Rupanya Ramai Solat Arah Kiblat Yang Salah Tak Perasan Nota Dari Pihak Surau Kiblat Tak Sama Dengan Arah Karpet
Setiap manusia diciptakan untuk mengabdikan diri kepada Yang Maha Esa. Justeru, sebagai umat islam, kita harus menyempurnakan kelima-lima Rukun Islam yang menjadi tonggak keimanan untuk membuktikan ketaatan sebagai hamba-Nya.
Ini termasuk melaksanakan ibadah solat yang merupakan Rukun Islam kedua. Setiap umat Islam wajib menunaikannya pada waktu tertentu walau di mana pun kita berada.
Tular di media sosial tentang ciapan yang dimuatnaik oleh seorang wanita yang mendakwa bahawa surau yang dikunjunginya itu mempunyai kiblat yang salah.
Menurutnya, kejadian tersebut berlaku di sebuah surau di dalam pusat membeli-belah. Merasakan perkara berkenaan tidak boleh dipandang remeh, dia nekad memuatnaik cipaan tersebut untuk menyedarkan masyarakat tentang hakikat ini.
Rupanya selama ni solat ke arah kiblat yang salah. Aku tengok 85% orang solat kat surau ni tak tengok arah kiblat. Semuanya main bentang sejadah tengok orang depan atau tepi dan ikut karpet, tanpa tengok tanda arah kiblat yang betul.
Tanda arah kiblat tu ada kat depan saf, jadi memang logik lah orang belakang tak perasan kan, tapi kebanyakkan orang yang solat saf depan memang ikut kiblat which is senget sikit dari arah karpet tu.
Tapi tulah orang yang solat kat belakang ni memang tak peduli langsung kenapa orang depan kiblat nya lain, diorang tetap jugak bentang ikut karpet.
Jadi saf yang belakang belakang ni pun follow jugak, aku perasan memang tak ramai yang baca notis kat dinding tu. Dan kalau ada yang baca pun buat taktahu je, macam tak pelik pulak diorang ni tengok kiblat orang depan semua lain lain.
Dan they didnt even bother to tegur orang yang kiblat nya lain which is kinda sad. Bila kita tahu orang tepi tu kiblatnya salah, tegur lah. Tunjuk arah kiblat.
Yang betul. Lepas aku baca notis tu, memang aku tegur orang belakang. Cuma tulah nak pesan lepasni kalau nak solat, cari arah kiblat dulu. Jangan ikut karpet atau sejadah yang dah terbentang tu takut kalau sejadah tu teralih ke apa ke, tak pasal kiblat kita pun salah.
Rasanya lepasni kita orang islam ni kena titikberatkan jugak pasal arah kiblat, jangan ikut suka kita je solat entah arah mana mana.
Memang ramai yang tak aware benda ni. Sebab kita dah terbiasa solat ikut arah karpet termasuk aku sendiri sebabtu kita yakin je dah tak cari mana arah kiblat yang betul sebelum solat. So ini peringatan lepasni kat mana mana pun sebelum solat, tengok arah kiblat dulu.
And also kepada sesiapa lepasni yang terperasan orang sebelah atau belakang anda tu kiblatnya lain, tegur lah, tak perlu segan nak tegur. Kita juga yang dapat pahala free okeyyy.
Sumber: Aina
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2019/09/26/rupanya-ramai-solat-arah-kiblat-yang-salah-tak-perasan-nota-dari-pihak-surau-kiblat-tak-sama-dengan-arah-karpet/