Rugi Kalau Tidak Amalkan Air Rendaman Kurma Kerana Banyak Khasiatnya
Air nabeez adalah air rendaman (infused water) kurma / kismis (raisins). Kurma atau kismis di rendam dalam air masak semalaman (dalam bekas yang bertutup) dan diminum keesokkan paginya.
Sumber mengatakan air nabeez ini adalah kegemaran rasullah s.a.w. Nabi akan rendam beberapa biji kurma atau kismis (salah satu) di dalam air untuk semalaman (dalam bekas bertutup) + minum air rendaman kurma tu diwaktu pagi. Air itu nabi minum dan buah kurma yg dah lembik itu, nabi telan sekali. Oleh itu air nabeez ini dikatakan sebagai sunnah nabi.
Khasiat kurma
Terlalu banyak khasiat kurma yang menjadi sunnah Rasullah s.a.w. ini.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat”.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)”.
Abu Abdillah berkata: “Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir”.
Abu Abdillah berkata: “Orang yang memakan 7 biji buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu sya1tan”.
Imam Ja’far Ash-Shadiq berkata: “Barangsiapa memakan 7 biji buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan m4ti”.
Sabda Rasulullah SAW :
“Barang siapa yang makan pagi dengan tujuh biji kurma Ajwah, maka tak akan mencelakainya racun dan sihir dihari itu”. (Riwayat Shahih Al-Bukhari)
Dari segi kesihatan tubuh badan, kurma telah dibuktikan sebagai:-
1) pemberi & pemulih tenaga (ini antara sebab kita disunatkkan memakan kurma sebaik berbuka puasa)
2) tinggi kandungan fiber – mengelakkan kolestrol jahat dari terkumpul di dalam badan. Sangat bagus dalam mengelakkan sembelit (atau meredakan & memulihkan diri dari sembelit)
3) pemberi zat besi yang sangat bagus.
4) kaya pottassium – penting dalam penjagaan jantung & menstabilkan tekanan darah
Khasiat air nabeez
Air nabeez ini adalah minuman berakali, yang mampu menolong membuang asid dari perut dan sistem pencernaan badan. Juga membantu badan untuk menyingkirkan bahan-bahan toksin dari badan. Dalam ertikata lain sebagai detox.
Disebabkan air nabeez tinggi kadar fiber, ia mampu membantu proses pencernaan yang baik & meningkatkan atau menajamkan fikiran. Agar kita tidak mudah lupa.
Sangat bagus untuk memulihkan lemah tenaga batin.
Juga bagus untuk pes4kit Arthritis & pes4kit Gout kerana air nabeez membantu meneutralkan kandungan urik asid di kalangan pes4kit Gout.
Cara membuat air nabeez:
Rendam beberapa biji kurma (seeloknye bilangan ganjil) ke dalam air masak dalam jug air atau gelas. Seeloknya dibuat waktu petang atau malam, dan pastikan jug air atau gelas tu bertutup. Keesokkan paginya (dalam 8-12 jam selepas direndam), air tu bole diminum & buah kurma yang telah lembut tu dimakan begitu sahaja.
Kurma yang elok digunakan adalah kurma ajwa. Tapi kalau tiada kurma ajwa anda boleh guna sebarang kurma lain pun boleh.
Air nabeez tu boleh diminum begitu sahaja atau boleh dikisar sebelum diminum.
Kalau nak buat air nabeez menggunakan kismis, pun boleh jugak. Caranya ambil segenggam kismis dan direndam dalam air jugak. Dibiarkan semalaman jugak.
Kalau nak minum air nabeez pagi, siapkan petang atau malam. Kalau nak minum air nabeez di waktu malam, rendam kurma atau kismis di waktu pagi.
Pantang larang dalam membuat air nabeez:
Hanya gunakan salah satu daripada buah-buahan pada satu masa. Tak boleh campurkan kurma & kismis untuk membuat air nabeez. Maksudnya kena buat dalam 2 bekas yang berasingan kalau nak minum nabeez kurma dan nabeez kismis.
Air nabeez nie kalau disimpan di dalam peti ais boleh tahan 1- 2 hari.
Tapi dilarang meminum air rendaman kurma atau kismis yang sudah memasuki 2-3 hari. Ini disebabkan air rendaman kurma atau kismis yang dibiarkan melebihi 2-3 hari, proses penapaian (fermentation) telah bermula & air rendaman kismis atau kurma itu sedang dalam proses menjadi arak & haram diminum.
Oleh itu, adalah lebih baik air nabeez nie dibuat fresh daily.
Air nabeez ini nanti boleh diubahsuai & ditambah dengan susu atau yogurt untuk dijadikan smoothie jugak.
Tapi kalau buat dengan air susu, kena letak dalam peti ais, takut susu rosak dibiarkan semalaman di luar. Atau rendam sikit kurma tu dalam air masak. Esok nak minum baru tambah susu & goncang sikit bagi “mesra”.
Sumber: InfoMaya
The post Rugi Kalau Tidak Amalkan Air Rendaman Kurma Kerana Banyak Khasiatnya appeared first on MFADHLY.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mfadhly.net/2019/04/08/rugi-kalau-tidak-amalkan-air-rendaman-kurma-kerana-banyak-khasiatnya/