Rumah Dinaiki Air Warga Emas Tidur Dalam Lori Jaga Harta Benda


 
Othman Baba memilih untuk tidur dalam lori bersama dua anaknya kerana bimbang barangan perniagaan dicuri pihak tidak bertanggungjawab. (Gambar Bernama)ALOR GAJAH: Seorang warga emas memutuskan untuk tidur di dalam lori bagi menjaga keselamatan harta bendanya daripada dicuri pihak tidak bertanggungjawab selepas rumahnya di Kampung Belimbing Dalam di sini, ditenggelami banjir separas dada sejak Sabtu lepas.
Othman Baba, 83, berkata, dia sememangnya tidak pernah berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) setiap kali kampung tersebut dilanda banjir kerana risau rumahnya dipecah masuk pencuri.
Berikutan itu dia, yang telah 17 tahun menetap di situ, memilih untuk tinggal di dalam lori milik anak lelakinya itu yang diletakkan di jalan raya yang tidak dinaiki air berdekatan rumahnya.
“Dua anak lelaki saya menjalankan perniagaan sewa khemah. Oleh kerana mereka tiada tempat nak letak barang, mereka simpan dalam stor di rumah saya.
“Sejak banjir pada Sabtu lepas, dah dua malam saya bersama seorang lagi anak lelaki dan anak perempuan tidur dalam lori ini sebab takut barang-barang tersebut dicuri,” katanya ketika ditemui Bernama di sini, hari ini.
Othman berkata, ada penduduk kampung yang memintanya supaya berpindah ke PPS, tetapi beliau memutuskan untuk terus berada di situ, sementara menunggu air surut.
Katanya bagi mendapatkan bekalan makanan dia akan keluar membelinya di kedai atau menunggu bantuan makanan yang dihulurkan oleh mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) mahupun sukarelawan.
Menurutnya sejak Julai tahun lalu, sudah empat kali rumahnya dinaiki air memandangkan ia berada di kawasan rendah dan berdekatan sungai.
“Saya dah bina pangkin di dalam rumah bagi meletakkan perabot dan barangan elektrik, namun tetap tenggelam kerana paras banjir tinggi,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/01/rumah-dinaiki-air-warga-emas-tidur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Banjir Rumah Dinaiki Air Bomba Bantu Pindah Jenazah Warga Emas

Banjir Rumah Dinaiki Air Bomba Bantu Pindah Jenazah Warga Emas

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 222 hits
Anggota bomba membantu membawa jenazah ke tempat selamat untuk diuruskan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pas Kuala Krai PETALING JAYA Penduduk terpaksa meminta bantuan pasukan bomba untuk membawa jenazah ke kawasan sela...
Wanita Warga Emas Tiba2 Lari Berkaki Ayam Dlm Lumpur Tahan Kenderaan Dinaiki Azhan Rani

Wanita Warga Emas Tiba2 Lari Berkaki Ayam Dlm Lumpur Tahan Kenderaan Dinaiki Azhan Rani

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 376 hits
KISAH mengenai nasib seorang wanita warga emas berlari berkaki ayam bagi mendapatkan bantuan daripada sukarelawan banjir di Mentakab Pahang mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen
Warga Emas M4ngsa Banjir Minta Ardell Aryana Datang Semula Nak Balas Budi Dengan Buah Hasil Pokok Depan Rumah

Warga Emas M4ngsa Banjir Minta Ardell Aryana Datang Semula Nak Balas Budi Dengan Buah Hasil Pokok Depan Rumah

papar berkaitan - pada 25/12/2021 - jumlah : 282 hits
PENGALAMAN turut serta membantu mangsa banjir di sekitar Labohan dan Bukit Changgang Banting Selangor cukup membuatkan pelakon Ardell Aryana seb4k mengenang nasib mereka yang terkesan Menurut Ardell 31 yang juga aktivis kebajikan kisah dila...
Warga Emas Ditemui Mati Selepas Lebih Seminggu Di Rumah

Warga Emas Ditemui Mati Selepas Lebih Seminggu Di Rumah

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 245 hits
Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN MISTERI kehilangan seorang lelaki warga emas yang sudah lebih seminggu tidak kelihatan terjawab apabila ditemukan mati di kediamannya di Jalan Layang 3 Taman Perling di sini semalam Komander Operasi dari Balai Bom...
Warga Emas Menangis Tanda Berterima Kasih Bersihkan Rumah

Warga Emas Menangis Tanda Berterima Kasih Bersihkan Rumah

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 428 hits
PETALING JAYA Seorang wanita warga emas tidak dapat menahan seb4k selepas kediamannya yang dilanda banjir lumpur yang teruk telah dibersihkan sekumpulan sukarelawan Menerusi perkongsian di laman Twitter e pull wanita itu kelihatan menangis ...
Aisar Khaled Jumpa Warga Emas Viral Kehilangan Rumah Ak1bat Banjir Habis Takkan Nenek Nak Golek Golek Men4ngis

Aisar Khaled Jumpa Warga Emas Viral Kehilangan Rumah Ak1bat Banjir Habis Takkan Nenek Nak Golek Golek Men4ngis

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 460 hits
Video seorang warga emas Rohana Mahfuz 75 yang rumahnya les4p dih4nyut banjir di Hulu Langat Selangor baru baru ini sememangnya mervntun jiw4 Seperti yang tular di media sosial rumah wanita berkenaan hanya tinggal tangga bahagian depan tiad...
Tebing Runtuh Dua Kampung Dinaiki Air Di Kota Tinggi

Tebing Runtuh Dua Kampung Dinaiki Air Di Kota Tinggi

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 234 hits
Oleh Tebing tanah dengan ketinggian 105 meter runtuh dipercayai akibat hujan lebat berterusan sejak pagi tadi dalam kejadian di kawasan taman perumahan Bukit Pelali Pengerang Kota Tinggi Foto ihsan polis Johor KOTA TINGGI Hujan lebat berter...
Dakwa Boleh Sembuhkan Otaknya Lelaki Bunuh Makan Mayat Warga Emas

Dakwa Boleh Sembuhkan Otaknya Lelaki Bunuh Makan Mayat Warga Emas

papar berkaitan - pada 26/12/2021 - jumlah : 230 hits
Seorang lelaki telah didawa atas tuduhan membunuh dan kanibalisme selepas dia dilaporkan membakar anggota badan seorang lelaki berusia 70 tahun menggunakan ketuhar Memetik laporan The Sun suspek yang berusia 39 tahun itu mendakwa bahawa mem...
Rumah Kami Tidur Lepas Subuh Satu Kesalahan Biar Anak Nikmati Waktu Pagi Badan Sihat

Rumah Kami Tidur Lepas Subuh Satu Kesalahan Biar Anak Nikmati Waktu Pagi Badan Sihat

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 261 hits
Cara kita mendidik anak anak sememangnya berbeza beza Ada yang gemar bersukan di waktu pagi namun ada pula yang memilih waktu petang untuk beriadah bersama anak anak Semuanya bergantung kepada keadaan dan situasi anak anak Namun memilih wak...
Drama Rumah Tanpa Luka

Beli Kopi Cafe Mesra Di Stesen Minyak Petronas Desaru

Tiga Lelaki Ditahan Curi Kabel Rempuh Kenderaan Ketika Cuba Larikan Diri

Aktiviti Kunjungan Hormat Ketua Aktivis Ppim Ke Pengarah Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan Ppim 21 08 2025

Lg Brings Ai Powered Comfort To Malaysian Homes With Lg Ai Air

Makan Malam Lewat Di Restoran Terapung Seafood Bujang Firefly

Harapan Yang Hidup Hati Yang Sabar

Mr D I Y S Invites Malaysians To Celebrate Merdeka With Bersama Satu Bazaar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pgslot Top 50 By Frank Rayzubiri Com Pgslot Website 29 25 Casino

Pgslot Top 3 By Willie Couppie Com 100 Pgslot Sagaming Ambslot Pgslot Pg 99 17 September 25

Nurul Izzah Bersendirian Di Sabah

My Status My Story Not Yours

Makan Makan Di The Komunal Eco Grandeur

Printing Kotak Sachet Juice Botanical Pilihan Terbaik Untuk Branding Lebih Menonjol