Rumah Selangorku Lebih 200 Pembeli Menangis Dakwa Kerajaan Negeri Lepas Tangan




Bersandarkan kepercayaan Skim Rumah Selangorku di bawah kerajaan negeri itu selamat, rata-rata pembeli terutama kakitangan kerajaan serta golongan muda teruja membeli rumah pertama mereka.
Bagaimanapun, harapan lebih 221 pembeli rumah itu di Residensi Jaya, Taman Juara Jaya, Cheras di sini berkecai apabila pemajunya BT Dutamas atau Jitu Enigma Sdn Bhd membuat deklarasi bankrap dan projek itu tidak dapat disiapkan.
Bagaimanapun, deposit sebanyak 10 peratus atau kira-kira lebih RM25,00 telah diambil pemaju daripada setiap pembeli sehingga anggaran kerugian mereka mencecah lebih daripada RM4.5 juta.
Rata-rata mereka yang merupakan kakitangan kerajaan telah menggunakan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dari akaun kedua bagi membayar deposit berkenaan selain daripada mendapatkan pinjaman jangka pendek.
Namun apa yang lebih memilukan hati, walaupun telah dijanjikan rumah itu siap pada tahun depan namun sehingga kini ia bukan sahaja terbengkalai malah pembeli terpaksa mencari sendir kepastian mengenai projek perumahan itu.
Jurucakap mewakili pembeli, Helmi Hamid berkata, pihaknya sudah cuba melakukan pertemuan dengan pemaju, Lembaga Perumahan Selangor, Exco Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan dan Kehidupan Bandar Selangor, Haniza Talha selain wakil Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Bagaimanapun, jawapan yang diberikan sebenarnya agak mengecewakan.
Lebih-lebih lgi apabila kerajaan negeri lepas tangan dengan mendakwa pihaknya hanya sekadar meluluskan projek Rumah Selangorku dan apa yang berlaku antara pemaju dan pembeli ditanggung pembeli.
“Kata mereka, hakikatnya mereka tidak ada kuasa. Tidak ada bon. Hanya sekadar luluskan pemaju-pemaju yang dirasakan boleh melaksankan projek perumahan bagi rakyat di negeri ini. Itu sahaja. Selebihnya kami tanggung.
“Akhirnya setelah di desak serta laporan polis di buat, pemaju tampil mengatakan mereka sudah bankrap dan memerlukan masa untuk memulangkan kembali wang deposit kami. Malah kata mereka wang itu hanya boleh dipulangkan sejurus selepas mereka dapat menjual tanah projek itu.
“Walaupun kata projek sudah bankrap tapi pemaju yang sama terus menjual unit rumah kepada pembeli lain, mahkamah sudah isytihar mereka bankrap tapi bagaimana pula mereka boleh terus jual? Ada sesuatu yang tidak betul.
“Apa yang jadi pada duit-duit yang dikutip itu? Apakah pemaju yang kaut untung atau ada ‘pihak’ lain yang ambil wang kami? Jika duit itu ada, tolonglah pulang kepada kami. Kami tidak boleh tunggu lama-lama.
“Sebelum menjelang PRU-14, kami didesak oleh pemaju untuk membayar deposit 10 peratus atau kami tidak akan dapat rumah, itu juga kami tidak tahu mengapa tapi fikirkan ianya bawah kerajaan negeri, kami tidak begitu risau.
“Sebenarnya, kami semua sudah mati akal. Kami buat sidang media hari ini kerana sudah tidak tahu hendak buat apa lagi.
“Kalau betul kerajaan Selangor kata hendak bantu rakyat, adakah ini caranya? Lepas tangan begitu sahaja. Projek kerajaan tapi tidak ambil bon sebaliknya hanya pinjamkan nama sahaja. Pelik betul. Tolonglah kami,” katanya dalam sidang media hari ini.
Rata-rata pembeli dalam kalangan pelbagai kaum terutamanya masyarakat Cina hadir ke sidang media itu dengan beberapa poster serta kain rentang menyoal tentang Skim Rumah Selangorku oleh kerajaan negeri.
Ketika ditemuramah, kebanyakan mereka mengakui itu adalah rumah pertama mereka.
Seorang wanita Cina yang mendekati wartawan MalaysiaGazette memberitahu, dirinya rasa sungguh tertipu dan kecewa dengan apa yang berlaku.
Kata On Pei Lin, 43, dua orang anaknya yang baharu sahaja mula bekerja membeli unit di Residensi Jaya.
“Saya tidak galak anak-anak saya beli rumah kerana nama pemaju itu sebaliknya kerana ini di bawah kerajaan negeri. Rasa lebih selamat tetapi ini pula nasib kami. Sepatutnya kerajaan yang kami undi ini bantu kami bukan buat kami terkapai-kapai seperti ini.
“Anak-anak saya muda lagi, membeli rumah sebagai aset tapi bayangkan kami sudah rugi lebih daripada RM50,000 begitu sahaja. Untuk kumpulkan wang itu, kami bekerja begitu keras.
“Kami mempunyai harapan tinggi pada kerajaan tetapi mengapa kami terpaksa lalui perkara ini? Saya sendiri menghubungi Lembaga Perumahan Selangor tetapi jawapan mereka adalah untuk kami selesai sendiri. Pelik juga. Tolong jangan buat begitu,” tangisnya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong, Wong Siew Ki yang hadir menemui para pembeli berjanji akan cuba sedaya upaya membawa perkara kepada pihak berkuasa secepat mungkin.
“Bagus juga pembeli ini terus tampil dengan lebih cepat supaya yang lain-lain tidak lagi di tipu, ada juga projek sehingga berbelas tahun namun tidak kunjung tiba juga.
“Saya juga akan bercakap dengan pihak berwajib seperti Exco Perumahan, YB Haniza dan juga KPKT. Hakikatnya, kita akan cuba selesaikan sedaya upaya supaya keadilan dapat di tegakkan,” ujarnya pada sidang media yang sama.
Semasa sidang media, seorang lelaki Cina yang juga warga emas secara tiba-tiba tampil mencabar Siew Ki sekiranya beliau boleh menyelesaikan masalah itu dalam tempoh sebulan.
“Kerajaan negeri dan pusat yang mana KPKT bawah kamu juga? Adakah kamu boleh selesaikan perkara ini? Ini sungguh menyusahkan dan merunsingkan. Adakah kamu boleh YB?
“Kamu semua sudah menang kerana kami, tolong selesaikan perkara ini,” tegasnya dalam keadaan marah sebelum ditenangkan oleh kaum keluarga dan kenalannya. – MalaysiaGazette




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/01/20/rumah-selangorku-lebih-200-pembeli-menangis-dakwa-kerajaan-negeri-lepas-tangan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pembeli Tertipu Kerana Kerajaan Negeri Selangor Lepas Tangan Ismail Sabri

Pembeli Tertipu Kerana Kerajaan Negeri Selangor Lepas Tangan Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 450 hits
Berita Dan Laporan Hal Ehwal Politik Semasa Dalam Malaysia Layari www umno online my Ikuti Facebook Twitter Instagram Telegram UMNO Online
Budak 2 Tahun Kudung Dua Tangan Lepas Main Paku Di Rumah

Budak 2 Tahun Kudung Dua Tangan Lepas Main Paku Di Rumah

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 1036 hits
Seorang kanak kanak hilang kedua dua tangannya selepas terkena renjatan elektrik ketika bermain di rumahnya Lapor Sin Chew Daily seperti dipetik Asia One kejadian berlaku pada 13 Januari di wilayah Liaoning China Pada hari kejadian Jun Jun ...
Pembeli Kecewa Rumah Diurus Kerajaan Selangor Terbengkalai Sejak 2018

Pembeli Kecewa Rumah Diurus Kerajaan Selangor Terbengkalai Sejak 2018

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 771 hits
Pembeli rumah projek Residensi Jaya di Seri Kembangan berhimpun hari ini bagi menuntut kerajaan negeri membantu mengatasi masalah projek tidak berjalan sejak 2018 SERI KEMBANGAN Lebih 50 pembeli sebuah projek perumahan terbengkalai yang mem...
Seram Lelaki Dakwa Jumpa Budak Misteri Pegang Bola Tepi Lif Sambil Lambai Tangan

Seram Lelaki Dakwa Jumpa Budak Misteri Pegang Bola Tepi Lif Sambil Lambai Tangan

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 544 hits
Pasti ramai di antara kita yang pernah terdengar atau mengalami sendiri kisah seram dalam hidupnya Sebagai manusia kita sering didedahkan dengan pelbagai kisah seram yang berlaku di sekeliling kita Seperti kisah yang dikongsikan oleh seoran...
Kerajaan Tawarkan Pinjaman Miliki Rumah Ansuran Serendah Rm200 Sebulan Mohon Segera Sebelum Terlambat

Kerajaan Tawarkan Pinjaman Miliki Rumah Ansuran Serendah Rm200 Sebulan Mohon Segera Sebelum Terlambat

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 1135 hits
Skim Perumahan Belia dikendalikan oleh BSN Malaysia mulai 1 Januari 2020 sehingga 31 Disember 2021 yang menawarkan jaminan pinjaman 10 Membolehkan peminjam mendapatkan pembiayaan penuh dan bantuan ansuran bulanan sebanyak RM200 sebulan untu...
Kerajaan Negeri Tetap Harga Ambang Hartanah Untuk Warga Asing

Kerajaan Negeri Tetap Harga Ambang Hartanah Untuk Warga Asing

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 431 hits
BATU CAVES 24 JAN Harga ambang bagi pembelian hartanah oleh warga asing dikurangkan kepada RM1 5 juta bagi jenis strata dan RM2 juta untuk bunglo atau rumah berkembar berkuat kuasa 1 Januari lalu kata Dato Seri Amirudin Shari Dato Menteri B...
Terengganu Kerajaan Negeri Teruskan Pemberian Geran Mpkk

Terengganu Kerajaan Negeri Teruskan Pemberian Geran Mpkk

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 398 hits
Selaras dengan perkembangan semasa berkaitan penubuhan MPKKP dan penamatan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan MPKK sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Terengganu telah mengambil langkah langkah perlu bagi memastikan MPKK l...
Antara Kejayaan Kerajaan Di Bawah Ph Yang Baru Berusia Lebih Setahun Mentadbir

Antara Kejayaan Kerajaan Di Bawah Ph Yang Baru Berusia Lebih Setahun Mentadbir

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 432 hits
1 JAKIM terus diperkasakan 2 Pusat Tahfiz diperkasakan melalui Dasar Tahfiz Negara 3 5000 guru KAFA bakal diserap ke jawatan tetap 4 Tabung Kebajikan Guru Kafa dilancarkan berjumlah RM 2 6 juta 5 Tabung Haji berjaya menambah jumlah deposit ...
Jenna Niza Tak Lepas Pimpin Tangan Zizie Seronok Dapat Temukan Kembar Anak Angkatnya

Jenna Niza Tak Lepas Pimpin Tangan Zizie Seronok Dapat Temukan Kembar Anak Angkatnya

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 590 hits
Pelakon Datin Zizie Izette seronok melihat kegembiraan anak angkatnya Nayla Nurjenna atau mesra dengan panggilan Jenna bertemu dengan saudara kembarnya Niza Zizie akui bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan Allah kepadanya View this post ...
Alat Pengehad Kelajuan Mula Berkuat Kuasa 1 Oktober 2025 Loke

Ketua Bersatu Pahang Dikatakan Mahu Sertai Pas

Sarang Warga Asing Kampung Madura Diserbu Pati Beranak Pinak Dicekup

Kontroversi Hutang Intan Najuwa Giliran Rizman Ruzaini Pula Bersuara Saya Tak Tahu Menahu Pasal Tu

Pekasam Puyu

Visit Malaysia 2026 To Make Malaysia A Destination The World Remembers Says Tourism Minister

Are Detractors Claiming 300 Litre Mth Budi95 Ain T Enough Going On Trans Continental Expeditions

Pahang Bersatu Chief Denies Plans To Join Pas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cekodok Pisang Rangup Di Luar Dan Tanda Kematian

Top Reasons Online Casino Malaysia Has Become A Preferred Choice For Gamblers

Jemput Trump Waktu Terbaik Bincang Isu Negara Bergolak Tegaskan Pendirian Malaysia Fahmi

Selepas Setahun Terima Kasih Allah Beego Kongsi Foto Bersama Linda Hashim Amp Anak Anak

Ular Sawa Kekenyangan Makan Anak Lembu

Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Validasi