Rumput Tepi Rumah Ini Rupanya Herba Penyembuh Demam Denggi Tak Sangka
Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus denggi yang disebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes betina.
Bagaimana ia berjangkit? cara ia berjangkit adalah melalui gigitan nyamuk pesakit yang dijangkiti virus tersebut kepada orang yang sihat.
Tanda-tanda jangkitan demam denggi
Tanda-tanda pesakit yang dijangkiti denggi ini ialah selepas 5 atau 6 hari seseorang itu mengalami demam panas, sakit kepala, sakit tulang belakang, sendi, muntah-muntah, sakit biji mata dan ruam.
Cara mengelakkan jangkitan virus denggi
Sentiasa bersihkan kawasan persekitaran rumah dengan membuang semua bekas botol air yang bertakung, pastikan tiada air bertakung, tutup tingkap elak nyamuk masuk rumah serta menggunakan racun nyamuk.
Pastikan air longkang tidak bertakung, jangan biarkan nyamuk bertelur.
Menurut laman infosihat.gov.my, masih tiada rawatan khusus untuk penyakit demam denggi ini. Pesakit akan diberikan ubat demam, kena minum air 8 gelas sehari, rehat secukupnya. Kalau ada tanda2 jangkitan, cepat2 jumpa doktor.
Rawat demam denggi dengan pokok sawi langit
Demam denggi ini boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan segera. Terdapat beberapa petua semulajadi untuk merawat demam denggi seperti minum sup ketam, 100 plus dan makan jambu batu merah.
Menerusi perkongsian Puan Azrah Hj Sulaiman di laman sosial, tumbuhan yang banyak tumbuh di sekeliling rumah ini rupanya mampu merawat penyakit demam denggi.
Tak sangka pokok liar ini adalah herba kepada penyakit denggi. Jom ikuti kisah perkongsian beliau dibawah.
“Saya tidak tahu nama pokok ini. Baik nama kampung, atau nama saintifiknya, memang saya tidak tahu. Kenal dah lama. Zaman kecil-kecil dulu, selalu kutip dan buat main masak-masak.
Rupanya pokok Ini amat mustajab..
Ketika mama dijangkiti denggi, ada auntie katil sebelah selalu minum air hijau, katanya ubatan herba. Satu hari, anak lelakinya bawa pokok ini kepada mama dan bagitahu mama, kaum cina selalu guna pokok ini untuk merawat demam denggi.
Tujuannya untuk naikkan ‘platlet’ pesakit. Kami pun mencuba. Alhamdulillah, selepas sehari, platlet mama naik dan dilepaskan keluar ward keesokan harinya.
Ketika suami saya Imran Arif dijangkiti denggi, mama kirimkan sekotak pokok ini yang dikutipnya di halaman rumah memandangkan suami alergi kepada ketam. Alhamdulillah, denggi suami juga sembuh dengan pantas.
Di kesempatan ini, saya kongsikan ilmu yang kami dapati dari auntie dan keluarganya. Kita berusaha, Allah juga yang berkuasa untuk memberi segala kesembuhan, InsyaAllah.
Cara penyediaannya:
1. Kisar dan rebus pokok ini yang dipotong sehingga akar umbi dengan brown sugar.
2. Kemudian tapis dan airnya diminum sekali dalam sehari sehingga sembuh
Pokok ini dikenali dengan sawi langit atau nama saintifiknya Vernonia cinerea
Pokok herba ini hampir sama bunganya dengan bayam pereaksi. Jadi sebelum merebusnya pastikan anda pilih jenis sawi langit, jangan tersalah pula ambil pokok bayam pereaksi.
Pokok ini mudah tumbuh meliar di sekeliling rumah kita. Kadangkala kita akan menyangka ianya cuma rumput biasa tapi sebenarnya herba yang amat mujarab untuk merawat penyakit!
Semoga bermanfaat.
Sumber: rentas.asia
The post Rumput Tepi Rumah Ini Rupanya Herba Penyembuh Demam Denggi, Tak Sangka! appeared first on Islam Itu Indah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.islamituindah.my/rumput-tepi-rumah-ini-rupanya-herba-penyembuh-demam-denggi-tak-sangka/