Rumah Ronald Mcdonald Di Hospital Wanita Dan Kanak Kanak Sabah Bakal Dibuka 2023


Rumah Ronald McDonald yang ke-4 bakal dibina di Sabah bertempat di perkarangan Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS), dan dijangka akan beroperasi pada suku pertama tahun 2023 nanti.


Sekitar majlis menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) di antara RMHC dan KKM

Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) Antara RMHC dan KKMUntuk pengetahuan, pada 5 Ogos 2022 yang lalu, mrspip.com mendapat jemputan wakil media berpeluang untuk menyaksikan satu majlis menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) di hospital tersebut antara Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC Malaysia) dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah termeterai.

RMHC Malaysia telah diwakili oleh Dato’ Azmir Jaafar, Presiden RMHC Malaysia merangkap Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia dan Mohd Nasri Mohd Nordin, Pengurus Besar, RMHC Malaysia, manakala Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diwakili oleh Datuk Harjeet Singh A/L Hardev Singh selaku Ketua Setiausaha, KKM dan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) diwakili oleh Dr. Marcus Netto selaku Pengarah.


Upacara menandatangani perjanjian persefahaman ini disaksikan oleh Datuk Ir. Shahelmey Bin Yahya, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat merangkap EXCO Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Aaron Ago Dagang, Timbalan Menteri Kesihatan II, dan Datuk Dr. Rose Nani Mudin, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.

Kelengkapan Di Rumah Ronald McDonaldRumah Ronald McDonald ke-empat ini akan dilengkapi dengan 16 bilik keluarga termasuk kemudahan lain untuk kegunaan keluarga seperti dapur dan ruang makan, bilik dobi, ruang istirahat, bilik permainan kanak-kanak dan juga bilik solat.

Rumah Ronald McDonald adalah kemudahan penginapan sementara atau “home away from home” untuk keluarga yang mempunyai anak yang dirawat di hospital. Fasiliti ini meringankan beban kewangan keluarga berpendapatan rendah dengan kos penginapan yang sangat berpatutan bagi membolehkan ahli keluarga menginap berdekatan dengan anak mereka ketika sedang mendapatkan rawatan perubatan.

Menurut Dato’ Azmir Jaafar, Presiden RMHC Malaysia merangkap Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia Rumah Ronald McDonald pertama di Malaysia telah dibina pada tahun 1999, bertujuan menawarkan penginapan yang mudah, selesa dan berpatutan dalam pekarangan hospital kepada keluarga pesakit kanak-kanak.

Tujuan utama pembinaan Rumah Ronald McDonald adalah untuk meringankan beban kewangan dan emosi yang dihadapi keluarga terlibat, terutamanya mereka yang daripada golongan B40, di mana anak mereka perlu mendapatkan rawatan perubatan. Memberi sokongan kepada golongan masyarakat yang memerlukan ketika waktu-waktu sukar adalah teras utama bagi Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC Malaysia).

Dato’ Azmir menjelaskan lagi pembinaan Rumah Ronald McDonald ke-empat di negara ini dapat dilakukan dengan jayanya hasil sumbangan ikhlas orang ramai melalui tabung derma RMHC dan kios pesan sendiri yang terdapat di lebih 300 restoran McDonald’s di seluruh negara

Sesi penerangan & soal jawab berkaitan Rumah Ronald McDonald 

Tiga lagi lokasi Rumah Ronald McDonald yang beroperasi di Malaysia ialah di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM-UKM) di Kuala Lumpur yang sudah lebih 20 tahun beroperasi, satu di Hospital Tunku Azizah di Kuala Lumpur dan juga di Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) di Kubang Kerian, Kelantan

Program Komuniti RMHC 

Kini terdapat lebih 370 Rumah Ronald McDonald di seluruh dunia yang menyediakan penginapan kepada keluarga yang mempunyai anak yang dirawat di hospital-hospital dan fasiliti-fasiliti perubatan berdekatan.

Datuk Aaron Ago Dagang, Timbalan Menteri Kesihatan II, dalam ucapan beliau menyatakan sangat berbangga dapat menyokong inisiatif yang sangat bermanfaat seperti ini, memandangkan banyak keluarga yang terpaksa berulang-alik untuk menjaga anak mereka yang sedang menerima rawatan perubatan di hospital.

Rumah Ronald McDonald dibina dalam pekarangan hospital yang membolehkan keluarga yang terlibat mendapat kemudahan penginapan dengan harga berpatutan dan supaya mereka berada berdekatan dengan anak apabila diperlukan. 
Pengagihan Happy Meal kepada kanak-kanak yang hadir pada majlis tersebut

Ini secara langsung memberikan ketenteraman kepada keluarga serta mengurangkan beban yang dihadapi. Kerjasama antara pihak Kementerian dan RMHC Malaysia menyatakan komitmen untuk terus membantu keluarga agar sentiasa dekat bersama melalui inisiatif sebegini.

Selain tabung derma RMHC Malaysia, pelanggan juga boleh membuat sumbangan melalui Kiosk Pesan Sendiri di restoran McDonald’s dan juga saluran pembayaran digital seperti PayPal, Boost, e-dompet Touch ‘N Go dan platform e-dagang Shopee.

Latar Belakang Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia)RMHC Malaysia telah ditubuhkan pada Februari 1990 sebagai organisasi bukan berasaskan keuntungan dengan misi untuk mewujudkan, mencari dan menyokong program-program yang mampu meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia.

RMHC menjalankan empat program utama untuk menyokong teras Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan. Program-program ini ialah Rumah Ronald McDonald, Bilik Sensori Ronald McDonald, ‘Gift of Smile’ dan Program Pek Kembali ke Sekolah
 
Staff McDonald yang bertugas semasa majlis berlangsung

Sejak 32 tahun lalu, RMHC telah memberi impak dalam kehidupan lebih 100,000 kanak-kanak melibatkan kesihatan, pendidikan dan kebajikan dengan pembiayaan lebih RM40 juta.

Kesemua program ini dapat dijayakan hasil sumbangan ikhlas pelanggan-pelanggan McDonald’s yang bermurah hati menderma kepada tabung dan Kiosk Pesanan Layan Diri di restoran-restoran McDonald’s serta tajaan serta sumbangan dari rakan korporat. Untuk maklumat lanjut mengenai RMHC, sila layari https://rmhc-malaysia.my/ 
wakil mrspip.com bersama En Hazimin Sulaiman yang menguruskan pendaftaran pihak media

Sebagai rakyat jati Sabah, pastinya aku berasa syukur dan gembira terhadap projek Rumah Ronald McDonald dan berharap ia akan siap seperti yang dirancang pada suku tahun depan 2023 dan akan memberi manfaat kepada keluarga pesakit yang memerlukan bantuan penginapan ketika menjaga pesakit di HWKKS.
__________________________Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat

Info Ibu Hamil & Bayi | Resepi Viral | Motivasi | Malaysia Blogger Influencer & Content Writer




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mrspip.com/2022/08/rumah-ronald-mcdonald-hwkks-hospital-likas-sabah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Dera Kanak Kanak 4 Tahun Mengaku Bersalah Bakal Terima Hukuman

Wanita Dera Kanak Kanak 4 Tahun Mengaku Bersalah Bakal Terima Hukuman

papar berkaitan - pada 27/7/2022 - jumlah : 190 hits
Baru baru ini tular seorang wanita yang memukul kanak kanak yang berusia 4 tahun di rumahnya menggunakan batang penyapu serta penyangkut baju kerana tidak mahu menelan makanan Video tersebut tersebar dan mendapat perhatian ramai malah lapor...
Wanita Batal Perkahwinan Selepas Lihat Bakal Suami Dimandikan Ibunya

Wanita Batal Perkahwinan Selepas Lihat Bakal Suami Dimandikan Ibunya

papar berkaitan - pada 28/7/2022 - jumlah : 206 hits
KOSMO BEIJING Seorang wanita di China bertindak membatalkan perkahwinannya setelah mengetahui bahawa calon suami masih dimandikan oleh ibu sendiri lapor portal berita Wolipop Kejadian itu berlaku di bandar Sutian wilayah Jiangsu ketika kedu...
Kalau Dah Jodoh Wanita Terkejut Terjumpa Dirinya Dalam Gambar Zaman Kanak Kanak Suaminya

Kalau Dah Jodoh Wanita Terkejut Terjumpa Dirinya Dalam Gambar Zaman Kanak Kanak Suaminya

papar berkaitan - pada 14/8/2022 - jumlah : 193 hits
Selalu kita dengar orang dulu dulu kata kalau dah jodoh memang tak kemana kan Itulah yang terjadi kepada seorang wanita di Ecuador ini Menurut New York Post wanita yang dikenali sebagai Ailiz Melina Zambrano Pinargote baru baru ini terkejut...
Padah Model Wanita Berpakaian Menjolok Mata Penganjur Minggu Fesyen Kedah Bakal Kena Tindakan

Padah Model Wanita Berpakaian Menjolok Mata Penganjur Minggu Fesyen Kedah Bakal Kena Tindakan

papar berkaitan - pada 10/8/2022 - jumlah : 276 hits
Kerajaan negeri akan mengambil tindakan terhadap penganjur Minggu Fesyen Kedah atau Kedah Fashion Week 2022 termasuk memanggil pihak berkenaan untuk memberi penjelasan selepas menampilkan model dengan pakaian yang menjolok mata Pengerusi Ja...
Bolehkah Wanita Menginap Di Luar Rumah

Bolehkah Wanita Menginap Di Luar Rumah

papar berkaitan - pada 31/7/2022 - jumlah : 203 hits
Bolehkah Wanita Menginap di Luar Rumah Pertanyaan Saya memiliki teman dekat seorang akhwat beliau tidak memiliki sanak saudara di Bandung ini selain om dan tantenya namun tidak di rumah yang sama Beliau tinggal bersama neneknya dan qodarull...
Bekas Pengarah Bukit Aman Nafi Dakwaan Bawa Teman Wanita Serbu Rumah Najib

Bekas Pengarah Bukit Aman Nafi Dakwaan Bawa Teman Wanita Serbu Rumah Najib

papar berkaitan - pada 12/8/2022 - jumlah : 154 hits
FMT ReportersAmar Singh berkata beliau dan beberapa pegawai kanan lain akan membuat laporan polis terhadap Raja Petra Kamaruddin PETALING JAYA Bekas pegawai polis berpangkat tinggi Amar Singh menafikan dakwaan teman wanitanya hadir dalam se...
Sri Mulyani Beri Sinyal Anggaran Subsidi Energi 2023 Bakal Lebih Besar

Sri Mulyani Beri Sinyal Anggaran Subsidi Energi 2023 Bakal Lebih Besar

papar berkaitan - pada 9/8/2022 - jumlah : 149 hits
Pemerintah masih akan mengalokasikan anggaran yang fantastis untuk meredam dampak kenaikan harga energi di tahun 2022 Menteri Keuangan Sri Mulyani Indrawati mengatakan anggaran yang disiapkan untuk tahun depan masih sangat besar dari tahun ...
Pm Govt Committed To Starting Second Phase Of Sarawak Sabah Link Road Trans Borneo Highway In 2023

Pm Govt Committed To Starting Second Phase Of Sarawak Sabah Link Road Trans Borneo Highway In 2023

papar berkaitan - pada 7/8/2022 - jumlah : 260 hits
Ismail Sabri touches a screen to launch the Pujut Section of the Pan Borneo Highway MIRI Prime Minister Dato Sri Ismail Sabri Yaakob said the government is committed to starting the second phase of the Sarawak Sabah Link Road SSLR
Wanita Ugut Rempuh Rumah Keluarga Bekas Teman Lelaki Ditahan

Wanita Ugut Rempuh Rumah Keluarga Bekas Teman Lelaki Ditahan

papar berkaitan - pada 16/8/2022 - jumlah : 218 hits
Keadaan kenderaan yang rosak akibat dirempuh seorang wanita di Taman Perling Johor Bahru pagi semalam JOHOR BAHRU Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki mengugut dan merempuh pintu pagar automatik kediaman keluarga bekas teman l...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik