Rutin Penjagaan Harian Kulit Wajah
Muka ibarat bahagian badan yang tersangat penting untuk kita semua terutamanya kaum hawa. Betul kan? Bukan apa, kalau orang tengok kita memang muka la yang ditatap dulu kan. So penting untuk kita memastikan muka/wajah kita ni bersih sentiasa dan semestinya sihat.
Sebab tu la kat luar sana penuh dengan pasaran-pasaran produk penjagaan kulit. Sebabnya orang kita memang menitikberatkan penjagaan kulit wajah kan. Time remaja pulak time paling kritikal sebab time ni la hormon kita tengah aktif. Sebab tu time macam ni selalunya kita akan ada masalah jerawat. Haa time ni la jerawat nak tumbuh dengan jayanya kan.
Jadi seawal remaja lagi kita dah kena jaga kulit kita dan pastikan kulit kita sentiasa bersih. Jerawat ni terjadi selalunya sebab kulit terlampau berminyak. Tambah pulak dengan cuaca kat Malaysia, faktor hormon lagi, memang penyebab jerawat tumbuh kat kulit muka.
Kat sini saya nak share sikit berkenaan produk-produk muka yang mesti ada dalam rutin penjagaan wajah kita. Harap dapat bagi info serba sedikit la untuk kita semua
1. Pencuci muka
Ibarat benda yang paling basic sekali yang mesti kena ada. Hari-hari kita wajib cuci muka kita bersih-bersih sebab aktiviti seharian kita, kadang-kadang kat luar rumah tu, kita dah banyak terdedah dengan kekotoran, panas, habuk, debu dan sebagainya. So penting untuk kita cuci muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Jangan cuci pakai sabun mandi pulak. Sebab kulit muka kita ni sensitif, sabun mandi tak sesuai nak jadikan sebagai pencuci muka k. Pilih pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit kita. Tengok jenis kulit korang, berminyak ke kering ataupun sensitif. Cari pencuci muka yang paling sesuai. Banyak sangat produk yang korang boleh pilih, ikut kemampuan sendiri. Ingat tau yang mahal tu tak semestinya yang paling bagus, so jangan stress kalau kita tak mampu nak beli yang mahal, sebab yang murah pun banyak yang ok. Yang penting sekali korang kena beli dekat drug store (Watson/Guardian) atau pun farmasi. Penting sangat-sangat untuk pastikan produk yang kita nak beli tu bebas dari bahan kimia yang berbahaya.
2. Toner
Toner ni pelengkap kepada pencuci muka. Lepas korang cuci muka, boleh sapukan toner kat muka. Selalunya toner ni letak kat kapas, then sapu je kat muka rata-rata. Function dia untuk mengecilkan liang pori kat muka. Sapa yang ada masalah pori-pori terbuka ni lagi la wajib jadikan toner ni sebagai rutin harian korang jugak k. Sama jugak macam pencuci muka, pilih toner yang paling sesuai dengan kulit korang. Contoh toner yang saya suka, toner from Aiken, tea tree oil. Murah je harga dia tapi bagus untuk kulit saya yang kadang-kadang ada jerawat ni.
3. Pelembap
Bahasa orang putih kita panggil moisturizer. After sapu toner, kita habiskan step penjagaan wajah kita dengan sapu pelembap muka. Penting untuk ada krim pelembap ni supaya kulit kita fresh and lembut selalu. Ada produk yang ada 2 jenis krim pelembap, pagi dan malam. Tapi ada jugak yang ada satu je boleh pakai pagi dan malam sekali. Ikut korang la nak yang mana. Tapi krim pelembap ni selalunya agak mahal sikit harga dia nak banding dengan pencuci muka dan toner. Sebelum tidur pakai ni supaya time waktu malam kita tidur krim ni boleh merawat kulit wajah kita. Insyaallah kulit kita lembut dan sihat selalu.
Kesimpulannya, tiga benda ni la basic rutin skincare yang kita patut ada (pencuci muka, toner dan pelembap). Insyaallah kulit kita akan sihat dan berseri-seri gitu. Amalkan la setiap hari basic step ni.
Kalau yang tambahan pulak, kalau ada yang rajin boleh jugak tambah steps korang, contohnya macam pakai essence, serum ataupun mask. Kalau bukan hari-hari, maybe korang boleh buat seminggu sekali. Kalau rajin, nak pakai serum hari-hari lagi bagus kan. Tapi kalau mask tu seminggu sekali pun ok.
Macam-macam jenis mask ada
Selain dari produk-produk yang macam-macam ada kat pasaran ni, korang boleh jugak try petua orang dulu-dulu. Jangan pandang enteng petua-petua orang dulu ni, ada jugak yang mustajab kan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://mommywinwinn.blogspot.com/2019/02/rutin-penjagaan-harian-kulit-wajah.html