Ruu Kawal Salah Guna Agama Dalam Politik Perlu Digubal


PENDAPAT

DAO qunut nazilah sekali lagi menjadi isu dan pertikaian apabila ia sekali lagi dibaca pada tempat yang tidak relevan. Seorang ahli Parlimen daripada Pas telah membaca doa itu pada perhimpunan Turun Anwar 26 Julai lalu yang diaminkan ribuan orang termasuk bekas PM Dr Mahathir Mohamad yang pernah menyifatkan Pas lebih bahaya daripada komunis.

Sebelum ini ahli parlimen itu juga telah membaca doa qunut nazilah dalam parlimen yang diaminkan beramai-ramai ahli parlimen pembangkang. Perbuatan itu pertama kali berlaku dalam sejarah parlimen Malaysia.

Pembacaan doa qunut nazilah itu diselar oleh ramai orang termasuk para agamawan yang melihat perbuatan tersebut melampau tidak wajar kerana digunakan untuk kepentingan politik partisan. Tujuan dan maksud asal serta sejarah doa itu dibaca Nabi S.A.W juga menyimpang. Doa itu dibaca pertama kali oleh Nabi selama sebulan apabila umat Islam dizalimi dan meminta Allah melaknat mereka yang menzalimi.

Sebuah riwayat menyebut Nabi S.A.W membaca doa itu apabila 70 sahabat Quraa, penghafal Quran yang dikirim untuk menyampai risalah Allah mati dibunuh oleh kafir. Kerana peristiwa dikenali Bi’r Ma’unah itulah maka doa itu dibaca meminta agar penzalim itu dilaknat.

Apabila ia dibaca pada himpunan tersebut, berapa orang sudah mati kerana kezaliman kerajaan Madani hari ini. Setahu kita tiada seorang pun meninggal kerana kezaliman, bahkan tiada seekor ayam atau pun kambing berjanggut yang mati disebabkan kezaliman kerajaan. Jadi untuk apa dan relevankah doa itu dibaca? Perbuatan inilah dilihat sebagai biadab dan mempersendakan agama.

Seorang mudir pondok mengkritik perbuatan itu menganggap ianya songsang kerana apa yang patut didoa diberikan hidayah bukan minta diturunkan bala ke atas kerajaan sesama muslim.

Tindakan tersebut jelas melampau dan menyalahi tata cara dan rukun berdoa serta jahil mengenai falsafah doa qunut nazilah itu. Tindakan songsang ini serius dan tidak wajar dibiarkan kerana secara tidak langsung ia mencemar kesucian Islam, memperkotak katikan agama boleh menimbulkan huruhara disamping menyebabkan bukan Islam mentertawakan umat Islam negara ini jika tidak dikawal.

Lantaran itu semua pihak perlu mengambil perhatian serius, Majlis Agama Islam negeri-negeri, para Mufti, Jabatan Agama serta Majlis Raja Raja yang mempunyai tanggungjawab mutlak ke atas agama Islam di negara ini perlu prihatin. Perbuatan biadab dan tidak tamadun (jahiliah) itu tidak boleh dibiarkan tanpa sebarang teguran dan tindakan. Jangan lewat bertindak ke atas kemungkaran usah sampai nasi menjadi bubur.

Sehubungan itu dirasakan sudah sampai masanya suatu undang-undang atau peraturan khas mengawal salah guna agama untuk kepentingan politik perlu digubal digubal di parlimen demi menjaga kemurnian agama Islam.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Mentega) Mohd Na'im Mokhtar boleh mengambil tanggungjawab menggubal undang undang ini, beliau harus memulakan langkah ke arah itu bukan hanya setakat mengeluarkan kenyataan berupa teguran terhadap apa-apa perbuatan seumpama itu. Untuk tujuan itu mungkin pihak Jakim boleh mengajurkan satu simposium untuk membincangnya secara serius dan komfrenhensif.

Pihak-pihak bersangkutan seperti pakar perlembagaan, Jabatan Peguam Negara, polis, majlis agama, Ngo atau gerakan Islam perlu dipanggil untuk menelaah perkara ini. Jika perlu parti-parti politik juga hendaklah duduk bersama untuk merancang RUU ini agar ia mudah diterima dalam parlimen kelak.

Jangan ada mana-mana parti mencurigai pembentang RUU ini, tetapi ia hendaklah terbuka melihat untuk kepentingan bersama dalam menjaga kesucian Islam. Semua kena sedar bahawa agama itu tidak boleh dijadikan alat, dipersendakan, menjadi bahan kempen untuk kepentingan politik secara melulu. Bagaimana kita menghormati al Quran sebagai mujizat Nabi, nah begitu juga dengan nama atau apa-apa yang berkaitan dengan Islam perlu dijaga.

RUU ini rasanya lebih baik dan utama serta mudah untuk diterima umum ketimbang RUU Mufti Wilayah Persekutuan bagi memperkukuhkan institusi agama Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan yang dibentangkan 2 Julai 2024 tahun lalu. RUU itu menjadi kontroversi kerana ia lebih memihak untuk mempertahankan Ahli Sunnah Wal Jemaah yang berpegang kepada aliaran asyiariyah dan muturidiyah. 

Walaupun RUU itu sudah dibaca buat kali pertama di Parlimen, tetapi tidak diteruskan untuk bacaan seterus dan dibahas. Dalam hal ini Mufti Wilayah yang baru Shaibul Samaah Ahmad Fauwaz Fadhil perlu memerhati cadangan ini dan memberi nasihat sewajarnya sambil mengambil iktibar apa yang berlaku ke atas RUU Mufti Wilayah sebelum ini.  

Adapun RUU untuk menjaga nama baik Islam ini, saya rasa akan mendapat sokongan majoriti rakyat yang mahu memastikan Islam tidak disalahgunakan untuk kepentingan politik. Mereka yang kesal dan kecewa dengan pengeksploitasian agama untuk kepentingan politik akan menyokong. Kalau pun ada bantahan datang daripada Pas sebab ia merugikan parti itu. Tetapi yakinlah tujuan dan matlamatnya baik untuk memurnikan Islam.

Semua orang kena faham akan bahaya apabila agama dieksploit untuk kepentingan politik banyak keburukan dan mudarat berlaku, lebih malang ia boleh menimbulkan pergaduhan. Misalnya kejadian takfiri, (mengkafirkan) satu pihak lain yang pernah berlaku, sampai ada yang terkorban adalah terhasil daripada perbuatan memperalatkan agama untuk mendapat kuasa sewenang-wenangnya.

Penerusan perbuatan tersebut membahayakan kepada perpaduan di kalangan umat Islam khasnya berbangsa Melayu. Mereka yang dangkal ilmu dan mempercayai seratus peratus kepada penceramah, para asatizah yang taksub dengan pegangan politik akan menimbulkan sengketa dan perpecahan.

Harapnya Mentega akan memberi perhatian kepada cadangan ini dan jadikan sebagai legasinya selama menjadi menteri dengan membentang RUU ini. [wm.kl. 11:08 pm 30/07/2025]



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2025/07/ruu-kawal-salah-guna-agama-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Tepung Pelita Sedap Guna Sukatan Guna Cawan

Resipi Tepung Pelita Sedap Guna Sukatan Guna Cawan

papar berkaitan - pada 17/7/2025 - jumlah : 121 hits
Sedap Tepung Pelita ni Lemak manis memang jadi kegemaran ramai Bagi anda yang sukakan ini dan mahu cuba membuatnya resipi perkongsian saudari Shakinah Zainal ni boleh dicuba Nampak sangat sedap dan membuka selera Paling penting resipinya sa...
Pencarian Tengku Nizaruddin Masuk Hari Ketiga Bomba Guna Dron

Pencarian Tengku Nizaruddin Masuk Hari Ketiga Bomba Guna Dron

papar berkaitan - pada 17/7/2025 - jumlah : 148 hits
Pencarian Tengku Nizaruddin masuk hari ketiga bomba guna dron Rakan pemuda yang dilaporkan hilang Isnin lalu Muhammad Syahmi Mansur menunjukkan gambar mangsa Tengku Nizaruddin pada telefon bimbitnya Foto BERNAMA MUAR Operasi mencari dan men...
Pm Anwar Meraikan Ilmuan Agama Dari Mesir Semalam

Pm Anwar Meraikan Ilmuan Agama Dari Mesir Semalam

papar berkaitan - pada 28/7/2025 - jumlah : 93 hits
Saya berbesar hati malam tadi dapat meraikan beberapa tokoh ilmuwan dan dakwah di Kompleks Seri Perdana malam ini iaitu Syeikh Dr Ahmad Aissa Hassan El Ma sarawi Mantan Syeikh di Umum Al Maqarii Mesir Dr Haifaa Younis Pengerusi Institut Jan...
Ceramah Agama Di Negeri Pahang Perlu Mendapatkan Permit Daripada Jaip Elak Timbul Isu Pada Masa Akan Datang

Ceramah Agama Di Negeri Pahang Perlu Mendapatkan Permit Daripada Jaip Elak Timbul Isu Pada Masa Akan Datang

papar berkaitan - pada 25/7/2025 - jumlah : 109 hits
KUANTAN Ceramah agama yang dijalankan di Pahang perlu mendapatkan permit daripada Jabatan Agama Islam Pahang bagi mengelakkan timbul sebarang isu pada masa akan datang Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah ber...
U Mobile Guna Infrastruktur Micth Untuk Percepat Rangkaian 5g Kedua Di Melaka

U Mobile Guna Infrastruktur Micth Untuk Percepat Rangkaian 5g Kedua Di Melaka

papar berkaitan - pada 18/7/2025 - jumlah : 144 hits
U Mobile dan Melaka ICT Holdings menandatangani memorandum persefahaman bagi mempercepat pelaksanaan rangkaian Next Gen 5G di Melaka menyokong sasaran syarikat telekomunikasi itu untuk mencapai 80 liputan kawasan berpenduduk menjela
Akps Tahan 7 Warga Afghanistan Guna Visa Palsu

Akps Tahan 7 Warga Afghanistan Guna Visa Palsu

papar berkaitan - pada 18/7/2025 - jumlah : 164 hits
Siasatan pihak berkuasa mendapati kumpulan itu melarikan diri dari Iran sebelum menjadikan Malaysia destinasi akhir Tujuh warga Afghanistan yang cuba memasuki Malaysia menggunakan visa palsu dipercayai dikeluarkan di Uzbekistan PETALING JAY...
Maryam Durian Kimchi Kongsi Tips Pilih Chopstick Untuk Anak Ramai Tengok Rina Guna

Maryam Durian Kimchi Kongsi Tips Pilih Chopstick Untuk Anak Ramai Tengok Rina Guna

papar berkaitan - pada 22/7/2025 - jumlah : 147 hits
Melihat si kecil makan sendiri dengan penuh yakin memang satu kepuasan buat ibu bapa kan Lebih lebih lagi bila anak mampu menggunakan penyepit dengan begitu mahir seperti anak kepada pempengaruh terkenal Ryzal Ibrahim dan isteri tercinta Ma...
Resepi Ayam Bakar Guna Air Fryer Mudah

Resepi Ayam Bakar Guna Air Fryer Mudah

papar berkaitan - pada 22/7/2025 - jumlah : 154 hits
nbsp Ayam ayam ayam memang jemu dah kan kalau sebut menu lauk dengan ayam nih Tapi tu lah wajib dalam seminggu sekali atau dua kali masak lauk ayam di rumah kak ana Anak kak ana suka sangat lah kalau lauk ayam kalau kak ana masak ikan tu ta...
Trump Akan Semak Semula Kadar Tarif Pm Anwar

42 Penjawat Awam Wanita Mohon Cerai Lepas Disahkan Kakitangan Tetap

Real Talk Tng E Wallet Is Making Slot Play In Malaysia Way More Fun

Start A Business On A Minimal Budget

Gunung Berapi Russia Meletus Selepas Gempa Bumi Dahsyat

Step Aside Trump Let Pmx Take Home The Nobel Peace Prize For Keeping Asean Intact

Festival Filem Raintown Kembali Raikan Keindahan Taiping Menerusi Sinema Malaysia

Orang Yang Beramal Soleh Tidak Akan Bersedih


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kenangan Membesar Di Rumah Tengah Sawah Padi

Selamat Datang Ogos 2025 Bulan Baru Harapan Baru

Abang Ayang

Malaysia Terus Kukuhkan Diplomasi Serantau Trump Hargai Peranan Malaysia

Syada Amzah Didakwa Jadi Perosak Rumah Tangga Pempengaruh Ajak Masuk Club Kau Nak Rosak Rosak Sorang

Sprm Tahan 6 Lagi Anggota Polis