Ruu Kembalikan Perkataan Negeri Negeri Melayu Dibentang Hari Ini


AGENDA DAILY
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Kerajaan hari ini membentangkan Rang Undang-Undang yang antara lain mengembalikan perkataan ‘Negeri-Negeri Melayu’ dan ‘Negeri-Negeri Borneo’ dalam Persekutuan, yang dikeluarkan menerusi Akta Perlembagaan (Pindaan) 1976.
“Pelaksanaan Rang Undang-Undang ini adalah bagi mengukuhkan kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2021 bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat hari ini. RUU itu akan dibahaskan oleh Ahli Dewan Rakyat petang ini.
Bacaan kali pertama rang undang-undang itu dibuat pada 3 November lalu lalu, setelah pada 2019, kerajaan Pakatan Harapan membentangkan bacaan kali kedua, tetapi gagal mendapat sokongan dua pertiga Ahli Dewan Rakyat.
Wan Junaidi berkata pindaan Perlembagaan itu juga selaras dengan agenda transformasi kerajaan untuk mengembalikan keyakinan rakyat termasuk pelabur asing terhadap kemampuan kerajaan demi memastikan kestabilan politik dan dasar negara ke arah pembangunan sosioekonomi yang mampan.
“Persefahaman dan kestabilan politik, ekonomi serta sosial di Malaysia yang dicapai melalui rang undang-undang ini adalah penting bagi membentuk asas yang kukuh dalam sebuah Keluarga Malaysia,” katanya.
Menurutnya, pindaan tersebut adalah berkaitan dengan komitmen Malaysia terhadap Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), membabitkan empat fasal dalam Perlembagaan Persekutuan.
Empat fasal itu ialah Fasal (2) Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan, tafsiran ‘the Federation’ di bawah Fasal (2) Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan, tafsiran baru Hari Malaysia di bawah Fasal (2) Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan dan Fasal (6) dan (7) Perkara 161A Perlembagaan Persekutuan.
RUU itu dibentangkan bagi mengembalikan perkataan ‘Negeri-Negeri Melayu’ serta ‘Negeri-Negeri Borneo’ dalam Persekutuan, selepas ia dikeluarkan menerusi Akta Perlembagaan (Pindaan) 1976.
“Pelaksanaan Rang Undang-Undang ini adalah bagi mengukuhkan kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia,” katanya.
Wan Junaidi berkata sebelum rang undang-undang tersebut dibentangkan, cadangan pindaan terlebih dahulu dipersetujui kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak, dengan cadangan pindaan itu dibawa ke Jawatankuasa Rakan Sekutu pada 11 Oktober lalu dan dipersetujui pada peringkat Majlis Khas Mengenai MA63 pada 18 Oktober dan Jemaah Menteri pada 20 dan 29 Oktober lalu.
Sementara itu beliau juga memaklumkan Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen ke-14 tidak akan dilanjutkan, walaupun ada petunjuk awal mengatakan ia akan dilanjutkan selama dua hari.
Beliau berkata sesi Parlimen semasa yang bermula pada 25 Oktober lalu akan berakhir seperti yang dijadualkan pada 16 Disember ini, dengan persidangan semasa akan memberi tumpuan kepada tujuh rang undang-undang iaitu Bajet 2022 serta pindaan beberapa perkara dalam Perlembagaan Persekutuan.
Katanya, setelah membuat pertimbangan, adalah lebih baik untuk tidak melanjutkan sesi itu kerana kebanyakan menteri, Ahli Parlimen serta pegawai kerajaan telah membuat perancangan untuk cuti akhir tahun mereka.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/ruu-kembalikan-perkataan-negeri-negeri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Di Empat Negeri Naik Hari Ini Sembilan Kluster Baharu Dikesan

Kes Di Empat Negeri Naik Hari Ini Sembilan Kluster Baharu Dikesan

papar berkaitan - pada 6/12/2021 - jumlah : 416 hits
AGENDA DAILY Pecahan kes baharu mengikut negeri pada 5 Disember 2021 berdasarkan statistik dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Negeri Genap dua minggu setelah melalui Pilihan Raya Negeri jumlah jangkitan Covid 19 di Melaka dalam tempoh 24 ...
Permohonan Kursus Online Percuma 5 Hari Bagi Yang Diberhentikan Kerja Elaun Disediakan

Permohonan Kursus Online Percuma 5 Hari Bagi Yang Diberhentikan Kerja Elaun Disediakan

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 500 hits
Di bawah Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO pencarum Perkeso yang ditawarkan VSS atau diberhentikan kerja oleh majikan LAYAK memohon manfaat kursus yang DIBIAYAI SEPENUHNYA Pencarum Perkeso yang diberhentikan kerja ATAU ditawarkan VSS MSS ol...
Seramai 128 Orang Individu Terima Anugerah Sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang

Seramai 128 Orang Individu Terima Anugerah Sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 385 hits
PEKAN Seramai 128 penerima darjah kebesaran dan pingat Pahang sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke 62 Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Menteri Luar Da...
5 Kebiasaan Pagi Hari Yang Dapat Mengurangi Lemak Tubuh

5 Kebiasaan Pagi Hari Yang Dapat Mengurangi Lemak Tubuh

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 210 hits
Bisa dibilang masalah berat badan merupakan topik abadi yang akan selalu hangat diperbicangkan terutama bagi para wanita Nah berkaitan dengan problem berat badan tersebut pasti kamu akan mengaitkannya dengan pola makan pola hidup sehat dan ...
Hiburan Sambut Hari Jadi Di Set Penggambaran Kesibukan Tak Halang Jasmin Hamid Bahagiakan Suami

Hiburan Sambut Hari Jadi Di Set Penggambaran Kesibukan Tak Halang Jasmin Hamid Bahagiakan Suami

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 279 hits
Semakin bahagia nampaknya pelakon senior semenjak bergelar isteri kepada Nazmir Abd Rahman yang juga pembantu peribadinya dahulu Terbaru pelakon drama Cukup Derita Itu ada membuat sambutan kecil kecilan sempena hari kelahiran suami tercinta...
Skb 3 Menteri Tentang Daftar Hari Libur Nasional Dan Cuti Bersama Tahun 2022

Skb 3 Menteri Tentang Daftar Hari Libur Nasional Dan Cuti Bersama Tahun 2022

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 362 hits
Mau bikin Progaram Semester Berikut ini SKB 3 Menteri Tentang Daftar Hari Libur Nasional dan Cuti Bersama Tahun 2022 SKB Tentang Hari Libur Nasional dan Cuti Bersama Tahun 2022 ini tertuang dalam Keputusan Bersama Menteri Agama Menteri Kete...
Lepas 100 Hari Ozylnn Masih Jaga Pantang Patutlah Badan Maintain Awet Muda

Lepas 100 Hari Ozylnn Masih Jaga Pantang Patutlah Badan Maintain Awet Muda

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 250 hits
Pelakon dan isteri kepada pelawak Johan Ozylnn Wati berjaya menamatkan tempoh berpantang selama 100 hari selepas melahirkan anak keenamnya Nur Latifah Cherdiq Hanania pada September lalu Menurut Ozlynn atau nama sebenarnya Rozlinawaty Ismai...
666 Apa Yang Ditulis Buku Santai Untuk Asah Kreativiti Menulis

Mayat Lelaki Dijumpai Di Dalam Kereta Di Sungai Petani

Menulis Dengan Hati Kerana Tulisan Hidup Lebih Lama

Bersatu Is Most Inclusive Party In Malaysian Political History Not Just For Malays Says Hamzah Zainudin

Sabah Leaders Cast Doubt On Muhyiddin S 40pc Revenue Pledge Point To Inaction When He Was Pm

Menyeramkan Darah Menitis Dari Siling Hospital

Don T Be Trapped By Uncertainty Nostalgia Hamzah Tells Bersatu

Kotak Packaging Produk Travel Set Solusi Branding Mudah Untuk Usahawan Baru Dengan Design Premium


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Trauma Code Heroes On Call Kdrama

Resepi Air Lai Chi Kang Buah Luo Han Guo Kering Manis Semula Jadi Menyegarkan

Meet The Aprilia Rsv4 X Gp A 90 000 Motogp Race Replica

Imavov Cabar Juara Middleweight Ufc Khamzat

Beli Kasut Adidas Sl 72 Og X Liberty London Warna Better Scarlet

Doa 7 September 2025