Rundingan Rasmi Pilihan Raya Negeri Johor 2022 Antara Amanah Dap Muda
Kenyataan Media 09/02/2022 𝗥𝘂𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗿𝗮𝘀𝗺𝗶 𝗣𝗶𝗹𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗥𝗮𝘆𝗮 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗝𝗼𝗵𝗼𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟮 𝗮𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮 𝗔𝗠𝗔𝗡𝗔𝗛, 𝗗𝗔𝗣 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗨𝗗𝗔 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗶𝗺𝘂𝗸𝘁𝗮𝗺𝗮𝗱𝗸𝗮𝗻 AMANAH, DAP & MUDA telah mengadakan rundingan untuk pengagihan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Johor 2022. Setelah siri-siri mesyuarat dan perbincangan pelbagai hala dilakukan, keputusan rundingan rasmi antara semua parti ini telah sebulat suara dimuktamadkan. Rundingan rasmi ini telah bersetuju dengan 3 matlamat utama: i. Memastikan tidak ada pertindihan kerusi antara calon AMANAH, DAP & MUDA di setiap kawasan; ii. Menumpukan usaha dan tenaga kerja jentera AMANAH, DAP & MUDA untuk memenangi setiap calon; dan iii. Bersama-sama menubuhkan Kerajaan Negeri Johor demi membantu rakyat mencapai impian mereka. Ini bermakna bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Johor 2022, AMANAH, DAP & MUDA bakal bergerak sebagai rakan strategik pilihan raya – walaupun MUDA tidak menyertai Pakatan Harapan. Ini serasi dengan prinsip “khemah besar” untuk menyatupadukan semua parti politik dan menggembleng tenaga yang bersedia melawan kerajaan BN/PN. Pimpinan AMANAH, DAP & MUDA percaya bahawa pakatan pilihan yang dijalin menerusi rundingan ini akan membawa suara rakyat Johor dengan cemerlang selaras dengan agenda Johor Bangkit agar PRN Johor adalah untuk masa depan rakyat dan bukanlah perebutan kuasa dan jawatan. Rundingan antara MUDA dan PKR sedang diteruskan demi kesepaduan menghadapi PRN ini. Rakyat Johor berhak mendapat kepimpinan yang mahukan Johor Bangkit menjadi sebuah negeri yang maju, beramanah, bermaruah dan berintegriti. Kesepakatan antara AMANAH, DAP dan MUDA adalah bahawa MUDA akan bertanding di kerusi yang berikut: 1. N.5 Tenang 2. N.7 Bukit Kepong 3. N.22 Parit Raja 4. N.26 Machap 5. N.41 Puteri Wangsa 6. N.50 Bukit Permai YB Mohamad Sabu Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) YB Lim Guan Eng Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) YB Syed Saddiq Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2022/02/rundingan-rasmi-pilihan-raya-negeri.html