Jamal Yunos Diarah Bayar Ganti Rugi Rm300 000 Kepada Maria Chin



KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos  membayar ganti rugi RM300,000 kepada bekas Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) Maria Chin Abdullah selepas mendapati kenyataan Jamal yang mengaitkan Bersih 2.0 dengan kumpulan pengganas Daesh adalah menfitnah wanita itu.

Hakim Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab juga mendapati pengucapan yang dibuat oleh Jamal selaku defendan adalah merujuk kepada Anggota Parlimen Petaling Jaya Maria Chin, 62, selaku plaintif walaupun secara jelasnya pengucapan yang dibuat oleh Jamal tidak menyebut nama plaintif.


Loading... Beliau juga berkata mahkamah mendapati pengucapan yang dibuat oleh defendan di dalam makna semulajadinya bersifat fitnah dan tindakan defendan memberi kesan buruk kepada plaintif selain mencetuskan perasaan benci masyarakat terhadap plaintif.
"Mahkamah perlu menimbang samada defendan berjaya membuktikan pembelaan-pembelaan yang mereka timbulkan. Defendan menimbulkan dua pembelaan iaitu keistimewaan bersyarat dan komen yang saksama. Defendan mempunyai beban untuk membuktikan pembelaan-pembelaan, bagaimanapun saya mendapati defendan gagal membuktikan pembelaan-pembelaan itu.

Bagi pembelaan keistimewaan bersyarat, saya mendapati defendan gagal membuktikan dia mempunyai kepentingan atau tugas dari segi perundangan, kemasyarakatan atau moral untuk mengucapkan kata-kata itu manakala bagi pembelaan komen yang saksama pula saya mendapati defendan gagal buktikan fakta yang dijadikan asas kepada komennya," katanya.

Hakim itu berkata berdasarkan dapatan tersebut, beliau membenarkan saman yang difailkan plaintif.

Sehubungan itu, mahkamah memerintahkan defendan membayar ganti rugi RM300,000 dan kos guaman RM40,000 kepada Maria Chin yang diwakili peguam N. Surendran.

Pada 7 Oktober 2016, Maria Chin memfailkan saman fitnah itu  dengan menamakan Jamal, yang merupakan Pengerusi Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu dan Gerakan Merah Malaysia (GMM), sebagai defendan atas dakwaan mengaitkan Bersih 2.0 dengan kumpulan pengganas Daesh.

Dalam saman yang difailkan melalui Tetuan Daim & Gamany, Maria Chin mendakwa pada 28 Sept 2016, Jamal mengeluarkan kata-kata fitnah dalam satu sidang media di perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan diterbitkan serta disiarkan di beberapa portal berita, media cetak nasional dan media elektronik.

Beliau juga mendakwa, pada 4 Okt lepas, Jamal sekali lagi mengeluarkan kata-kata fitnah terhadapnya di perkarangan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan diterbitkan pada 5 Okt di portal berita, media cetak nasional dan media elektronik.

Beliau menuntut ganti rugi am, teruk, dan teladan serta perintah injunksi bagi menghalang defendan daripada mengulangi atau menyiarkan semula perkataan fitnah itu.

Ketika ditemui media, Maria Chin berkata keputusan hari ini membuktikan gabungan itu bukan kumpulan pengganas seperti yang didakwa defendan dan ia menunjukkan Bersih 2.0 'bersih' dengan agendanya manakala, Jamal yang diwakili peguam Nasir Yusof berkata pihaknya akan memfailkan rayuan.

Jamal tidak hadir ke prosiding hari ini. - Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2018/10/jamal-yunos-diarah-bayar-ganti-rugi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahkamah Arah Jamal Bayar Rm300 000 Pada Maria

Mahkamah Arah Jamal Bayar Rm300 000 Pada Maria

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 390 hits
Malaysiakini Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan ketua bahagian Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos bersalah kerana memfitnah bekas Pengerusi BERSIH 2 0 Maria Chin Abdullah dan memerintahkan beliau membayar ganti rugi sebanyak RM300...
Jamal Bersalah Fitnah Maria Mahkamah Perintah Bayar Rm300 000

Jamal Bersalah Fitnah Maria Mahkamah Perintah Bayar Rm300 000

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 285 hits
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mendapati Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos bersalah kerana memfitnah bekas pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah dan memerintahkannya membayar ganti rugi RM300 000 Dalam penghak...
Gagal Bayar Hutang 4 Buah Kereta Jamal Yunos Kena Rampas

Gagal Bayar Hutang 4 Buah Kereta Jamal Yunos Kena Rampas

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 438 hits
BERTINDAK atas arahan mahkamah sebuah syarikat merampas empat kereta milik Datuk Seri Jamal Md Yunos selepas Ketua Bahagian Umno Sungai Besar itu gagal membayar hutang khidmat keselamatan diberikan kepadanya Empat buah kereta itu dirampas p...
Mcdonald S Malaysia Contributes Over Rm300 000 To The Underprivileged In Negeri Sembilan

Mcdonald S Malaysia Contributes Over Rm300 000 To The Underprivileged In Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 462 hits
McDonald s assists the underprivileged community of the state in various areasMcDonald s Malaysia contributed more than RM300 000 through various initiatives announced at a community event today The initiatives are aimed at assisting the un...
Mulai 1 November Naik Damri Dan Lrt Palembang Cukup Bayar Rp 7 000

Mulai 1 November Naik Damri Dan Lrt Palembang Cukup Bayar Rp 7 000

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 269 hits
Menhub Budi mengatakan selain menurunkan tarif tiket pada LRT untuk meningkatkan efektivitas pada LRT ada beberapa hal yang dilakukan pihaknya yakni dengan menambah feeder secara khusus dari Jakabaring ke UNSRI Ini memungkinkan agar penumpa...
Dah Bayar Deposit Owner Rumah Hilang Rugi Rm950 Ditipu Scammer Bilik Sewa

Dah Bayar Deposit Owner Rumah Hilang Rugi Rm950 Ditipu Scammer Bilik Sewa

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 549 hits
Hasrat seorang wanita mahu menyewa bilik sewa di Kuala Lumpur terbantut apabila pemilik rumah sewa itu telah menghilangkan diri selepas mangsa membuat bayaran pendahuluan Syakirah Latif yang memuat naik kronologi kejadian itu di Twitternya ...
Sekelip Mata Lelaki Ini Rugi Rm 25 000

Sekelip Mata Lelaki Ini Rugi Rm 25 000

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 301 hits
Amat malang bagi lelaki dalam video ini kerana dia secara tidak sengaja telah merosakkan empat buah televisyen ketika berada di dalam sebuah kedai elektronik Kos yang perlu ditanggung oleh lelaki disebabkan oleh kecuaiannya adalah bernilai ...
Perusahaan Asuransi Ini Tawarkan Liburan Ke Korea Dengan Bayar Premi Rp 400 000 Bulan

Perusahaan Asuransi Ini Tawarkan Liburan Ke Korea Dengan Bayar Premi Rp 400 000 Bulan

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 235 hits
Nasabah bisa menabung mulai dari Rp 400 000 selama satu sampai tiga tahun sekaligus mendapatkan extra dana hingga 3 persen proteksi perlindungan jiwa terhadap kecelakaan serta berbagai manfaat spesial di tempat wisata dan pusat belanja mili...
Dah Salah Tak Nak Mengaku Bayar Je La Rm 200 000 Tu

Dah Salah Tak Nak Mengaku Bayar Je La Rm 200 000 Tu

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 410 hits
Rayuan Razman ditolak ganti rugi RM200 000 Nizar dikekal N Faizal Ghazali Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria gagal dalam rayuannya untuk membatalkan sabitan Mahkamah Sesyen Ipoh yang memerintahkan beliau membayar ganti rugi RM200 000 kepa...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip