Ruu Dana Politik Lawan Rasuah Dapat Tender Kerajaan




RUU Dana Politik lawan rasuah dapat tender kerajaanPosted By: Redzuan RF8 Mediaon: August 19, 2022
ShareRang Undang undang (RUU) Peruntukan Dana Politik yang dicadang akan dibentang di Parlimen pada sesi Oktober oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Junaidi Jaafar sangat baik dalam membersihkan negara daripada praktik sumbangan dana menagih projek.
Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata akta tersebut merupakan peluang terbaik membersihkan negara daripada penyakit “kleptokrasi”, “perasuah”, “penyamun” dan “perompak” yang bersarang dalam kalangan ahli politik pemerintah.
Katanya, sejak kes 1MDB sehingga ke kes Ultra Kinrara Sdn Bhd (UKSB) rakyat Malaysia menyaksikan bagaimana pemimpin politik termasuk Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri dan Menteri Besar boleh disogok dengan duit rasuah demi mendapat projek kerajaan.
“Sumbangan dana politik boleh mencecah ratusan juta dalam Kes UKSB dan RM 2.6 bilion dalam kes 1MDB.
“Lagi mengejutkan ialah, kes mahkamah menunjukkan kebanyakan sumbangan dana politik tersebut bukan digunakan untuk aktiviti politik atau menjaga kebajikan rakyat tetapi untuk membeli rumah mewah, beli belah di luar negara dan kegunaan diri sendiri.
“Selagi tiada akta dana politik yang mengharamkan sumbangan politik maka syarikat korporat akan terus memberi rasuah untuk mendapatkan projek kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, Malaysia harus berani memutuskan hubungan rasuah antara syarikat korporat dan ahli politik.
Akta mengawal dana politik yang dicadangkan itu, katanya harus membelajari model-model negara yang berjaya.
“Antara negara paling berjaya mengawal dana politik dan membersihkan politik daripada rasuah adalah negara Jerman.
“Jerman melaksanakan sumbangan politik oleh Kerajaan. Parti-parti politik mendapat dana daripada kerajaan mengikut formula tertentu. Oleh kerana dana politik disumbang oleh kerajaan maka parti-parti politik perlu melaporkan perbelanjaan dengan sangat telus dan diaudit dengan ketat.
“Sumbangan dana politik oleh syarikat swasta Jerman dikawal teramat ketat dan tidak digalakkan,” katanya.
Bagaimanapun, kata Sim, mungkin ada pihak yang mempertikaikan kenapa kerajaan harus memperuntukan dana untuk parti politik ala-Jerman?
Tambahnya, parti politik memerlukan dana untuk menjalankan aktiviti dan kempen. Dengan peruntukan kerajaan maka kawalan ketat boleh dilaksanakan, dan ia sekaligus memutuskan sumbangan syarikat korporat.
“Cara ini berkesan memutuskan pengaruh syarikat korporat untuk mendapatkan projek kerajaan melalui Menteri atau ahli politik.
“Model Jerman ini telah terbukti berjaya dan menghentikan rasuah dan skandal politik di negara tersebut.
“Manakala Pilihan Raya Umum ke 15 ini dijangka akan menjadi medan pertembungan yang paling sengit dalam sejarah negara. Parti-parti yang bersaing akan memerlukan dana kempen yang sangat tinggi demi memenangi PRU. Tanpa Akta Dana Politik yang ketat, rasuah politik menjadi lebih parah.
“Itu sebab, saya menyeru Menteri Datuk Seri Wan Junaidi mengadakan sesi libat urus dengan semua parti politik, NGO, akademik dalam bulan Ogos dan September ini untuk menyiapkan Draf RUU Dana Politik itu,” katanya lagi.
Namun tegas Sim, bukan semua ahli politik rasuah. Malaysia masih boleh mencapai negara bersih dan maju seperti negara Eropah dengan mencontohi model Jerman.
Sim berharap RUU itu boleh mengembalikan keyakinan rakyat terhadap ahli politik dan pemimpin negara menjelang PRU15.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/08/ruu-dana-politik-lawan-rasuah-dapat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ruu Sumbangan Politik Larang Terima Dana Daripada Pihak Berkaitan Kerajaan

Ruu Sumbangan Politik Larang Terima Dana Daripada Pihak Berkaitan Kerajaan

papar berkaitan - pada 16/8/2022 - jumlah : 277 hits
Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata turut dimasukkan ialah larangan menerima sumbangan daripada syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat yang menerima lesen atau geran daripada kerajaan Gambar BERNAMADalam masa sama Hishammudin ber...
Dana Awam Dan Polis Digunakan Untuk Kepentingan Politik Kerajaan

Dana Awam Dan Polis Digunakan Untuk Kepentingan Politik Kerajaan

papar berkaitan - pada 6/8/2022 - jumlah : 204 hits
Malaysiakini Kerajaan digesa jelaskan dakwaan kaitan polis dengan troll farm Seorang pemimpin DAP hari ini menuntut penjelasan kerajaan berhubung laporan Meta yang baru diterbitkan yang mengaitkan polis dalam percubaan memanipulasi perbinca...
Glc Syarikat Terima Kontrak Kerajaan Dilarang Sumbang Dana Politik

Glc Syarikat Terima Kontrak Kerajaan Dilarang Sumbang Dana Politik

papar berkaitan - pada 17/8/2022 - jumlah : 172 hits
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata pihak mendapat lesen atau geran daripada kerajaan tidak boleh menyumbang dana kepada parti politik PETALING JAYA Tidak boleh menerima dana daripada pihak berkaitan kerajaa...
Dana Kerajaan Diguna Wujudkan Cybertrooper

Dana Kerajaan Diguna Wujudkan Cybertrooper

papar berkaitan - pada 7/8/2022 - jumlah : 226 hits
Dana kerajaan diguna wujudkan cybertrooper Posted By on August 07 2022Pendedahan syarikat Meta yang memiliki platform media sosial seperti Facebook dan Instagram bahawa terdapat beratus ratus akaun media sosial tidak tulen di negara ini yan...
Kerajaan Sedia Dana Hidupkan Semula Mara Digital Mall

Kerajaan Sedia Dana Hidupkan Semula Mara Digital Mall

papar berkaitan - pada 15/8/2022 - jumlah : 169 hits
Mahdzir Khalid berkata Mara akan meneruskan usaha Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang mencetuskan penubuhan Mara Digital Mall ketika menjadi menteri luar bandar dan wilayah pada 2015 PETALING JAYA Majlis Amanah Rakyat menyediakan perun...
Owh Dungunya Pak Lebai Ni Ingat Nak Lawan Rasuah Nak Lawan Ph Saja Patut Layak Kena Saman Fitnah Sebab Bodo

Owh Dungunya Pak Lebai Ni Ingat Nak Lawan Rasuah Nak Lawan Ph Saja Patut Layak Kena Saman Fitnah Sebab Bodo

papar berkaitan - pada 23/8/2022 - jumlah : 157 hits
MOHD SHSH RIMIngatkan objektif PAS nak lawan rasuah penyelewengan dana rakyat rupanya nak kalahkan PH yang lawan rasuah
Mengapa Rasuah Terus Berlaku Dalam Kementerian Kerajaan

Mengapa Rasuah Terus Berlaku Dalam Kementerian Kerajaan

papar berkaitan - pada 26/8/2022 - jumlah : 250 hits
Oleh Hassan Abdul KarimULASAN PIMPINAN Skandal terbaru berkaitan isu RM9 bilion bagi tempahan 6 buah kapal tempur persisir Tentera Laut Diraja Malaysia yang tidak sampai sampai Jawapan bagi soalan di atas antara lainnya ialah kerana Kemente...
Politik Yang Tidak Stabil Menjadi Sarang Rasuah Berleluasa

Politik Yang Tidak Stabil Menjadi Sarang Rasuah Berleluasa

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 195 hits
Selagi politik tidak stabil jangan harap rasuah berkurangan Rasuah kini jadi asas negara tanpa rasuah mana kerajaan akan tumbang Rakyat yang disogok akan tetap mengangkat pemimpin walaupun dianya raja korup Logiknya lah tiada lagi negarawan...
Ruu Anti Lompat Parti Sudah Lulus Tak Perlu Lagi Buat Gabungan Politik Baru Yang Rapuh

Ruu Anti Lompat Parti Sudah Lulus Tak Perlu Lagi Buat Gabungan Politik Baru Yang Rapuh

papar berkaitan - pada 9/8/2022 - jumlah : 195 hits
KUANTAN Gabungan parti politik baru yang rapuh tidak lagi diperlukan selepas Rang Undang Undang mengenai anti lompat parti diluluskan di peringkat Dewan Rakyat Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Dato Sri Mohd Sharkar Shamsudin berkata sebaran...
Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Raya Aidilfitri 2025

Tasik Kenyir Jana Ekonomi Terengganu

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025

Anak Buah Terpaling Kecil

Beli Barang Atas Dasar Buatan Bangsa Pilihan Atau Sebab Memang Nak Pakai Barang Tu

Calon Isteri Buat Suami Lakonan Jazmy Juma Siti Hariesa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Navigating Workers 39 Compensation A Comprehensive Guide For Lawyers

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Bekas Kakitangan Jkm Dipenjara 468 Tahun Denda Rm180 Juta

Samsung S Innovative Smart Ring Aims To Be Your Health Guardian Plus Exciting Offers Await

Adik Kawan Saya Meninggal Semalam Akibat Lecur Daripada Insiden Putra Heights

Family Staycation Indonesia Aktiviti Menarik Yang Korang Boleh Have Fun Kat Kawah Rengganis Ciwidey