Mt Umno Sebulat Suara Calonkan Saarani Mb Perak

Ahli majlis tertinggi Umno, Zahidi  Zainul Abidin mengesahkan pimpinan tertinggi parti itu sebulat suara  mencalonkan Adun Kota Tampan, Saarani Mohammad sebagai menteri besar  Perak yang baru.
"Sebulat suara," katanya apabila ditanya berhubung perkara itu. 
"Ya, betullah tu," kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia itu apabila ditanya sekali lagi sebagai pengesahan. 
Dia berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat majlis tertinggi (MT) di bangunan PWTC,  malam ini. 
Kebanyakan ahli MT yang hadir enggan mengulas pertanyaan pemberita apabila ditanya mengenai perkembangan mesyuarat malam tadi. 
Saarani antaranya hanya menjawab: "Tunggu esok." 

Bung  Radin Moktar pula berkata mesyuarat tersebut bertujuan mengukuhkan  parti serta membincangkan perhimpunan agung Umno yang akan datang. 
Mesyuarat  itu diadakan selepas Ahmad Faizal Azumu yang juga Adun Chenderiang dan  Timbalan Presiden Bersatu disingkirkan sebagai menteri besar Perak  baru-baru ini.
Ahmad Faizal gagal mendapat sokongan majoriti  daripada wakil-wakil rakyat negeri itu dalam undian percaya yang  diusulkan oleh Adun Pengkalan Baru, Abdul Manaf Hashim.
Sebanyak 48 undi menolak usul percaya itu berbanding 10 yang menyokongnya, manakala satu undi rosak atau berkecuali.
Sementara  itu, dalam satu kenyataan malam ini, Setiausaha Agung Umno, Ahmad  Maslan berkata parti itu telah membincangkan tentang senario politik di  Perak. 
"Mesyuarat memutuskan agar kerajaan Perikatan Nasional  negeri Perak yang melibatkan Adun Umno, PAS dan Bersatu perlu terus  dipertahankan," katanya. 
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
 ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
  
  
  


 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://www.mindarakyat.net/2020/12/mt-umno-sebulat-suara-calonkan-saarani.html