Rumah Terbuka Mini
rumah mini terbuka hanya dihadiri keluarga sahaja. saja lah letak nama rumah terbuka mini. sebab ada 'makan - makan' kan? adik aku bagitahu nak beraya rumah. takkan nak hidang kuih? kuih pun tak ada. nak beli mahey; tak berbaloi. aku ajak lah iwan pergi membeli belah di mydin memandangkan aku ada terima vaucher membeli belah dibawah skim MESRA.
Membeli Belah Last Minutedengan hujan lebatnya. terpaksa lah membeli belah last minute. keluarga nak datang selepas maghrib. pukul 6petang baru nak terhegeh - hegeh pergi beli barang. hehehhe. itu pun masih hujan lagi. dengan baby sekali kena ikut. kesian dia, jangan demam sudah. semoga anak bonda selalu kuat
habis membeli belah dalam jam 7 juga. kelam kabut lah masak. total habis dalam rm100 lebih. aku kena tambah dalam rm20 kot
kali ini aku yang masak. selalu iwan yang akan masak untuk tetamu. mungkin sebab aku taknak makan makanan berlauk? sebab tu aku willing nak masak nasi ayam. aku minta tolong iwan untuk jaga anak dan main dengan anak. baby ni tak boleh kena tinggal, menangis dia. dia tak boleh sorang - sorang; bosan kot.
Menu Nasi Ayamkeluarga aku sampai selepas isyak. ngam - ngam diorang sampai, aku pun dah nak siap masak. tengah menggoreng ayam.
macam biasalah eh. aku minta diorang komen. hahahaha. masa aku rasa macam semua dah okay? mak aku ni suka mengkomen. dia kata dah okay cuma ayam kurang perasa. itulah ~ aku lupa letak garam. kicap pun guna kicap biasa. kalau guna kicap masin mungkin okay kot. adalah perap sikit dengan sos tiram. sos tiram kan masin?
mungkin sebab tak cukup. jadi ayam tu macam tawar sikitlah. sup pun macam dah sedap waktu aku rasa. rupanya makan dengan nasi, masih tawar. kiranya nasi ayam aku tak best. sebab perasa kurang.
Bergambar Dulu
nasib baik ada stand. ehehehe. kamera dah ada, cuma lighting kurang sikit. terpaksalah guna flash. gambar kurang cantik. boleh lah eh dari tak ada. sebab nak bergambar dengan semua orang. dalam gambar ni yang tak ada cuma adik aku; ayuni dan pasangannya.
diorang balik JB dan masih di JB. hehehe.
bergambar dengan iphone
Beraya Di Rumah Adikdiorang beraya dekat rumah aku hari jumaat. manakala, aku beraya rumah adik aku pula; yang syazwan tu hari ahad. ahad tu pula aku pergi rumah kawan aku. yang ini aku akan cerita di entri lain.
aku sampai di rumah adik aku malam. lama kitorang lepak. shira buat menu mihun sup, ada soto, bergedil sodap tapi limited sikit. selamat aku sempat rasa. ramai juga yang datang. puas hati! kenyang aku. terima kasih syazwan dan shira.
dekat rumah syazwan tak bergambar. sibuk kot eh? patutnya kena lah ada gambar. ada gambar makanan je. hahahaha. ini pun dari kamera orang lain. hahaha. aku balik dari rumah adik aku jam 10malam gitu.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kanvasdakwat.blogspot.com/2025/04/rumah-terbuka-mini.html