalu beliau meletak jawatan apabila Bersatu keluar daripada Pakatan Harapan yang mengakibatkan kerajaan PH tergugur di Perak.

Beliau mendapat perkenan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah untuk dilantik semula sebagai Menteri Besar Perak ke-13 dan mengangkat sumpah jawatan pada 13 Mac 2020 di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/12/saarani-shahrul-zaman-abdul-aziz.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fifteen Barisan Reps Signed Sd To Back Saarani As New Perak Mb Claims Bersatu

Fifteen Barisan Reps Signed Sd To Back Saarani As New Perak Mb Claims Bersatu

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 332 hits
Datuk Saarani Mohamad speak at the state asssembly meeting FilepicIPOH Parti Pribumi Bersatu Malaysia has claimed at least 15 Barisan Nasional assemblymen have signed statutory declarations to support state Umno chairman Datuk Saarani Moham...
Menteri Besar Perak Antara Saarani Dan Zambry Atau Muka Baharu

Menteri Besar Perak Antara Saarani Dan Zambry Atau Muka Baharu

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 396 hits
Barisan Nasional Perak dijangka menamakan Datuk Seri Zambry bin Abdul Kadir sebagai calon Menteri Besar Perak menggantikan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang telah kalah dalam Undi Percaya di Dewan Undangan Negeri Perak pagi tadi Bekas Ment...
Pn Letak Syarat Sokong Umno Jika Adun Rungkup Shahrul Zaman Yahya Mb

Pn Letak Syarat Sokong Umno Jika Adun Rungkup Shahrul Zaman Yahya Mb

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 394 hits
Di sebalik pengumuman daripada pemimpin Umno dan PH yang memberi bayangan kemungkinan kerajaan baru ditubuhkan melibatkan kerjasama kedua dua pihak nampaknya gabungan PN masih sedia berunding dengan Umno untuk mengekalkan kerajaan sedia ada...
Perak Umno Chairman Saarani Mohamad Arrives At Istana Kinta

Perak Umno Chairman Saarani Mohamad Arrives At Istana Kinta

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 290 hits
IPOH Perak Umno chairman Datuk Saarani Mohamad has arrived at Istana Kinta to seek an audience with Perak s Sultan Nazrin Muizzudin Shah on Saturday Sultan Nazrin had earlier met three opposition leaders Nga Kor Ming Datuk Asmuni Awi and Fa...
Pengerusi Umno Perak Datuk Saarani Sudah Mendapat Sokongan 30 Adun Jadi Mb Perak

Pengerusi Umno Perak Datuk Saarani Sudah Mendapat Sokongan 30 Adun Jadi Mb Perak

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 682 hits
KUALA LUMPUR Bilangan Ahli Dewan Undangan Negeri Perak yang menandatangani akuan bersumpah menyokong Pengerusi UMNO Perak Datuk Saarani Mohamad sebagai calon Menteri Besar Perak yang baharu kini sudah mencecah 30 orang Daripada jumlah itu k...
Mt Umno Sebulat Suara Calonkan Saarani Mb Perak

Mt Umno Sebulat Suara Calonkan Saarani Mb Perak

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 356 hits
Ahli majlis tertinggi Umno Zahidi Zainul Abidin mengesahkan pimpinan tertinggi parti itu sebulat suara mencalonkan Adun Kota Tampan Saarani Mohammad sebagai menteri besar Perak yang baru Sebulat suara katanya apabila ditanya berhubung perka...
Calon Talian Hayat Hahaha Desperate Sangat Ke Umno Perak

Calon Talian Hayat Hahaha Desperate Sangat Ke Umno Perak

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 320 hits
Pendirian muktamad PAS berhubung kemelut politik negeri itu menjadi tumpuan susulan peletakan jawatan oleh Ahmad Faizal Azumu semalam untuk memberi laluan kepada pelantikan menteri besar baharu Persoalan pokok adalah sama ada PAS akan membe...
Adun Dap Perak Tak Dapat Lupa Sejarah Hitam Gesa Parti Tolak Calon Mb Umno

Adun Dap Perak Tak Dapat Lupa Sejarah Hitam Gesa Parti Tolak Calon Mb Umno

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 343 hits
December 6 2020 5 40 PMPETALING JAYA Seorang Adun DAP Perak hari ini bertindak berlawanan dengan Pengerusi negerinya Nga Kor Ming yang menyuarakan kesediaan bekerjasama dengan Umno untuk menubuhkan kerajaan negeri baru Adun Pokok Assam Leow...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord