Pembeli Kecewa Rumah Diurus Kerajaan Selangor Terbengkalai Sejak 2018


Pembeli rumah projek Residensi Jaya di Seri Kembangan berhimpun hari ini bagi menuntut kerajaan negeri membantu mengatasi masalah projek tidak berjalan sejak 2018.SERI KEMBANGAN: Lebih 50 pembeli sebuah projek perumahan terbengkalai yang mempunyai kaitan dengan kerajaan Selangor hari ini mendesak kerajaan negeri segera menyelesaikan masalah dihadapi mereka
Wakil pembeli projek perumahan Residensi Jaya di sini, Helmi Hamid, 38 berkata, beliau terkilan apabila harapan untuk memiliki rumah pertama musnah kerana projek yang diharapkan siap pada 2021 masih tidak berjalan
“Kami minta kerajaan negeri membantu dan menyelesaikan masalah pembeli. Jika ada rumah lain yang sudah siap dibina atau hampir siap bolehlah berikan rumah itu kepada pembeli projek ini. Rumah ini dibeli pada 2018
“Pemaju berjanji sekiranya sudah ada lebih 50% pembeli, projek akan mula dibina. Tetapi pada akhir 2018, projek masih tidak berjalan. Pembeli yang lalu di kawasan ini hanya nampak semak samun sahaja,” katanya sewaktu ditemui di tapak pembinaan berkenaan, hari ini
Residensi Jaya mempunyai 2 blok, jenis C bernilai RM210,000 dan D (RM250,000). Setiap blok setinggi 11 tingkat dan mempunyai 394 unit apartment dan 9 unit kedai
Pada 25 Okt tahun lalu, pemaju yang seharusnya bertanggungjawab menyiapkan rumah berkenaan diisytiharkan bankrap
Wakil pembeli rumah Residensi Jaya Helmi Hamid.Helmi berkata, lebih mendukacitakan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), agensi bawah kerajaan Selangor bersikap lepas tangan, apabila memberitahu lembaga itu hanya mengurus surat kepada pembeli yang berjaya
“Mereka (LPHS) kata, mereka hanya memilih pembeli dan mengeluarkan surat kepada yang berjaya. Mereka tidak boleh berikan apa-apa jaminan. Kami cuma mahu dapatkan keadilan kerana ini adalah projek Selangorku
Semakan yang dibuat pembeli mendapati, LPHS masih menawarkan projek Residensi Jaya ini kepada pembeli pada Dis 2019, iaitu selepas pemaju projek diisytiharkan bankrap
Katanya, 221 pembeli rumah projek berkenaan sudah membayar wang deposit sebanyak 10% daripada harga rumah, namun sehingga kini tidak mengetahui status wang deposit mereka
“Rumah harga RM250 ribu, bayar deposit sebanyak 10%, sebanyak RM25 ribu. Jadi, mana pergi pergi duit itu, kami mahu tahu
“Adakah pemaju sudah ambil atau pihak lain yang ambil. Kalau deposit itu masih ada, pulangkanlah kepada kami,” katanya
Hasil pertemuan pembeli dengan LPHS pada 25 Okt tahun lalu dan 14 Jan ini, pembeli diberitahu bahawa LPHS merupakan pelaksana dasar dan segala penyelesaian ditentukan pihak pemaju
Helmi berkata, walaupun pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan Exco Perumahan dan Kehidupan Bandar Selangor, Haniza Talha, dan beberapa arahan sudah dikeluarkan oleh exco berkenaan, namun pemaju masih tidak mengambil sebarang tindakan
Siti Normadiana AhmadSeorang lagi pembeli, Siti Normadiana Ahmad, 38, berkata, berikutan semakan, beliau terkejut apabila mendapati pemaju yang sepatutnya menguruskan pembinaan projek ini sudah diisytihar bankrap oleh mahkamah
“Kami yakin sebab projek ini disokong kerajaan, dan saya pula pembeli rumah pertama. Kami dapat tawaran perumahan projek ini juga daripada LPHS, bukannya daripada pemaju swasta. Kami menaruh kepercayaan pada kerajaan negeri
“Saya tidak berani untuk beli rumah di luar sebab rakan saya sendiri sebelum ini ditipu pemaju swasta. Oleh sebab itu saya membeli Rumah Selangorku, ini pula balasan yang kami terima,” katanya
Normadiana berkata, beliau berharap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin akan campur tangan dalam menyelesaikan masaah dihadapi pembeli
Wong Siew Ki.Turut hadir bersama pembeli adalah Adun Balakong, Wong Siew Ki
Katanya, sangatlah memalukan apabila projek yang mempunyai kaitan dengan kerajaan negeri gagal disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan
“Haniza sudah memberi amaran dan arahan kepada syarikat pemaju, tetapi sehingga hari ini tiada perkembangan terkini berkaitan projek ini
“Pemaju sepatutnya beri penjelasan, bukannya menangguhkan projek dan tidak mempedulikan gesaan pembeli
“Saya sedih dan akan terus minta Exco memberi tekanan kepada pemaju. Hentikan kerugian yang lebih banyak,” katanya. - FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2020/01/pembeli-kecewa-rumah-diurus-kerajaan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Mus

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pembeli Rumah Terbengkalai Tak Yakin Jawapan Exco Selangor

Pembeli Rumah Terbengkalai Tak Yakin Jawapan Exco Selangor

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 394 hits
Salah seorang pembeli projek perumahan terbengkalai yang dikaitkan dengan kerajaan negeri kecewa dengan kenyataan Exco Perumahan dan Kehidupan Bandar Selangor Haniza Talha yang berjanji akan mengembalikan duit mereka sebagai salah satu lang...
Rumah Selangorku Lebih 200 Pembeli Menangis Dakwa Kerajaan Negeri Lepas Tangan

Rumah Selangorku Lebih 200 Pembeli Menangis Dakwa Kerajaan Negeri Lepas Tangan

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 277 hits
Bersandarkan kepercayaan Skim Rumah Selangorku di bawah kerajaan negeri itu selamat rata rata pembeli terutama kakitangan kerajaan serta golongan muda teruja membeli rumah pertama mereka Bagaimanapun harapan lebih 221 pembeli rumah itu di R...
Pembeli Tertipu Kerana Kerajaan Negeri Selangor Lepas Tangan Ismail Sabri

Pembeli Tertipu Kerana Kerajaan Negeri Selangor Lepas Tangan Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 347 hits
Berita Dan Laporan Hal Ehwal Politik Semasa Dalam Malaysia Layari www umno online my Ikuti Facebook Twitter Instagram Telegram UMNO Online
Kerajaan Tawarkan Pinjaman Miliki Rumah Ansuran Serendah Rm200 Sebulan Mohon Segera Sebelum Terlambat

Kerajaan Tawarkan Pinjaman Miliki Rumah Ansuran Serendah Rm200 Sebulan Mohon Segera Sebelum Terlambat

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 673 hits
Skim Perumahan Belia dikendalikan oleh BSN Malaysia mulai 1 Januari 2020 sehingga 31 Disember 2021 yang menawarkan jaminan pinjaman 10 Membolehkan peminjam mendapatkan pembiayaan penuh dan bantuan ansuran bulanan sebanyak RM200 sebulan untu...
Mundur Dari Anggota Senior Pangeran Harry Dan Meghan Markle Bikin Pihak Kerajaan Kecewa

Mundur Dari Anggota Senior Pangeran Harry Dan Meghan Markle Bikin Pihak Kerajaan Kecewa

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 228 hits
Ini adalah keputusan Pangeran Harry dan Meghan Markle kesekian kalinya yang mengejutkan publik
Sejak Kecil Jadi Artis Ini Potret Rumah Rano Karno

Sejak Kecil Jadi Artis Ini Potret Rumah Rano Karno

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 315 hits
Rano yang juga terjun ke dunia politik memiliki rumah yang luas serta mewah Bahkan rumah Rano Karno sangat nyaman dan asri
Rakyat Kelantan Terluka Kerajaan Negeri Beli Merc

Rakyat Kelantan Terluka Kerajaan Negeri Beli Merc

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 537 hits
TINDAKAN kerajaan Kelantan membeli 14 kereta Mercedes Benz untuk kenderaan rasmi bukan saja melukakan perasaan rakyat Sebaliknya Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan Datuk Husam Musa berkata ia menunjukkan sikap hipokrit pemimpin di negeri it...
Ppbm Gabung Dengan Umno Kerajaan Baru Akan Terbentuk Tahun Ini

Ppbm Gabung Dengan Umno Kerajaan Baru Akan Terbentuk Tahun Ini

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 808 hits
Pandangan yang telah dilontarkan oleh pensyarah daripada UKM berkenaan dengan akan terbentuknya kerajaan baru pada tahun ini memberikan satu kejutan kepada semua orang Pensyarah tersebut ialah Datuk Dr Shamsul Amri Dalam akhbar the Star bar...
Kerajaan Ph Terus Berusaha Letak Negara Di Landasan Tepat

Kerajaan Ph Terus Berusaha Letak Negara Di Landasan Tepat

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 212 hits
Pada 21 Januari 2020Oleh Mohammed SofianPelbagai usaha dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Harapan dalam melonjakkan pencapaian negara ini sejak memegang tampuk pemerintahan pada 9 Mei 2018 Walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran kerajaan ...
Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Flexibility In Business Operations

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord

10 Influencer Terkenal Di Malaysia

Kerajaan Pahang Tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa Kepada Rm14 18 Juta Berbanding Rm8 Juta Tahun Lepas

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien

How To Survive Thanksgiving Travel