Rukun Solat Bahagian Qauliah


Bismillahirrahmanirrahim --
Sepertimana yang kita seharusnya sudah tahu dan ingat iaitu 'meninggalkan/tertinggal Rukun Solat makanya tidak sah lah Solat', dan masih ramai yang 'tertinggal' rukun solat bahagian Qauliah. Lalu bagaimana dengan solat mereka? Secara kasarnya - solat itu tidak sah, namun hanya Allah SWT sahaja yang lebih mengetahui. Jika solat tidak sah, maka perbuatan kita selama beberapa minit itu literally-nya adalah sia-sia. Wana'uzubillah...



Apakah yang dikatakan Rukun Qauliah?Melafazkan Sekurang-kurangnya didengar di telinga pelaku itu sendiri
MelafazkanMelafazkan bermaksud menyebut. Terkeluar suara. Mulut tidak tertutup. Sebutan (makhraj dan tajwid) mestilah jelas. Tidak boleh tenggelam timbul bunyinya atau hanya sekadar bunyi keluar angin dari mulut

Sekurang-kurangnya didengari di telinga sendiriPaling lemah bunyi suara adalah sekadar kedengaran ditelinga sendiri (jika dalam keadaan tenang, sunyi).


Cuba cari tempat yang tenang dan sunyi seperti di waktu malam yang hening, lalu sebutkan bacaan rukun qauliah dengan bunyi yang paling perlahan yang dapat didengar di telinga. Itulah kadar minima yang dimaksudkan dengan 'kedengaran di telinga sendiri'. Jadikan tahap lafaz atau bacaan tersebut sebagai standard atau piawai untuk kita guna dalam bacaan solat di mana-mana kita berada

Apakah perkara-perkara dalam Bahagian Rukun Qauliah?Rukun Qauliah solat ada 5 perkara:
Takbiratul IhramMembaca Surah Al-FatihahMembaca TasyahudSelawat kepada baginda Nabi SAWMemberi salam

Takbiratul Ihram Takbiratul Ihram adalah menyebut atau melafazkan 'Allahu Akbar' ketika berdiri dan memulakan solat. 
Ada yang bila takbir takbiratul ihram ini, dia mengangkat tangan, dan letakkan tangan di antara dada dan perut - tetapi tak kedengaran apa-apa suara. Sudahlah dilakukan dengan pantas, tidak menyebut pulak perkataan 'Allahu Akbar, itu. Atau hanya keluar bunyi "Allaaahu.... ", atau hanya kedengaran bunyi angin keluar dari mulut - sebutan perkataan tidak jelas. Maka, ia dianggap tidak melakukan rukun solat

Membaca surah Al-Fatihah Membaca surah Al-Fatihah di dalam setiap rakaat solat. Ia termasuklah dengan bacaan Basmallah. Dalam membaca surah Al-Fatihah ini, bacaan mesti jelas dari segi sebutan huruf (makhraj) dan tajwidnya. Sekiranya salah bacaan tajwid atau makhraj, dianggap tidak sah solat. 
Maka dengan sebab itu, ia tidak boleh diambil mudah.



Kita hendaklah pernah memperdengarkan bacaan Al-Fatihah kita di hadapan seorang guru Al-Quran untuk mengesahkan bacaan kita sudah betul, maka membolehkan kita yakin bahawa solat kita sah. 
Oleh kerana membaca surah Al-Fatihah ini termasuk dalam rukun qauliah, maka sebutannya mestilah mengikut 2 syarat rukun qauliah yang disebutkan di atas. Tidak boleh membaca hanya di dalam hati dengan bibir tidak bergerak atau tidak terbuka mulut - tidak kedengaran suara di telinga sendiri

Membaca tasyahud Membaca tasyahud ini adalah pada duduk tasyahud akhir sebelum memberi salam. Tasyahud awal pada rakaat kedua tidak termasuk rukun qauliah

Bacaan tasyahud hendaklah/disyaratkan dibaca:berturut-turutdalam bahasa ArabSepertimana membaca surah Al-Fatihah, bacaan tasyahud ini juga perlu betul atau jelas sebutannya dan tajwidnya. Mesti yakin - bukan agak-agak atau ikutan yang kabur-kabur sahaja. Maknanya kita kena tahu cara menyebut atau membaca tasyahud ini.

Selawat kepada Baginda Nabi SAWSelepas tasyahud Asyhadu Al-Laa Ilaa... Wa Asyhadu An-Namuhammadar Rasulullah..., kita akan sambung dengan Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW... Allahumasolli... dan kelaurga Baginda.

Selawat ini juga rukun Qauliah. Sebutan kenalah betul-betul. Tetapi selawat mungkin tak ada masalah sebab kita sering mengucapkan selawat pada bila-bila masa. Dalam doa-doa kita sentiasa berselawat, dan kita sering dengar ucapan-ucapan selawat yang betul di TV, radio dan sebagainya.

Memberi SalamMemberi Salam adalah rukun yang kedua terakhir, dan rukun qauliah ke-5. Dan memberi salam yang rukun ini adalah memberi salam yang pertama, iaitu semasa memalingkan muka ke kanan.

Kena berbunyi bacaan salam tu. Bukan sekadar berpaling ke kanan, tiada kumat-kamit mulut - seolah-olah bacaannya tersebut dalam hati saja. Tak sah solat...

Mungkin terlalu khusyuk, mata terpejam, memberi salam hanya berpaling ke kanan dan hangguk... mulut tertutup atau separuh ternganga, lepas tu berpaling ke kiri... Hati-hatilah, jangan teralit perkara-perkara ni.

Sebutan salam pun, semua orang dah biasa sebut dan kita biasa dengar - jadi tidak lah timbul masalah sangat sepertimana bacaan tasyahud attahiyyat.. Namun bila sembahyang, sebutlah betul-betul ketika memberi salam menyudahkan perbuatan solat.

Solat dengan yakin!Jom kita berhenti sejenak dari kesibukan lain untuk kita check balik alignment solat kita, adakah masih lancar dan yakin, maklum lah solat lah persembahan kita kepada Allah SWT -TUHAN pencipta kita yang Maha Mengetahui, Maha Pemurah dan Maha Penyayang bukan? Solat, tiket ke syurga di akhirat yang KEKAL nanti selepas dijemput Allah SWT bukan...

Jom kita dengar bagaimana bacaan mengikut tajwid serta makhraj di siri YouTube Ust Hassan Salim dari Singapura ini.

Klik untuk menonton Video You Tube ini
Sumber:
-- Kelas Tahsin Thaharah & Solat Madrasah Taklimiah Khairiah Pelajar T1 oleh Ustaz Saiful Syazwan Syafie
-- Kuliah Penghayatan Solat Madrasah Taklimiah Khairiah oleh Ustaz Muhammad Shahir bin Shah Budin
--Madrasah At Taklimiah Al Khairiah (MTK) Tok Keling, Alor Setar, Kedah.

Semoga bermanfaat - Wallahualam bissawab
  







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wafacw.blogspot.com/2020/05/rukun-solat-bahagian-qauliah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umur 30 Tahun Baru Buat Solat Dhuha Syatilla Melvin Akui Malu Dengan Diri Sendiri

Umur 30 Tahun Baru Buat Solat Dhuha Syatilla Melvin Akui Malu Dengan Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 311 hits
Pelakon yang kini usahawan Syatilla Melvin mendedahkan bahawa dia hanya pandai untuk melakukan solat dhuha hanya ketika umurnya mencecah 30 an Sumber Instagram Syatilla Melvin nbsp Menurut Syatilla lagi dia mengakui berasa amat malu dan
Hukum Solat Tutup Mata Dan Makmum Masbuk

Hukum Solat Tutup Mata Dan Makmum Masbuk

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 320 hits
Hukum Solat Tutup Mata dan Makmum Masbuk Ada orang solat dengan mata yang tertutup untuk dapatkan khusyuk solat Tapi jadi persoalan Boleh ke solat dengan mata yang tertutup tanpa melihat tempat sujud Dan Makmum Masbuk Apa tu Ini kisahnya so...
7 Cara Mudah Menunaikan Solat Pada Awal Waktu

7 Cara Mudah Menunaikan Solat Pada Awal Waktu

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 283 hits
7 cara mudah Menunaikan solat pada awal waktu Assalamualaikum dan salam sejahtera Alhamdulilah masih di berikan kesempatan dan kesihatan yang baik sehingga hari ini alhamdulilah Baik banyak kebaikan yang bakal kita perolehi apabila kita sen...
Baring Atas Sejadah Kita Sujud Anak Panjat Bertenang Ni Permulaan Dia Faham Solat

Baring Atas Sejadah Kita Sujud Anak Panjat Bertenang Ni Permulaan Dia Faham Solat

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 270 hits
Majoriti ibu ayah yang solat mesti selalu kena ganggu dengan anak kecil kan Memang tak boleh nak elak lagi lagi anak yang pandai merangkak atau berjalan Sebelum usia anak 5 tahun ke atas inilah situasi yang kita kena hadap Bukan itu saja wa...
Ya Allah Malu Mengaku Syatilla Solat Dhuha Usia 30 Belajar Di Google Youtube

Ya Allah Malu Mengaku Syatilla Solat Dhuha Usia 30 Belajar Di Google Youtube

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 230 hits
Berpuluh tahun hidup tak pernah buat solat Dhuha Ya Allah malu sebenarnya nak mengaku tapi Tilla percaya mungkin ada juga hamba Allah yang pernah ada dekat tempat Tilla hari ini Dulu solat yang wajib pun rongak rongak apatah lagi yang sunat...
Baca Surah Ibrahim Ayat 40 Supaya Anak Rajin Solat Pandai Soleh Ustaz Ebit Lew Kongsi Tip Keluarga Bahagia

Baca Surah Ibrahim Ayat 40 Supaya Anak Rajin Solat Pandai Soleh Ustaz Ebit Lew Kongsi Tip Keluarga Bahagia

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 503 hits
Kebahagiaan rumah tangga yang dibina terletak pada diri kita dan pasangan dalam membentuk rasa bahagia Saling menghormati saling belajar memperbaiki kelemahan diri menghormati antara satu sama lain dan menjalankan tugas sebagai pasangan dan...
Adakah Memakai Cincin Ketika Solat Dikira Berlapik

Adakah Memakai Cincin Ketika Solat Dikira Berlapik

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 303 hits
Kita biasa mendengar bahawa setiap anggota sujud perlu lah mengenai tempat sujud ketika solat jika tidak sujud tidak akan sah Dalam kata lain tidak boleh ada halangan antara anggota sujud dan tempat sujud Kita biasa menyebutnya sebagai berl...
Lepas Jawab Kertas Sejarah Sempat Balik Solat Jenazah Tatap Wajah Ayah Buat Kali Terakhir

Lepas Jawab Kertas Sejarah Sempat Balik Solat Jenazah Tatap Wajah Ayah Buat Kali Terakhir

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 300 hits
233 total views 233 views today Sebelum ini tular kisah seorang pelajar Sijil Pelajaran Malaysia yang kehilangan ayahnya sewaktu menghadapi peperiksaan itu Menerusi satu lagi kisah meruntun jiwa di Twitter dimana seorang pelajar yang juga s...
Resepi Bbq Kambing

Games Outlets Damansara Aliff

Sarapan Pagi Di Warong Onie Corner Ayer Keroh Melaka

Happy 10th Birthday Ilham Syamil 27 Jan 2025

Buasir Otak Tv Kenapa Ayam Masa Hidup Satu Nama Bila Mati Banyak Nama Be Like

Halal Certification Is A Non Muslim Issue

Sebatan Syariah Daripada Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia

Pelbagai Kaum Makan Budu Dalam Pinggan Sama


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Crescent Petroleum Targets Nioc Assets And Frozen Funds In Escalating Legal Dispute

A Short Interior Painters Guide To Color Psychology And Perceived Size

Ptptn Encourages Savings Plans To Reduce Reliance On Education Loans

Wet Cny For Sabah Sarawak With Continuous Rains Expected Says Metmalaysia

Eleven Masked Men Break Into Puchong Home Two Seriously Injured

Cukup Mudah Masak Ayam Kari Jepun Cepat Dan Sedap Di Makan