Rupanya Kejadian Di Rantau Bukan Kali Pertama Kereta Polis Diselongkar Ahli Parti


Baru-baru ini dua anggota polis diarahkan untuk memberikan kerjasama membuka bonet kenderaan mereka kerana disyaki mempunyai kertas undi. 

Kejadian berlaku ketika hari pengundian di PRK Rantau.

Anggota polis itu diarahkan oleh ahli parti (dipercayai PKR) untuk membenarkan kenderaan mereka diselongkar atas alasan mereka mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.

Pihak polis terpaksa memberikan kerjasama dengan membuka bonet kenderaan mereka atas alasan mengelakkan kekecohan. 



Ketika ramai netizens mengulas kejadian itu dengan mengkritik pihak-pihak yang melangkaui tugas polis, terdapat salah seorang netizen yang dikenali sebagai Roji Kawi berkongsikan insiden yang seumpamanya yang pernah berlaku di Sibu suatu ketika dahulu.

Insiden itu juga dilakukan oleh parti yang memerintah kerajaan kini.

Bacalah perkongsiannya dibawah ini;

Oleh : Mohd Roji Kawi Abdullah
 
Kejadian seperti ini terhadap kenderaan polis, bukan yang pertama berlaku dalam sejarah pilihan raya Malaysia. Pada malam pengundian PRU-13 di Pusat Penjumlahan Undi Parlimen Sibundi Dewan Suarah Sibu, insiden sama berlaku apabila sekumpulan samseng menahan kereta peronda polis dan kemudian menyuruh dua anggota di dalamnya keluar sebelum mereka menggeledah kereta itu kononnya untuk mencari kertas undi yang cuba diseludup masuk ke dalam pusat penjumlahan. 

Samseng-samseng itu turut menggeledah sebuah Land Cruiser yang digunakan oleh anggota LSF atas alasan sama. 

Malah beberapa rakan wartawan akhbar Cina turut menjadi mangsa apabila beg kamera mereka di selongkar dan seorang daripada wartawan itu dilondeh seluarnya kerana samseng itu dakwa dia seludup masuk kertas undi. 

Kejadian itu berlaku di depan mata saya serta beberapa rakan media yang membuat liputan di pusat penjumlahan undi berkenaan. Ketika mereka bertindak kurang ajar dan biadap itu, DAP sebenarnya sudah menang, cuma menunggu pengumuman rasmi. 

Kalaulah DAP kalah, tak taulah apa lagi tindakan yang akan samseng-samseng itu buat. Seperti yang berlaku di Rantau, kejadian di Sibu itu juga polis terpaksa mengalah sebab jika polis bertindak tegas, samseng yang terpekik terlolong itu pasti bertindak lebih jauh lagi sehingga boleh mencetus ketenteraman awam. 

Ya memang benar kita ada undang-undang, tetapi dalam banyak kes, samseng-samseng itu akhirnya akan diangkat sebagai hero dan mereka akan dibela oleh sekumpulan pengamal undang-undang. Betulkan jika saya silap dalam hal ini. Terima kasih.

-------
Ini laporan saya berhubung insiden 5 Mei 2013.

Sibu : Tiga wartawan tempatan yang dikasari penyokong parti pembangkang di pusat penjumlahan undi Parlimen Sibu di Dewan Suarah di sini, malam kelmarin, membuat laporan polis, semalam.

Laporan polis itu dibuat tiga wartawan berusia 29 hingga 32 tahun iaitu dua dari Sin Chew Daily dan seorang dari Borneo Post dengan seorang daripadanya wanita, di Balai Polis Sentral, jam 4 petang semalam.

Jurucakap wartawan terbabit berkata, mereka membuat laporan sebagai rujukan dan melindungi mereka daripada sebarang kejadian tidak diingini.

“Laporan ini juga dibuat selepas kami diperlakukan dengan biadab serta tindakan penyokong pembangkang yang membelakangi undang-undang,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam kelmarin, tiga wartawan terbabit yang baru tiba dari sebuah lagi pusat penjumlahan undi ditahan sekumpulan penyokong pembangkang yang menuduh mereka sebagai ejen Barisan Nasional (BN) yang cuba menyeludup masuk kertas undi hantu ke Dewan Suarah Sibu.

Kumpulan penyokong pembangkang yang mengerumuni tiga wartawan itu juga menyelongkar beg kamera dan laptop sambil mengugut mereka.

Wartawan itu menunjukkan pas rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta pas media Jabatan Penerangan, namun tidak diendahkan penyokong yang dipercayai anggota kumpulan samseng itu.

Tindakan keterlaluan

Malah salah seorang wartawan lelaki berusia 29 tahun diarah membuka seluar kerana kumpulan penyokong itu mengesyaki beliau menyorok kertas undi di dalam seluar.

“Tindakan penyokong pembangkang terhadap wartawan yang sedang menjalankan tugas ini amat keterlaluan seolah-olah mereka berkuasa untuk membuat pemeriksaan ketika itu,” katanya.

Sebelum itu, kekecohan tercetus di luar pusat penjumlahan itu apabila sekumpulan kira-kira 200 penyokong pembangkang membuat kecoh dengan menjerit menuduh SPR melakukan penipuan.

Mereka juga bertindak menahan petugas SPR yang membawa masuk peti undi selain menyelongkar kereta peronda polis kerana mendakwa membawa kertas undi hantu.

Bagaimanapun, kumpulan terbabit berhenti membuat kecoh selepas calon DAP, Oscar Ling Chai Yew, diumum sebagai pemenang Parlimen Sibu kira-kira jam 11 malam. - 15 April 2019.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://laiyeker.blogspot.com/2019/04/rupanya-kejadian-di-rantau-bukan-kali.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perghh Tindakan Disiplin Jika Ahli Pkr Terlibat Tahan Kereta Polis

Perghh Tindakan Disiplin Jika Ahli Pkr Terlibat Tahan Kereta Polis

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 408 hits
Tindakan disiplin jika ahli PKR terlibat tahan kereta polis Saifuddin KUALA LUMPUR Parti Keadilan Rakyat akan mengambil tindakan disiplin jika terdapat bukti ahli ahli parti itu terlibat dalam insiden menahan dan memeriksa kereta peronda po...
Ahli Pkr Didakwa Jamu Pengundi Rantau Dipanggil Polis

Ahli Pkr Didakwa Jamu Pengundi Rantau Dipanggil Polis

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 431 hits
Polis memanggil Ketua Komunikasi Pemuda PKR Wong Chun Yuan untuk membantu siasatan berhubung dakwaan yang mengatakan PH melanggar peraturan pilihan raya dengan menjamu pengundi di Rantau Ketika dihubungi Pemangku Ketua Polis Negeri Sembilan...
Polis Buru Lima Lelaki Tahan Periksa Kereta Polis Di Rantau

Polis Buru Lima Lelaki Tahan Periksa Kereta Polis Di Rantau

papar berkaitan - pada 14/4/2019 - jumlah : 1257 hits
Rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan penyokong dipercayai daripada PH menahan dan memeriksa MPV polis semalam SEREMBAN Polis sedang memburu lima lelaki dipercayai penyokong Pakatan Harapan yang bertindak menahan dan memeriks...
Kehilangan Kereta Bukan Kes Cabar Polis

Kehilangan Kereta Bukan Kes Cabar Polis

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 252 hits
SHAH ALAM Kehilangan Toyota Vellfire milik pasukan digunakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh yang hilang di parkir sebuah restoran di Kajang Rabu lalu tidak ada kaitan dengan tindakan poli...
Kebakaran Di Masjid Al Aqsa Bukan Yang Pertama Kali

Kebakaran Di Masjid Al Aqsa Bukan Yang Pertama Kali

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 300 hits
Menurut informasi dari Antar al Hazmawi seorang penjaga Masjid Al Aqsa kebakaran terjadi di kamar penjaga di luar atap penjaga masjid
Kolumnis Sinar Pertikai Laporan Polis Kali Kedua Ke Atas Klvc

Kolumnis Sinar Pertikai Laporan Polis Kali Kedua Ke Atas Klvc

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 303 hits
KUALA LUMPUR Seorang kolumnis portal Sinar Harian hari ini mempertikaikan laporan polis kali kedua yang dibuat oleh Pengarah Besar Felda Othman Omar sehari sebelum Laporan Kertas Putih Felda dibentangkan di Dewan Rakyat sebagai tindakan yen...
Kali Ini Tidak Jadi Ahli Silap Mata Houdini Ditemui Mati Dalam Keadaan Bergari Di Pokok

Kali Ini Tidak Jadi Ahli Silap Mata Houdini Ditemui Mati Dalam Keadaan Bergari Di Pokok

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 404 hits
Kali ini Tidak Jadi Ahli Silap Mata Houdini Ditemui Mati Dalam Keadaan Bergari Di Pokok Seorang lelaki yang meminati ahli silap mata terkenal dan pakar melepaskan diri Harry Houdini ditemui mati dalam keadaan bergari di sebatang pokok di Ru...
Ini Perbuatan Yang Perlu Dijaga Untuk Perjumpaan Pertama Kali

Ini Perbuatan Yang Perlu Dijaga Untuk Perjumpaan Pertama Kali

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 506 hits
Ramai orang berfikir bahawa mengikut peraturan etika hanya berlaku kepada orang atasan Dalam buku Etiquette Today Moira Redmond bercakap tentang bagaimana apabila bertemu dengan orang baru anda secara automatik mengalihkan perhatian anda ke...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

The Founders Bagels Cinnamon Rolls

Mana Ji Sukjin Ada Yoo Jaesuk Kim Jongkook Calon Daesang Sbs Entertainment Awards Dikritik