Rupanya Hari Ini Giliran Aku Yang Jadi Mangsa Dr Ni Kena Kuarantin Bersama Kita Doakannya



Allahuakbar….membaca perkongsian daripada Doktor Ahmad Samhan ini pasti buat kita bimbang dengan kesihatannya kini

Jika sebelum ini, beliau banyak berkongsi info sebagai salah seorang frontliner wira negara dalam menentang virus covid-19

Namun hari ini, dirinya pula terpaksa dikuarantin. Bersamalah kita doakan agar keputusan saringan yang dilakukan adalah negatif


Bila dapat mesej ini, aku terus terduduk. Darah terasa berhenti mengalir

Terus terbayang dengan jelas muka makcik chinese itu beberapa hari lepas. Dia datang kerana gula tinggi dan jatuh ditandas. Antara tanggungjawab sebagai doktor dan bagai belas kasih dari seorang anak kepada orang tua, aku angkat dia ke katil sebelum buat pemeriksaan

Tiada batuk
Tiada demam
Tiada sakit tekak
Tiada kontak rapat

Sememangnya untuk kes begini kami tak perlu pakai PPE. Kerana stok PPE agak terhad

Patutlah dari semalam aku rasa sakit tekak. Memang dah rasa tak sedap hati. Tiap kali ketempat kerja kerja, aku selalu berdoa moga dijauhkan dari terdedah dengan pesakit yang positif covid-19

RUPANYA HARI INI GILIRAN AKU YANG JADI MANGSA


Hakikatnya sudah ramai sahabat frontliner mengalami nasib yang sama. Aku dongak ke siling. Bukan sedih dan menyalahkan takdir yang berlaku. Cuma berfikir apa yang patut aku buat dulu

Fikirkan aku ada anak kecil baru berumur setahun. Fikirkan bagaimana aku patut kuarantinkan diriku dari keluarga. Fikirkan bagaimana aku mahu beritahu abah dan ma. Semua berputar-putar dibenak fikiran ku. Buntu

Perkara pertama yang aku buat ialah telefon isteri

“Abang exposed dengan patient covid dan kena kuarantin. Nanti tolong sediakan bilik depan. Lepas ambil swab abang balik. Beritahuku ringkas

“Baik,bang.” Jawab isteriku dengan ringkas tanpa bertanya lebih lanjut

Sebelum ini aku dah terangkan pada dia andaikata aku kena kuarantin apa perkara yang kami patut buat. Sebab aku boleh agak lambat laun pasti aku pun tak terlepas. Pekerjaan dan perjuangan ini memang tanggungjawab aku pada masyarakat

Bismillahirahmanirrahim

Aku gagahkan langkah menuju ke tempat untuk ambil ujian covid. Tempat ini memang dikhaskan pada staff kesihatan yang dijangkiti. Kelihatan beberapa orang sedang menunggu giliran. Setakat ini sudah lebih 150 orang staff kesihatan alami nasib yang sama

Sementara menunggu giliran, aku dail nombor telefon insan keramat

“Assalamualaikum ma, ma apa khabar?”
“Alhamdulillah sihat. Abe (panggilan di rumah) sihat?”
“Sihat. Boleh cakap dengan abah?”, aku sengaja sembunyikan. Aku belum ada kekuatan untuk beritahu ma. Bimbang dia sedih. Aku rela beritahu abah dulu dan nanti biar dia yang sampai kan pada ma

“Haa, abe nak bagitau apa-apa ke? Ma tu seharian duk gelisah. Dia kata tak sedap hati. Macam ada sesuatu buruk yang jadi.” Abah memangnya cukup faham kalau aku minta bercakap dengan dia. Mesti ada sesuatu

Ma pula memang dengan naluri seorang ibu yang memang sudah Allah hadiahkan. Gerak hatinya sangat kuat. Tak sempat aku beritahu dia seolah-olah dah tahu segalanya

“Dr Samhan”
Nama aku dipanggil oleh petugas

Selepas beri semua butir peribadi,aku melangkah ke tempat ambil ujian. Aku lihat batang lidi yang panjang dan dihujung ada kapas (cotton bud)

Batang lidi dimasukkan dalam hidung, lama kelamaan makin dalam. Di jolok sampai sentuh dinding belakang. Tanpa sedar aku tolak tangan petugas itu. Tak tahan

Berair mata aku dan terus berdenyut kepala. Kelihatan ada darah dihujung kapas. Aku tak salahkan petugas. Itu memang tekniknya untuk pastikan ketepatan keputusan. Selama ini aku yang buat pada pesakit sekarang giliran aku pulak. Baru kau rasa Samhan

Hari ini adalah hari kedua aku dah dikuarantin. Kedengaran suara anak-anak bermain dari luar bilik. Rindu pula lihat gelagat mereka. Rindu nak peluk cium mereka. Rindu bau mereka. Dapat cuti dan rehat tapi tak dapat bersama mereka adalah satu penyiksaan berat

Kedengaran suara anak sulung yang berumur 7 tahun bertanya ibunya,
“Kenapa baba tak keluar bilik? Baba taknak main dengan Umar ke?”
“Baba kena duduk dalam bilik. Mungkin virus ada dalam badan baba. Nanti kita semua kena”, ibunya cuba jelaskan

Terus mengalir air mata aku ni

Sesekali isteri mengetuk pintu dan letak makanan didepan pintu. Baru aku faham letihnya bila kena kuarantin. Lebih letih dari letihnya bekerja. Letih fizikal dan mental. Macam duduk dalam kubur tapi hidup. Rasa sihat tapi tak yakin. Dipaksa berehat tapi sebenarnya perasaan seperti sedang berjuang dimedan perang

Aku hanya mampu berdoa dan bertawakal. Mungkin ini tuhan beri aku waktu untuk aku berehat sementara dari kerja dan dekatkan diri kepada Dia. Sebelum ini, solat pun terkejar-kejar kerana kesibukkan kerja apatah lagi mahu berzikir. Kini Allah beri masa selapang-lapangnya untuk buat apa yang selama ni tak sempat. Untuk DIA

AKU REDHA DENGAN SETIAP UJIAN YANG ALLAH BERIKAN. SETIAP APA YANG BERLAKU PASTI ADA HIKMAHNYA

Keputusan ujian pertama sudah keluar. Alhamdulillah negatif dan hari ini aku perlu ambil ujian kali kedua. Ia diwajibkan merana ketepatan ujian ini hanya 80 peratus. Kemungkinan kemungkinan untuk positif masih ada

Perlu bersedia. Perlu berwaspada. Bersyukur tapi jangan terlalu gembira

Jauh disudut hati aku berdoa agar keputusan ujian kali kedua ini juga negatif. Ya Allah Asy Syafii Yang Maha Menyembuhkan, Ya Qabiidu Yang Maha Menyempitkan dan Maha Menyekat,
Kau bantulah kami semua dengan kesihatan yang baik dan cemerlang. Kami perlu berjuang membantu masyarakat Ya Allah

INI KISAHKU,TAPI AKU YAKIN RAMAI SAHABAT FRONTLINER JUGA SEDANG HADAPI SITUASI INI

Bukan harapkan belas kasihan, tapi cuma ingin ceritakan realiti sebenar apa yang kami hadapi sebagai frontliner

Virus ini semakin sukar dijejak. Hampir 80 peratus pesakit tidak menunjukkan apa-apa gejala. Itu belum lagi pesakit yang sembunyikan maklumat terdedah pada covid-19

Kongsikan cerita pada orang lain agar tiada lagi pesakit yang sembunyikan maklumat diri dan beri kerjasama pada petugas kesihatan

sumber : Dr Ahmad Samhan via https://www.keluarga.my

from Sehinggit Media https://ift.tt/39OuBsa
via Merah Hati Cintaku

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://merahhaticintaku.blogspot.com/2020/04/rupanya-hari-ini-giliran-aku-yang-jadi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sistem Khas Pantau Individu Perlu Kuarantin 14 Hari Kata Kpn

Sistem Khas Pantau Individu Perlu Kuarantin 14 Hari Kata Kpn

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 366 hits
POLIS Diraja Malaysia mempunyai satu sistem khas bagi mengawasi individu yang sedang menjalani tempoh kuarantin 14 hari di rumah selepas mereka pulang dari luar negara Tanpa memperincikan butiran lanjut sistem khas itu Ketua Polis Negara Ab...
30 Hari Tanpa Anak Anak Isteri Gugur Air Mata Dato Fazley Jumpa Keluarga Selepas Selesai Kuarantin Diri

30 Hari Tanpa Anak Anak Isteri Gugur Air Mata Dato Fazley Jumpa Keluarga Selepas Selesai Kuarantin Diri

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 331 hits
Rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara perlu kuarantinkan diri mereka selama 14 hari sebelum bertemu dengan ahli keluarga Itulah yang dilakukan oleh penyanyi dan cef selebriti Dato Fazley Yaakob selepas pulang dari Singapura selepas b...
Biarpun Disahkan Negatlf Tun Mahathir Tetap Duduk Rumah Kuarantin Diri Selama 14 Hari Cayalah

Biarpun Disahkan Negatlf Tun Mahathir Tetap Duduk Rumah Kuarantin Diri Selama 14 Hari Cayalah

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 246 hits
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah disahkan negatif terhadap j4ngk1tan c0v1d 19 Menerusi laporan Astro Awani keputusan kesihatan negarawan berusia 95 tahun itu telah dikongsikan oleh pembantu rapatnya semalam Ujian tersebut...
Pekerja Malaysia Dari Singapura Tak Perlu Kuarantin 14 Hari Kata Laporan

Pekerja Malaysia Dari Singapura Tak Perlu Kuarantin 14 Hari Kata Laporan

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 262 hits
RAKYAT Malaysia yang bekerja di Singapura akan dibenarkan pulang ke tanah air tanpa perlu menjalani kuarantin 14 hari lapor Malaysiakini Bagaimanapun mereka yang terlibat perlu menyerahkan surat pihak berkuasa kesihatan Singapura yang menge...
Menu 7 Hari Sepanjang Kuarantin 18 Mac 2020 Hingga 24 Mac 2020

Menu 7 Hari Sepanjang Kuarantin 18 Mac 2020 Hingga 24 Mac 2020

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 358 hits
Menu 7 Hari Sepanjang Kuarantin 18 Mac 2020 hingga 24 Mac 2020 Assalamualaikum dan Selamat Petang Hai reader semua 17 Mac 2020 sehari sebelum diarah Kawalan Pergerakan dan Duduk Dirumah This is a content summary only Visit my website for fu...
Bosan Kuarantin Di Rumah Hari Hari Suami Batalkan Wuduk Eyra Hazali

Bosan Kuarantin Di Rumah Hari Hari Suami Batalkan Wuduk Eyra Hazali

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 480 hits
Sedang meniti saat bahagia berumah tangga dan bakal diserikan dengan kehadiran cahaya mata kehidupan Eyra Hazali kini sudah cukup lengkap Baru baru ini The post appeared first on
Terkini 3 Lagi Kes Kematian Disahkan Hari Ini Jumlah 76 Mangsa Telah Terkorban

Terkini 3 Lagi Kes Kematian Disahkan Hari Ini Jumlah 76 Mangsa Telah Terkorban

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 223 hits
Menerusi sidang media situasi terkini Covid 19 yang disampaikan oleh Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan bahawa seramai 3 orang meninggal dunia pada hari ini Ini menjadikan jumlah kumulatif kematian adalah 76 orang daripada jumlah keseluruh...
4 Korban Baharu 179 Kes Jangkitan Baharu Dan 90 Mangsa Jangkitan Pulih Hari Ini

4 Korban Baharu 179 Kes Jangkitan Baharu Dan 90 Mangsa Jangkitan Pulih Hari Ini

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 160 hits
PUTRAJAYA Kes kematian Covid 19 bertambah sebanyak 4 orang hari ini menjadikan keseluruhan mangsa yang meninggal dunia akibat wabak koronavirus itu 61 orang sehingga kini Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah juga memaklumkan seb...
Masih Dalam Pantang Bayi 12 Hari Mangsa Termuda Covid 19 Di Malaysia

Masih Dalam Pantang Bayi 12 Hari Mangsa Termuda Covid 19 Di Malaysia

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 275 hits
Kementerian Kesihatan mendedahkan bayi berusia 12 hari antara pesakit termuda dijangkiti Covid 19 di negara ini Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata bayi tersebut merupakan mangsa gelombang kedua Covid 19 Bagi gelo...
Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Resipi Cheese Tart

Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu