Rutin Penjagaan Kulit Paling Asas Untuk Melambatkan Penuaan
Penggunaan wrinkle cream, anti-aging serum, dan esen caffein di bawah mata sememangnya boleh membantu untuk melambatkan proses penuaan. Tapi, langkah penjagaan kulit untuk melambatkan penuaan yang paling efektif adalah dengan mengamalkan rutin penjagaan kulit yang baik. cara pakai tonerGood skincare routine ni perlu ada pada semua orang terutama bagi korang yang mementingkan penampilan wajah.
Nampak gambar kat atas ni? Ni semua adalah nama garis kedutan yang akan
muncul abila seseorang semakin berusia.
So kenapa kita perlukan healthy skincare routine?
1. Boleh bantu pudarkan atau cegah masalah pigmentasi pada kulit macam jeragat (freckles)
2. Melambatkan penuaan dengan cara mengekalkan keremajaan kulit.
3. Mengurangkan masalah kedutan dan garis2 halus di muka.
4. Membuatkan tona kulit lebih cerah dan sekata.
5. Mengurangkan risiko kanser kulit
Kajian pakar di American Academy of Dermatology
Pakar kulit dah buat bermacam-macam kajian untuk come out dengan sebuah rumusan tentang antiaging ni.
Akhirnya, diorang merumuskan bahawa terdapat rutin penjagaan kulit yang berkesan menentang penuaan awal pada kulit.
So apa dia yang pakar-pakar kat American Academy of Dermatology dah rumuskan tentang good skincare habits ni? Nak tau tak?
Ok jom kita scroll satu-satu
Rutin penjagaan kulit paling asas yang boleh melambatkan penuaan
1. Sun protection(Perlindungan dari selaran matahari)
Pernah dengar tentang photoaging? Terlalu banyak dah kajian yang membuktikan bahawa sinar UV boleh mempercepatkan proses penuaan.
Dan itulah yang dipanggil photoaging.
Jadi, kalau kalian nak pelihara kulit kalian dari penuaan awal, kenalah amalkan tabiat menggunakan sunscreen sebelum buat apa-apa aktiviti outdoor yang boleh membuatkan kulit terdedah pada cahaya matahari
Protect kulit kalian dari pancaran sinar matahari terutamanya dari pukul 10 pagi hingga ke jam 2 petang.
Nak senang, kalian tengok je bayang-bayang diri sendiri. Kalau bayang-bayang kita lebih pendek dari kita, maka selagi itulah kita patut elak dari terkena pancaran matahari sebab masa ni, kuasa selaran UV adalah sangat tinggi
Kalau dalam tempoh tu terpaksa keluar juga jemput anak dari sekolah misalnya, kalian pakai la baju lengan panjang, topi dan sarung tangan. Pakai juga sunglasess untuk mengelakkan terbentuknya fine lines sekitar mata dan strob cahaya masuk ke retina mata
2. Forget about indoor tanning
Rasanya orang Asia tak minat kot dengan tanning ni. Sebab macam kita kat Malaysia pun, mana ada yang nak menggelapkan kulit kan hahaha. Obses nak putih mulus lagi ada lah. Tapi kalau ada yang ada niat nak tan kan kulit, baik korang lupakan. It makes you age faster.
3. Moisturise(Gunakan pelembap setiap hari)
Semakin kita berusia, kulit semakin kering dan mudah kedut. So rajin-rajin lah pakai moisturizers
Bukan kat muka je, tapi kulit seluruh badan jugak. Tak ketinggalan, lembabkan jugak bibir juga dengan lipbalm
Sebab bibir bahagian atas adalah area yang paling obvious nampak kesan penuaan nya, selain kawasan kelopak mata
4. Cuci muka dan mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari
Gunakan pencuci yang mild dan lembut. Cuci dengan menggunakan air suam, untuk pembersihan yang lebih mendalam dan menyeluruh dan elakkan scrubbing dengan kuat
Baca juga : Pelajari Teknik Double Cleansing Ala Korea
5. Quit smoking(Berhenti amalan merokok)
Obviously lah kan. Apa je lah manfaat yang datang dari rokok ni kan
None! Betul tak
Selain memudaratkan kesihatan, merokok jugak akan membuatkan kulit kalian cepat kerepot dan air muka jadi kasar
Bahasa mudahnya, kalau perempuan merokok, raut mukanya nampak macam pondan. Keayuan raut wajah tu akan hilang.
6. Dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti.
Badan kita akan dibaikpulih semasa tidur. Kolagen biasanya terhasil dengan banyak sewaktu kita tidur.
7. Makan makanan yang seimbang dan sihat.
Lebihkan memakan buah-buahan, sayur dan ulam segar. Ambil asid lemak yang baik macam Omega-3, yang boleh didapati dari sumber ikan seperti salmon.
KesimpulanKamurang yang seller produk kecantikan online tu. Kalau customer asyik complaint je yang produk kamu tak efektif, padahal kamu dah guna dan yakin produk tu elok haa ada baiknya lepas-lepas ni, bila ada prospek yang ingin membeli produk kecantikan dari kamu, kamu jangan lupa nasihatkan mereka untuk amalkan rutin penjagaan kulit atau healthy skincare routine ni
Secara teknikalnya ia akan membantu pemulihan kulit dan pastinya kulit customer kamu akan lebih baik dan sihat. InsyaAllah feedback positive yang akan kamu dapat
cara pakai toner SafiSo sekarang dah tahu apa tu healthy skincare routine, jangan lah peram sorang-sorang ye. cara pakai toner shurahPakat-pakat share la artikel ni pada kawan korang, mana yang merupakan agen produk kecantikan tu
cara pakai toner AHC Mana tahu ianya bermanfaat dan boleh tolong diorang menjual dengan lebih bijak sekaligus meningkatkan sales. Haa?
#tipscantik #jeragat #jerawat #antiaging #kulitgebu #kulitcantik #aesthetic #supplementkulit #healthyskin#dermatology #dermatologytalk #beautytips #beautytalk #antiagingtips #antiaging #sunblock #pigmentasi#skinhealth #healthyskintips #tipscantik
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.annursyuhadah.com/2017/11/rutin-penjagaan-kulit-yang-melambatkan-penuaan.html