S I P T Sahabat Soleh


Assalamualaikum… perkara pertama, saya mahu minta maaf kerana sudah lama tidak meupdated bolg. Semenjak cuti ini, saya tiada sumber internet di rumah. Jadi agak sukar updated. Kemudian kebelakangan ni, tangan jadi kaku untuk menukilkan sesuatu, padahal banyak benda dah rancang dalam otak ni. Mungkin hati keras, menyebabkan tangan jadi keras juga… btw, mari terus ke tajuk asal..


SURVIVAL IPT/S #2 Cari Sahabat Soleh

Saya rasa langkah ini sangat penting untuk survive dalam dunia Ipt. Malah bukan sahaja di ipt di sekolah rendah atau pun sekolah menengah pun seharus mengambil langkah ini untuk survive. Dan saya melaluinya. Saya rasa ia memang berkesan. Perkara pertama saya lakukan pada hari pertama berada di Kolej Teknologi Darulnaim dan Universiti Teknologi Mara ialah cari kawan, yang saya rasa boleh dijadikan sahabat baik.

Mengikut kajian dan statistik masyarakat. Ramai pengkaji bersetuju bahawa rakan memberi impak besar kepada kehidupan sesorang. Jika berkawan dengan golongan perokok, kemungkinan dia akan merokok jugak itu lebih besar. Dan saya sendriri mempunyai kawan yang dulunya ketika bersama saya, perangai dia ok je, Nampak macam budak baik. Tapi bila tinggal dirumah sewa bersama rakan yang lain. Perangai dia berubah. Suka menggunakan perkataan mencarut bila berbicara. Kerana persekitarannya, rakan-rakannya sudah terbiasa dengan memaki dan mencarut.


Dalam sirah para Nabi pun ada banyak menceritakan betapa pentingnya sahabat yang baik dalam perjalanan dakwah. Contohnya pada Rasulullulah sendiri, adanya Abu Bakar yang menemaninya dalam menyampaikan islam di muka bumi yang sudah pekat dengan jahiliyah pada masa itu. Kemudian lihat pula sirah Nabi musa, yang berdoa kepada Allah agar Harun saudarnya menjadi sahabat perjuangannya. Melengkapi Nabi Musa yang kurang lancar dalam berbicara.


Dengan itu saya amat yakin bahawa, ia memang memberi impak yang BESAR!!


Mencari Kawan yang baik

Apa yang saya buat untuk mencari kawan yang baik ialah, pertama cari sahabat yang duduk sekali dengan bidang/kos yang kita ambil. Ini kerana kawan itulah yang akan kamu jumpa tiap-tiap hari. Jika ambil kawan yang diluar bidang, agak sukar berbicara.

Cara pemilihan ialah dengan mencari orang yang nampak baik akhlaknya. Kalau boleh jumpa orang yang lebih baik dari kita sendiri, lebih bagus. Tapi saya tahu ia agak sukar dicari dalam keadaan masyarakat kita yang sudah larut dalam jahilliyah. Jadi apa perlu buat ialah cari yang cukup solat 5 waktunya. Jika tiada yang cukup solat 5 waktunya, carilah yang nampak seperti orang yang open minded. Yang boleh menerima cakap kita tanpa tersinggung perasaannya. Atau nampak potensinya untuk menjadi orang baik. Jika dia tidak begitu baik, kitalah yang akan menjadikan dia baik. Itu sebab kena pilih yang ada potensi atau yang open minded.

Cara tersebut ialah mengikut pengalaman saya. Setakat ini, rasanya ia memang berkesan. Saya rasa tidak terlalu larut dalam suasana. Bila ada masalah, kita ada tempat untuk meluahkannya. Kalau nak berbincang mengenai agama pun senang. Bila kita ada tersilap, ada yang menegur kita. Bila kita kekurangan, dia akan melengkapi. Kerana masing-masing ada kelemahan dan kekuatan tersendiri.


Salah Faham yang biasa berlaku
Tapi ramai yang mungkin salah anggap dengan penyataan saya. Apabila disebutkan cari kawan yang sama bidang, tidak lah bermaksud tidak boleh berkawan dengan orang yang mengambil bidang lain. Berkawan tu takde masalah. Tapi yang penting, kena cari juga yang dalam bidang/kos kita. Sebabnya, saya sudah nyatakan diatas.

Lagi satu salah faham yang selalu berlaku ialah, bila kita bersahabat dengan orang baik, bukan bermakna tidak perlu berkawan dengan orang yang 'kurang baik'.TIDAK. Berkawan biarlah ramai, tapi bersahabat biarlah yang baik. Kita perlu bergaul juga dengan mereka yang 'kurang baik'. Tapi kita perlu bersahabat dengan orang baik. Tidaklah mengatakan kita perlu duduk bersama kelompok orang baik je sehingga tidak bergaul dengan mereka yang ‘kurang baik’.


Perbezaan antara sahabat dan kawan pernah saya jelaskan dalam post yang dulu-dulu. Kawan ialah kawan, tapi sahabat adalah lebih sikit dari kawan. Sahabat adalah mereka yang boleh kita jadikan contoh dan orang yang kita lebih percaya. Yang kita mahu bersama-sama menuju tujuan yang sama, iaitu ke syurga.

Cukup sekadar itu perkongsian saya. Saya mahu share pulak artikel yang saya copy dari laman web ini. Iaitu bersahabat cara Islam.
ambil dari FB seorang kawan, kalau nak copy mintak izin dia dulu.. haha
MENCARI KAWAN YANG BAIK DAN MAMPU MEMBIMBING KE ARAH KEBAIKAN.
 
Rasulullah s.a.w bersabda  yang  bermaksud:
“ Teman yang baik dan teman yang tidak baik itu diumpamakan seperti pembawa kasturi dan peniup api, maka si pembawa kasturi mungkin memberikan kasturi itu kepada kamu atau kamu dapat membelinya,  atau  kamu  dapat mencium baunya yang wangi. Bagaimanapun peniup api mungkin  membakar pakaianmu atau kamu dapat mencium baunya yang busuk.” 
(H.R. al-Bukhari dan Muslim).

Rasulullah s.a.w menggariskan beberapa perkara bagi memilih teman atau kawan yang baik, antaranya: 

BERSAHABAT DENGAN ORANG YANG BERTAQWA DAN BERIMAN 

“ Jangan kamu bersahabat melainkan dengan orang yang beriman dan jangan berikan makan kecuali kepada  orang  yang bertaqwa.” 
(H.R. Abu Daud dan At-Tirmizi). 

HINDARI BERKAWAN ORANG DENGAN YANG BURUK AKHLAKNYA 

:”Jauhilah kawan yang  buruk  (akhlak  dan perangainya), kamu akan kenali sepertinya” 


Seseorang itu berada atas cara  hidup kawannya, maka perhatikanlah tiap seorang daripada kamu, siapakah yang didampinginya.” 
(H.R. at-Tirmizi dan Abu Daud). 

MENEGUR KESILAPAN KAWAN KERANA KEBENARAN 


Ubadah Ibn As-Samit berkata:
“Rasulullah s.a.w. mengikat janji  dengan kami  supaya dengar dan patuh ketika susah dan senang, yang disukai dan dibenci dan jangan merebut sesuatu dari tuannya kecuali ada  bukti kekufurannya. 

MEMBANTU KAWAN KETIKA KESEMPITAN 

“Seorang Muslim dengan  Muslim yang lain adalah bersaudara, dia tidak menzaliminya dan tidak mengelakkan diri daripada menolongnya, sesiapa yang melepas hajatnya, sesiapa  yang melepaskan saudaranya daripada sesuatu kesempitan, maka Allah akan melepaskan satu kesempitan daripada kesempitan-kesempitan hari  kiamat,  dan sesiapa yang menutup (keaiban) saudaranya, maka Allah akan  melindunginya pada hari kiamat.”
(H.R. AlBukhari dan Muslim).
***************************************************

Akhir kata ialah, bila bersahabat,

1. Janganlah kita anggap sahabat kita itu sempurna, sesempurna Abu Bakar. Dia ada kelemahan diri juga.
2. Jangan mudah berkecil hati dengan sahabat kita. Lidah adakala tergigit, inikan pula sesama saudara.
3. Jangan suka menyakiti hati sahabat kita, walaupun dia tidak Nampak seperti marah. Tapi hatinya bisa juga terguris.
4. Jangan mengungkit kesalahan lampau sahabatmu!!! Perkara-perkara ini (diatas) akan merengangkan persahabatan.
5. Akhir sekali mudahkanlah mengucapkan maaf, andai kita tersilap kepada sahabat kita.

Bersahabatlah kerana untuk mencapai keredoan Allah. Semoga iman kita mampu survive dalam apa jua keadaan. Amin…
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah, dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang yang benar. (surah At-Taubah: 119)
.::wAllahua'lam::.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mr-iq.blogspot.com/2012/02/sipt-sahabat-soleh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Mudah 3 Tahun Baru Dapat Lengkapkan Misi Dua Sahabat Raih Pengalaman Berharga Kembara Ke Indonesia Naik Vespa

Tak Mudah 3 Tahun Baru Dapat Lengkapkan Misi Dua Sahabat Raih Pengalaman Berharga Kembara Ke Indonesia Naik Vespa

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 314 hits
KITA mungkin sering mendengar tentang jelajah atau ekspedisi menggunakan motosikal ke Thailand tetapi jarang pula dengar tentang kembara ke negara jiran Indonesia Barangkali dari segi logistik dan kos yang tinggi membuatkan ramai rider lebi...
Ciri Ciri Sahabat Yang Baik Bukan Tuman

Ciri Ciri Sahabat Yang Baik Bukan Tuman

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 151 hits
Istilah kata tuman belakangan ini telah menjadi trending topik Apa sih tuman itu penasaran yaaa Prilaku teman yang gak baik sering di sebut dengan Tuman seperti teman yang ada di saat Baca selengkapnya di https www a dhea com
Doa Untuk Sahabat

Doa Untuk Sahabat

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 162 hits
Segala puja dan puji itu hanya milikmu wahai Tuhan penentu segala takdir Selawat dan salam buat Rasul junjungan petunjuk sepanjang zaman Nabi Muhammad s a w dan ahli keluarga serta para sahabatnya yang umpama bintang bintang bergemerlapan Y...
Kisah Sahabat Nabi Mu Adz Bin Jabal Pelita Ilmu Dan Amal

Kisah Sahabat Nabi Mu Adz Bin Jabal Pelita Ilmu Dan Amal

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 200 hits
REPUBLIKA CO ID Tatkala Rasulullah mengambil baiat dari orang orang Anshar pada perjanjian Aqabah yang kedua diantara para utusan yang terdiri atas 70 orang itu terdapat seorang anak muda dengan wajah berseri pandangan menarik dan gigi puti...
Terkenal Supel 8 Selebritas Ini Akui Tak Punya Banyak Teman Atau Sahabat Alasannya Beragam

Terkenal Supel 8 Selebritas Ini Akui Tak Punya Banyak Teman Atau Sahabat Alasannya Beragam

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 252 hits
Ada yang pernah dikecewakan ada pula yang hidupnya sibuk bekerja untuk memenuhi kebutuhan keluarga
Awak Suami Soleh

Awak Suami Soleh

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 335 hits
10 Sifat Calon Suami Yang Baik 1 Kuat amalan agamanya Menjaga solat fardhu kerap berjemaah dan solat pada awal waktu Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan 2 Akhlak...
Beramal Soleh Saat Pintu Langit Dibuka

Beramal Soleh Saat Pintu Langit Dibuka

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 149 hits
Allah SWT berfirman Maka Kami bukakan pintu pintu langit dengan menurunkan hujan yang mencurah curah Surah al Qamar 11 Hari hari kita memandang langit satu ciptaan yang hebat Namun tahukah kita bahawa langit mempunyai pintu pintu yang pasti...
Lelaki Soleh Idaman Wanita Solehah

Lelaki Soleh Idaman Wanita Solehah

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 180 hits
Allah ManlytearsSemoga diberi balasan syurga Anak yang sangat solehSerius Gambar Paling Menginsafkan Ramadan Ini
Wanita Idaman Lelaki Soleh

Wanita Idaman Lelaki Soleh

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 121 hits
Assalamualaikum sidang sahabat yang dikasihi sekalian dah terlanjur saya membaca dan searching mengenai ciri ciri wanita solehah ciri isteri yang solehah ni saya rasa x ada salah dan silapnya jika saya mengopy dan mengepastekan sedikit ilmu...
Urban Renewal Act The Good And The Not So Good

Anwar Kena Jawab 1mdb Gugur Saman Terhadap Riza Aktivis

Perkeso Carsome Kerjasama Lancar Inisiatif Bantu Pencari Kerja

Dopamine D Cor How Celebrity Designers Are Embracing This Feel Good Trend

Understanding Sentiment Analysis In Natural Language Processing

Panduan Lengkap Persiapan Menyambut Bulan Ramadan

Putrajaya International Convention Centre

Kehebatan Seni Bina Pada Zaman Firaun Jadi Perdebatan Ilmiah


echo '';
Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bukan Sekadar Lafaz Musim 2 Slot Akasia TV3

Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Ruu Majlis Media Bela Nasib Media Tempatan Kata Pakar

Power Of Storytelling For Business

Lirik Lagu Batu Belah Batu Konkrit Monoloque Ft Azlina Aziz

Penerangan Jenis Gigi Palsu Dan Harganya

Kerang Goreng Kunyit Dengan Kentang Menu Kerang Sedap Selain Sambal

Dolar Mengikuti Trajektori Yang Biasa