Rupanya Selama Ini Pemimpin Umno Sendiri Pun Bengong Dan Tak Faham Apa Itu Mn




Naib Presiden PAS Mohd Amar Abdullah menyifatkan pendirian Umno dalam isu kerjasama melalui Muafakat Nasional (MN) adalah tidak jelas malah tidak sekata sesama sendiri.
Mohd Amar berkata demikian ketika mengulas kenyataan beberapa pimpinan Umno yang dikatakan saling bercangggah pendirian, manakala Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi pula dilihat menyatakan pendapat peribadi.
"Hari ini ada kenyataan Naib Presiden Umno Mahdzir Khalid tak setuju dengan pandangan Zahid, dia kata hubungan Umno dan PAS ini sepatutnya diputuskan oleh parti bukannya individu.
"Mereka sama mereka pun tak sekata, jadi macam mana? Umno Selangor bagi tahu akan kerjasama dengan PAS, tapi presiden Umno kata tak ada kerjasama.
“Jadi kita nak pakai (cakap) siapa?" soalnya ketika ditemui media selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, hari ini.
Gambar hiasanZahid sebelum ini berkata kerjasama Umno dan PAS melalui MN perlu dilupakan dan menegaskan tiada kerjasama Umno dan PAS dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Katanya, Umno telah beberapa kali memberi ruang secukupnya kepada PAS untuk mempersetujui perkara terkandung di dalam piagam MN namun tidak disepakati.
Bagaimanapun sebelum ini, Pengerusi Umno Selangor Noh Omar menyatakan kesediaan mereka untuk bekerjasama dengan PAS pada PRU15 termasuk mengelak pertindihan kerusi.
Sementara itu mengulas lanjut, Mohd Amar, berkata, Umno sekarang kelihatan bercelaru dan tiada keputusan yang dibuat di peringkat parti.
"Kalau nak berhujah dari segi itu Umno Selangor dah buat kenyataan terbuka akan kerjasama dengan PAS.
"Nampak Umno sendiri pun celaru, kalau kita ambil daripada kenyataan naib presiden Umno (Mahdzir) itu bermakna Zahid buat keputusan sendiri, kenyataan peribadi bukan mewakili partinya.
Gambar hiasan"Jadi macam mana? Kita nak pegang yang mana? Bagi tahu dia bincang dululah di peringkat parti sebelum keluar kenyataan," ujarnya.
Mohd Amar berkata, apa yang dibangkitkan pemimpin Umno mengenai PAS adalah tidak betul termasuk hubungan kerjasama dengan Bersatu.
"Misalnya mengenai Bersatu, ia pada peringkat awal Umno sendiri bersetuju untuk menawarkan Bersatu sertai MN, sebab MN bukan PAS dan Umno saja, hanya pengasas saja. Misi kita nak pakatan ini lebih besar merangkumi parti-parti dan orang Melayu Islam.
"Ada surat presiden Umno sendiri setuju menjemput Bersatu ke dalam MN, tiba-tiba dia tarik keputusan, jadi nampak sikapnya (macam mana)," kata soalnya.
PAS tiada masalah
Dalam perkembangan sama, Pengarah Pilihan Raya PAS, Muhammad Sanusi Md Nor dilaporkan sebagai berkata partinya tidak mempunyai sebarang masalah meneruskan kerjasama politik dengan Umno melalui MN.
Menteri besar Kedah itu berkata, PAS masih berpegang kepada keputusan pimpinan tertinggi dan Majlis Syura Ulama, iaitu memperkukuhkan MN dan memperkasakan Perikatan Nasional (PN) demi memantapkan politik umat Islam dan Melayu di negara ini.
"PAS tidak ada masalah (bekerjasama) dengan Umno. Jika Umno ada masalah, mereka perlu selesaikan kerana PAS tidak ada masalah.
"Kita masih berpegang kepada keputusan dibuat kepimpinan dan Majlis Syura, kita konsisten dan tidak ada perubahan di mana PN kita mahu, MN pun kita mahu," katanya seperti dilaporkan BH Online, hari ini.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2022/05/rupanya-selama-ini-pemimpin-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kelantan Bunyi Dentuman Kuat Itu Rupanya Anak Terjatuh Dalam Perigi 10 Meter

Kelantan Bunyi Dentuman Kuat Itu Rupanya Anak Terjatuh Dalam Perigi 10 Meter

papar berkaitan - pada 29/3/2025 - jumlah : 118 hits
Nor Amalina AliasTuan Hasnah dan Shahrul Nizam menunjukkan perigi yang sudah ditutup papan sepenuhnya NSTP Nor Amalina AliasBACHOK Saya panik apabila bunyi dentuman kuat yang didengari itu rupanya anak bongsu yang terjatuh dalam perigi seda...
Grabx Tiba Di Malaysia Ai Kini Faham Apa Anda Mahu Sebelum Anda Sendiri Tahu

Grabx Tiba Di Malaysia Ai Kini Faham Apa Anda Mahu Sebelum Anda Sendiri Tahu

papar berkaitan - pada 9/4/2025 - jumlah : 136 hits
Grab melancarkan GrabX satu siri produk baharu dengan konsep 8220 For Every You 8220 direka khusus untuk memenuhi keperluan harian pengguna melalui penggunaan teknologi AI secara lebih meluas dalam ekosistem Grab Penawaran GrabX di Malaysia...
Pemimpin Umno Kedah Tuntut Janji Lantik Wakil Parti Orang No 2 Mtpn

Pemimpin Umno Kedah Tuntut Janji Lantik Wakil Parti Orang No 2 Mtpn

papar berkaitan - pada 14/4/2025 - jumlah : 121 hits
Ketua Umno Langkawi Mohd Nazifuddin Najib pihaknya tidak akan terus membisu melihat janji tidak ditunaikan PETALING JAYA Seorang pemimpin Umno Kedah menuntut kerajaan melantik wakil parti itu sebagai timbalan pengerusi Majlis Tindakan Pemba...
Bagaimana Memulakan Perniagaan Kedai Runcit Sendiri

Bagaimana Memulakan Perniagaan Kedai Runcit Sendiri

papar berkaitan - pada 12/4/2025 - jumlah : 217 hits
Apa yang seronok sangat dengan berniaga kedai runcit ni Adakah anda berminat untuk memulakan dan menguruskan perniagaan kedai runcit anda sendiri Jika ini adalah perniagaan pertama anda apa kata anda luangkan sikit masa untuk baca perkongsi...
Polis Tembak Diri Sendiri Didakwa Ada Masalah

Polis Tembak Diri Sendiri Didakwa Ada Masalah

papar berkaitan - pada 14/4/2025 - jumlah : 116 hits
KEPALA BATAS Seorang polis yang tertembak di kepala sendiri dalam kejadian di bilik pengawal Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang Selasa lalu dipercayai mempunyai beberapa masalah peribadi terutamanya yang berkaitan dengan kewangan Ketu...
Umno Sabah Tak Terfikir Mahu Calonkan Shahelmey

Umno Sabah Tak Terfikir Mahu Calonkan Shahelmey

papar berkaitan - pada 26/3/2025 - jumlah : 108 hits
Bung Moktar Radin berkata Shahelmey Yahya tiada peluang bertanding sebagai calon BN di Tanjung Keramat PETALING JAYA Umno Sabah mengingatkan Shahelmey Yahya supaya tidak memasang cita cita mewakili Barisan Nasional di kerusi DUN Tanjung Ker...
Polis Rekod Keterangan Bekas Isteri Anggota Tertembak Diri Sendiri

Polis Rekod Keterangan Bekas Isteri Anggota Tertembak Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 11/4/2025 - jumlah : 138 hits
Malaysiakini nbsp Polis telah merekodkan keterangan bekas isteri anggota polis yang parah akibat tertembak diri sendiri di bilik pengawal Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di George Town pada Selasa lepas bagi siasatan lanjut Ketua P...
Rahsia Cara Buat Fucuk Sendiri Di Rumah Lagi Sedap Dari Beli Di Kedai

Rahsia Cara Buat Fucuk Sendiri Di Rumah Lagi Sedap Dari Beli Di Kedai

papar berkaitan - pada 10/4/2025 - jumlah : 121 hits
Nak buat fucuk sendiri di rumah memang boleh tapi ia perlukan sedikit kesabaran sebab prosesnya agak perlahan Tapi kalau nak cuba versi homemade ini cara paling mudah Bahan bahan Susu soya tanpa gula Contoh 1 liter susu soya Kuali leper non...
Jujurlah Kepada Allah Dan Diri Kita Sendiri By Dr Rakib S H

Jujurlah Kepada Allah Dan Diri Kita Sendiri By Dr Rakib S H

papar berkaitan - pada 4/4/2025 - jumlah : 172 hits
https youtu be 3kXwq3eKSj4 si vpqdjDPYVWSPL S MRILAH JUJUR KEPADADIRI KITA SENDIRI
Pop Culture Jeopardy A New Era For Trivia Enthusiasts

Umno Join Bersatu Mp Says More Appropriate That Mca Joins Dap

Election Victory Parades Kick Off Across Singapore

Strategi Trading Saat Non Farm Payroll Untuk Trader Pemula

Dampak Kebijakan Tarif Dagang Donald Trump Terhadap Ekonomi Indonesia

Tanda Tanda Cyst Ovari Yang Perlu Diketahui Kenali Gejalanya Sebelum Terlambat

Siri 1 2025

Medx Back Machine A Game Changer For Strengthening Weak Low Back Muscles


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pokok Dan Cabang Agama Telaah Kritis Terhadap Pembagian Ushul Furu

Breakfast Dengan Roti Canai Sarang Burung Di Sup Tulang Zz Taman Bukit Dahlia Pasir Gudang

Nasi Kandar Deen Mutiara Penang

Bab 5 Mei 2025

Kru Ciptaan Sempurna Chord

Man Kinabalu Sibidat Kumut Kumut Chord