Russia Lancar Peluru Berpandu Hipersonik Dari Kapal Selam


 
Russia selesai melancarkan dua peluru berpandu hipersonik, termasuk satu yang dilancarkan melalui kapal selam dalam ujian terbaru yang digelar Presiden Vladimir Putin sebagai senjata terkini sukar untuk 'dikalahkan'.


Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Moscow membangunkan senjata baharu bagi menyaingi perlumbaan pembangunan senjata dengan Amerika Syarikat (AS), untuk memberi tekanan kepada Barat.




Teknologi hipersonik mampu mencapai kepantasan lebih dari lima kali daripada kelajuan bunyi dan berubah pada pertengahan penerbangan, menjadikannya jauh lebih sukar untuk dikesan dan dipintas melalui projektil tradisional.


Tentera memberitahu, mereka melancarkan peluru berpandu Zircon dari kapal selam nuklear Severodvinsk dan menuju tepat ke sasaran ujian di Laut Barents di Artik Russia.


Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan berkata; "Ujian peluru berpandu Zircon dari kapal selam nuklear dianggap berjaya."



Kementerian itu turut mengeluarkan rakaman video asal yang menunjukkan tembakan peluru berpandu menerangi langit malam ketika pelancarannya.


Dalam satu kenyataan lain hari ini, kementerian itu mengumumkan mereka berjaya menyelesaikan satu lagi ujian pelancaran Zircon dari kapal selam yang sama tetapi dari jarak 40 meter di bawah permukaan laut.


"Buat 'pertama kalinya' peluru berpandu itu dilancarkan dari posisi tenggelam di dasar laut," menurut kementerian itu dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh agensi berita Russia.


Beberapa tahun kebelakangan ini, beberapa ujian dilakukan ke atas peluru berpandu termasuk pelancaran dari kapal perang Laksamana Gorshkov.


Putin dalam satu ucapan pada 2018, mengumumkan mengenai pembangunan senjata hipersonik baru, termasuk Zircon, dengan menyatakan ia dapat menyerang sasaran di laut dan di darat yang dapat mencapai sasaran sehingga 1,000 kilometer.


Zircon meneruskan pembangunan senjata Russia selepas negara itu melancarkan peluru berpandu hipersonik Avangard yang mula digunakan pada 2019 dan peluru berpandu udara Kinzhal (Dagger) yang dilancarkan dari gudang senjata Russia.


Pelancaran itu dilakukan seminggu selepas Korea Utara menyatakan mereka berjaya menguji senjata hipersonik baru, menjadi negara terbaru yang menyertai perlumbaan senjata hipersonik.



Pakar mengakui pada masa ini Russia mempunyai kelebihan dalam pembangunan senjatanya. - AFP


Russia lancarkan peluru berpandu hipersonik dari kapal selam
Pautan : https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2021/10/872435/russia-lancarkan-peluru-berpandu-hipersonik-dari-kapal-selam


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.simiey.info/2021/10/russia-lancar-peluru-berpandu.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+simiey/nQtu+(simiey%5Bdot%5Dcom)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Awani Global Aukus Kapal Selam Berteknologi Nuklear Australia

Awani Global Aukus Kapal Selam Berteknologi Nuklear Australia

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 171 hits
Perdana Menteri Australia mengumumkan pada 16 September lalu mengenai kerjasama tiga negara iaitu AUKUS untuk diplomatik keselamatan dan pertahanan di wilayah Indo Pasifik bagi menghadapi cabaran abad ke 21 Dr K S Balakrishnan berkongsi pan...
Ditangkap Polisi Putra Shahrukh Khan Diduga Terlibat Pesta Narkotika Di Kapal Pesiar

Ditangkap Polisi Putra Shahrukh Khan Diduga Terlibat Pesta Narkotika Di Kapal Pesiar

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 206 hits
Diamankan bersama 7 orang lainnya Aryan Khan diperiksa perihal pembelian kepemilikan dan penggunaan obat obat terlarang
Malaysia Bantah Pencerobohan Kapal China Ke Perairan Negara

Malaysia Bantah Pencerobohan Kapal China Ke Perairan Negara

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 280 hits
BH ONLINE Kementerian Luar Negeri PUTRAJAYA Kementerian Luar Negeri memanggil Duta Besar China semalam untuk menyatakan pendirian dan bantahan terhadap keberadaan serta aktiviti kapal negara itu termasuk kapal penyelidikan dalam Zon Ekonomi...
Bangkai Ikan Paus Tersangkut Pada Kapal

Bangkai Ikan Paus Tersangkut Pada Kapal

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 222 hits
Bangkai seekor ikan paus tersangkut pada bahagian hadapan sebuah kapal tangki di Pelabuhan Mizushima Jepun baru baru ini Foto Mizushima Coast Guard Station Ne Bagaimana mereka tidak perasan Sejurus kapal tangki Jepun berlabuh ke pelabuhan d...
5 Potret Liburan Syahrini Di Labuan Bajo Naik Kapal Pinisi Mewah

5 Potret Liburan Syahrini Di Labuan Bajo Naik Kapal Pinisi Mewah

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 195 hits
Syahrini sedang menghabiskan liburan di Labuan Bajo Syahrini liburan di Labuan Bajo bersama sang suami Reino Barack Syahrini berangkat ke Labuan Bajo naik jet pribadi Syahrini menikmati liburan di atas kapal Ini potret keseruan Syahrini lib...
Kapal Penjaga Pantai As Dan Bakamla Ri Latihan Bersama Di Selat Singapura

Kapal Penjaga Pantai As Dan Bakamla Ri Latihan Bersama Di Selat Singapura

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 318 hits
Menurut Komandan Munro Letkol Laut Blake Novak latihan bersama itu memperkuat hubungan dan memberikan peluang bagi para awak kapal untuk bekerja sama dan membangun kekuatan masing masing
Kisah Pemberontakan Kapal Perang Soviet Storozhevoy Yang Menjadi Inspirasi Kepada Novel The Hunt For Red October

Kisah Pemberontakan Kapal Perang Soviet Storozhevoy Yang Menjadi Inspirasi Kepada Novel The Hunt For Red October

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 322 hits
Filem The Hunt for Red October arahan John McTiernan merupakan antara filem perang klasik yang sangat diminat pengemar filem perang Walaupun filem tersebut sudah berusia lebih 30 tahun ia masih menjadi pilihan pengemar filem dan dianggap se...
Kapal Umno Bakal Karam Umno Sedang Berdiri Di Ambang Pintu Kubur Iiyyeee Kee

Kapal Umno Bakal Karam Umno Sedang Berdiri Di Ambang Pintu Kubur Iiyyeee Kee

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 305 hits
SIAPA LAGI GANDINGAN YANG DILIHAT PALING BAIK MENERAJUI UMNO DAN MALAYSIA JIKA BUKAN ZAHID MAT HASAN NAJIB KU LI Kapal dianggap diambang pecah jika kem Presiden bertembung dgn kem timbalan Presiden Faktanya masa madey lawan ku li 1988 hj ha...
Kapal Tambahan Dikerah Jaga Perairan Eez Sabah Sarawak

Kapal Tambahan Dikerah Jaga Perairan Eez Sabah Sarawak

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 390 hits
Datuk Sabri Zali berkata kapal itu adalah tambahan kepada dua lagi aset TLDM di Beting Patinggi Ali dan berhampiran terumbu Pulau Layang Layang yang sentiasa diawasi 24 jam di sepanjang Laut China Selatan Gambar hiasan SANDAKAN Tentera Laut...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord