Rupanya Bini No 2 Calon Pas Pru 15 Lalu Kalau Bini No 2 Penyondol La Kan Kalau Istilah Orang Masa Kini La
.jpg)
HarapandailyApril 20, 2025Bukan main gah lagi malam tadi dan gempar seluruh Malaya apabila Pas mengumumkan bekas Ketua Wanita Umno Perak dan Exco Wanita Umno Malaysia Datuk Dr Wan Noarshikin Wan Nordin menyertai parti itu.
Borang permohonan menyertai Pas pula diserahkan kepada Presiden Pas sendiri, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
Padahal, Datuk Wan Nur Asyikin Wan Nordin sebenarnya adalah isteri kedua kepada calon Pas DUN Air Kuning dalam pilihan raya 2012 lalu.
Wan Nur Asyikin berkahwin dengan Ustaz Mohamad Noor Farid Zainal, Setiausaha Pas Tapah, pada 21 April 2024 dan hari ini Pas mengumumkan penyertaan Nur Asyikin ke dalam Pas.

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria sendiri mengumumkan perkahwinan kedua-dua mereka (gambar atas) pada 21 April 2024 tahun lepas melalui posting dalam facebook Pusat Khidmat ADUN Gunung Semanggol.
Selepas hampir setahun, malam tadi Nur Asyikin diumumkan memohon menyertai Pas. Ia berlaku ketika kempen pilihan raya kecil Air Kuning sedang rancak berjalan.
LEARN MORE

(Naib Presiden Pas mengumumkan bekas Exco Wanita Umno Malaysia sertai Pas….)
Yang menarik adalah tulisan dan komen para penyokong Pas tentang kemasukan Nur Asyikin ini.
Lihat apa yang ditulis Ustaz Mohd Shafizi Ismail menerusi facebook beliau.
“MANTAN KETUA WANITA UMNO PERAK KINI MENJADI AHLI PAS.
“Allahuakbar..Allahuakbar..Allahuakbar!!
“Benarlah bahawa hati-hati kita dipegang oleh Allah SWT. Ini tindakan yang sungguh-sungguh berani dan menjadi sejarah di Ayer Kuning!
“Telah berlangsung sebentar tadi, penyerahan borang Ahli PAS daripada Mantan Ketua Wanita UMNO Perak, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin kepada Presiden PAS, YB Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di dalam Ceramah Mega di Tg Keramat malam ini.
“Lihatlah para pengundi Ayer Kuning, Datuk Dr. Wan Norahikin telah berani membuat perubahan! Perikatan Nasional Pilihan terbaik buat semua.
“Undi Calon No 2, Abdul Muhaimin Malek
“ORANG MUDA PILIHAN KITA”
Ekoran itu, pelbagai sindiran dilemparkan kepada langkah Pas ini.
Che Ibrahim Mohamed menulis, “TERGEMPAR… Isteri muda pemimpin Pas merangkap bekas calon PN di Tapah masuk Pas.”
Beliau mengulas posting Naib Prsiden Pas, Datuk Idris Ahmad yang menulis, “Dato Wan Nur Asyikin Wan Nordin Exco Wanita Umno Malaysia, serah borang masuk Pas kepada TS TG Haji Abd Hadi d Tjg Keramat Ayer Kuning.”
Miqdad Zakaria pula menulis, “Assalamualaikum Nurul Islam Mohamed Yusoff , tahniah ambil bini ahli sendiri serah borang Pas.
“Anta pun boleh kawen tiga lagi, lepas tu ajak bini-bini anta masuk Pas. Nak lagi gempak buat majlis jemput Haji Hadi turun untuk penyerahan borang ahli.
“Takkan anta nak ada satu bini jer, tak jantan la bro.
“Selamat pagi semua.
“Berbunga-bunga pulak hati bila sentuh bab poligami,” tulis Miqdad, bekas ahli Pas yang meninggalkan parti itu.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2025/04/rupanya-bini-no-2-calon-pas-pru-15.html