Kemboja Mohon Bantuan Malaysia Bebaskan 20 Anggota Tentera Ditahan Thailand


Kemboja Mohon Bantuan Malaysia Bebaskan 20 Anggota Tentera Ditahan Thailand
PHNOM PENH, 31 Julai (Bernama) — Kemboja meminta bantuan Angkatan Tentera Malaysia, yang kini berperanan sebagai penyelaras dan pemerhati pelaksanaan gencatan senjata, untuk membebaskan 20 anggotanya yang masih ditahan oleh tentera Thailand.
Menurut laporan agensi berita rasmi Kemboja Agence Kampuchea Presse, pegawai kanan tentera Kemboja sedang mengadakan rundingan dengan tentera Thailand bagi membolehkan pembebasan kesemua anggota yang ditawan, memetik kenyataan Perdana Menteri Hun Manet.
Selain itu, kerajaan turut mendapatkan bantuan daripada Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar yang kini mengetuai pasukan pemantau gencatan senjata.
“Saya amat berharap agar tentera Thailand dapat mengembalikan semua anggota tentera kami yang kini berada dalam tahanan mereka ke Kemboja secepat mungkin,” kata Manet seperti dilaporkan agensi itu.
Laporan berkenaan turut menyebut bahawa Panglima Angkatan Tentera Diraja Kemboja, Jeneral Vong Pisen telah mengemukakan permohonan rasmi kepada pihak Malaysia untuk membantu usaha pembebasan itu.
Sementara itu, jurucakap Kementerian Pertahanan Kemboja, Leftenan Jeneral Maly Socheata memaklumkan kepada media bahawa tentera Thailand telah menyerahkan mayat seorang anggotanya, manakala 20 lagi tentera Kemboja masih dalam tahanan.
“Daripada 21 anggota tentera Kemboja yang berada di bawah kawalan tentera Thailand, setakat ini kami hanya menerima satu mayat. Usaha sedang giat dijalankan bagi memastikan baki 20 orang lagi dapat dibawa pulang dengan selamat,” katanya.
Konflik bersenjata antara Kemboja dan Thailand itu berakhir tepat tengah malam 28 Julai, susulan persetujuan gencatan senjata yang dicapai dalam mesyuarat khas anjuran Malaysia di Putrajaya.
BACA: Malaysia Catat 12 Negeri Menua Tahun Ini, Peratusan Penduduk Umur Tua Meningkat
Sumber: BERNAMA
The post Kemboja Mohon Bantuan Malaysia Bebaskan 20 Anggota Tentera Ditahan Thailand appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/07/31/kemboja-mohon-bantuan-malaysia-bebaskan-20-anggota-tentera-ditahan-thailand/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Jadi Harapan Kemboja Rayu Bantuan Bebas 20 Tentera Dari Thailand

Malaysia Jadi Harapan Kemboja Rayu Bantuan Bebas 20 Tentera Dari Thailand

papar berkaitan - pada 31/7/2025 - jumlah : 312 hits
PHNOM PENH 31 Julai Kemboja meminta bantuan Angkatan Tentera Malaysia yang kini berperanan sebagai penyelaras dan pemerhati pelaksanaan gencatan senjata untuk membebaskan 20 anggotanya yang masih ditahan oleh tentera Thailand Menurut lapora...
Thailand Kemboja Setuju Undur Tentera Lepas Campur Tangan Malaysia

Thailand Kemboja Setuju Undur Tentera Lepas Campur Tangan Malaysia

papar berkaitan - pada 25/7/2025 - jumlah : 299 hits
JITRA Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa Thailand dan Kemboja bersetuju mengundurkan tentera masing masing dari kawasan sempadan yang sebelum ini menyaksikan pertempuran Peranan Malaysia Anwar berkata beliau telah b...
Kejayaan Malaysia Selesai Konflik Thailand Kemboja Bukti Kepimpinan Asean Dihormati

Kejayaan Malaysia Selesai Konflik Thailand Kemboja Bukti Kepimpinan Asean Dihormati

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 347 hits
Anwar Ibrahim bersama Hun Manet dan Phumtham Wechayachai ketika hadir pada mesyuarat khas bagi rundingan peringkat tinggi untuk meredakan ketegangan antara kedua dua negara di Putrajaya pada 28 Julai 2025 Foto Facebook Anwar IbrahimKUALA LU...
Identiti 6 Rakyat Malaysia Ditahan Di Kemboja Sudah Dikenal Pasti Pdrm

Identiti 6 Rakyat Malaysia Ditahan Di Kemboja Sudah Dikenal Pasti Pdrm

papar berkaitan - pada 24/7/2025 - jumlah : 384 hits
Identiti 6 rakyat Malaysia ditahan di Kemboja sudah dikenal pasti PDRM Datuk Hussein Omar Khan Foto NSTP KUALA LUMPUR Polis Diraja Malaysia mengenal pasti identiti enam rakyat Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Kemboja kerana disyaki cuba...
Malaysia Pacu Rundingan Damai Thailand Kemboja Demi Kestabilan Asean Khaled Nordin

Malaysia Pacu Rundingan Damai Thailand Kemboja Demi Kestabilan Asean Khaled Nordin

papar berkaitan - pada 3/8/2025 - jumlah : 345 hits
Malaysia menyatakan komitmen untuk membantu menyokong proses damai antara Thailand dan Kemboja secara neutral selaras dengan nilai dan semangat ASEAN Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata perkara itu dibincangkan dalam...
Rundingan Damai Thailand Kemboja Pilih Malaysia Kerana Politik Ekonomi Stabil Anwar

Rundingan Damai Thailand Kemboja Pilih Malaysia Kerana Politik Ekonomi Stabil Anwar

papar berkaitan - pada 3/8/2025 - jumlah : 399 hits
Rundingan Damai Thailand Kemboja Pilih Malaysia Kerana Politik Ekonomi Stabil Anwar KOTA KINABALU 3 Ogos Thailand dan Kemboja memilih Malaysia sebagai lokasi rundingan damai kerana keyakinan terhadap kestabilan politik serta kemajuan ekonom...
Komander Divisyen Kemboja Dipercayai Terbunuh Ditembak Meriam Tentera Thailand

Komander Divisyen Kemboja Dipercayai Terbunuh Ditembak Meriam Tentera Thailand

papar berkaitan - pada 27/7/2025 - jumlah : 283 hits
Komander Divisyen Kemboja Dipercayai Terbunuh Ditembak Meriam Tentera Thailand Seorang pegawai tinggi tentera Kemboja Mejar Jeneral Duong Somneang dipercayai terbunuh selepas terkena tembakan meriam dari pihak tentera Thailand dalam pertemp...
Thailand Ubah Pendirian Pm Kemboja

Thailand Ubah Pendirian Pm Kemboja

papar berkaitan - pada 26/7/2025 - jumlah : 249 hits
Thailand ubah pendirian PM Kemboja SEBUAH trak tentera Kemboja bergerak di Oddar Meanchey hari ini Foto AFP PHNOM PENH Perdana Menteri Kemboja Hun Manet menjelaskan bahawa Thailand bersetuju dengan gencatan senjata dengan negaranya lapor po...
Thailand Kemboja Bertempur Masuk Hari Ketiga 33 Terbunuh Phnom Penh Desak Gencatan Segera

Thailand Kemboja Bertempur Masuk Hari Ketiga 33 Terbunuh Phnom Penh Desak Gencatan Segera

papar berkaitan - pada 26/7/2025 - jumlah : 309 hits
BANGKOK Konflik bersenjata antara Thailand dan Kemboja kini memasuki hari ketiga dengan angka korban terus meningkat kepada 33 orang menjadikannya antara pertempuran paling berdarah dalam tempoh lebih 10 tahun Kementerian Pertahanan Kemboja...
Kitingan Pandikar S Ma63 Remarks Show Grs Willing To Compromise

Ringkasan Jasa Empat Perdana Menteri Malaysia

Speed Read Pre Eicma News From Ducati Honda Ktm Kawasaki And Stark

Brazil Sokong Hasrat Malaysia Jadi Anggota Penuh Brics Lula

Soboro Udon

Coelacanth Ikan Hidup Yang Menjadi Saksi Penciptaan

Resipi Viral Egg Tart Mixue Pencuci Mulut Premium Dengan 4 Bahan Mudah

7 Aktiviti Harian Bakar Kalori Tanpa Sedar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Les Peintres Du Ciel Kisah Pelukis Langit Yang Menjaga Menara Eiffel

Cara Cari Supplier Bundle Murah Dari Dalam Luar Negara

Timor Leste Rasmi Sertai Asean Simbol Harapan Solidariti Dan Semangat Asia Tenggara

Warung Wak Paad Rantau Panjang Klang

Riadah Pagi Di Jejak Sisiran 1

Pelajar Lihat Individu Berbaju Hanafi Dalam Tandas Sebelum Kematian Zara Inkues