Ruang Apa Lagi Yang Najib Mahu





Di sebalik bermulanya serangan daripada beberapa pemimpin seperti Nazri Aziz serta Khairy Jamaluddin dan akhbar milik UMNO, Utusan terhadapnya akhir-akhir ini, Najib Razak menjelaskan kemunculannya dari semasa ke semasa hanyalah bertujuan memberi pandangan dan idea bagi memperkasa UMNO, mensejahterakan rakyat dan membangunkan ekonomi negara.


“Saya percaya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan yang ada pada saya, saya boleh memberi sumbangan ke arah matlamat tersebut, lebih-lebih lagi sekiranya ada fitnah, pembohongan dan apa-apa fakta yang tidak betul yang dilontarkan, katanya.


Tegasnya, beliau juga sama sekali tidak berhasrat untuk kembali semula menjadi Presiden UMNO atau Perdana Menteri kerana telah memegang jawatan itu selama sembilan tahun sebelum ini.


Sehubungan itu, Najib berharap semua pihak akan memberi ruang kepadanya melakukan peranan dan  sumbangan itu.


Sekali lalu memang nampak logik apa yang Najib minta dan lakukan sekarang ini, tetapi jika beliau sedar diri dan ada sedikit perasaan malu dalam dirinya, berdiam diri serta duduk diam-diam di rumah sambil menumpukan perhatian kepada kes mahkamahnya adalah pilihan yang paling baik untuk dilakukannya.


Ini kerana beliau sudah pun ditolak rakyat pada PRU14 lalu yang berpunca daripada skandal melibatkan dirinya, kemewahan serta keborosannya berbelanja, caranya memimpin UMNO serta kerajaan dan kelemahannya sebagai ketua keluarga sehingga isteri dan ahli keluarga tertentunya dilihat turut sama mempunyai kuasa dan memperolehi banyak manfaat daripada kedudukannya.


Tidak ada sebab lain rakyat menolak UMNO dan BN melainkan kerana benci dan meluat kepadanya serta tidak langsung lebih lama membiarkannya merosakkan negara ini.


Jika Najib sedar realiti itu, sebenarnya tidak perlu sama sekali beliau meminta diberi peluang untuk menyumbang dan memulihkan semula UMNO kerana kedudukannya yang sudah ditolak rakyat sebelum ini mustahil memungkinkannya untuk diterima semula.


Beliau adalah pemimpin yang gagal  dan satu-satunya pemimpin yang pernah ditolak sehingga menyebabkan UMNO kalah serta kehilangan kuasanya di peringkat Persekutuan.


Lagi pun, dengan 38 kes mahkamah yang sedang dihadapinya, 17 kes oleh Rosmah Mansor dan mungkin puluhan pertuduhan lagi bakal menjelma, apakah Najib fikir rakyat boleh menerimanya semula?


Tidak cukup lagikah peluang dan ruang selama sembilan tahun yang telah diberikan kepadanya selama ini?


Lebih daripada itu, Najib juga mesti sedar bahawa UMNO sudah ada barisan kepimpinan baru sekarang ini.


Dalam hal ini, Najib seharusnya memberi ruang dan peluang kepada barisan kepimpinan baru parti  untuk memulihkan parti melalui corak dan rekaan pilihan mereka tanpa sebarang gangguan daripadanya.


Terus mencampuri urusan parti dengan sentiasa membayangi kepimpinan sedia ada dalam tugas dan peranannya hanya akan menambahkan kesukaran bagi UMNO untuk dipulihkan semula, selain seolah-olah beliau mahu terus berlindung atau bergantung kepada UMNO untuk berhadapan dengan kes-kes mahkamahnya.


Jika Najib sebelum ini pernah mengecam Tun Mahathir Mohamad kerana terus campurtangan dalam urusan UMNO dan kerajaan, biar pun setelah tidak lagi menjadi Presiden UMNO, mengapakah kini beliau turut melakukan perkara yang sama?


Berbanding Tun Mahathir yang tidak pernah ada kes mahkamah atau jenayah, sebaliknya campurtangan beliau sebelum ini semata-mata untuk kebaikan dan masa depan negara,  tetapi dengan deretan kes mahkamah yang dihadapinya sekarang yang secara tidak langsung turut sama membebankan UMNO, di manakah perasaan malu Najib sebenarnya? (ShahbudinHusin 06/11/2018)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/11/ruang-apa-lagi-yang-najib-mahu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Soalan Wartawan Yang Membuatkan Najib Hilang Sabar

Soalan Wartawan Yang Membuatkan Najib Hilang Sabar

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 615 hits
Belum reda isu pelbagai pertuduhan dikenakan terhadapnya terbaru bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan gagal mengawal perasaan ketika ditemubual organisasi media antarabangsa Menurut Al Jazeera Najib beberapa kali gagal...
Thank Najib For Semi Aborted Interview Says Kit Siang

Thank Najib For Semi Aborted Interview Says Kit Siang

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 300 hits
DAP parliamentary leader Lim Kit Siang has urged Malaysians to show their gratitude to former prime minister Najib Abdul Razak over the latter s interview with Al Jazeera on Friday The interview he said saw Najib admitting for the first tim...
Pm Mahathir Mengaku Selamatkan Malaysia Dari Hancur Ditangan Najib

Pm Mahathir Mengaku Selamatkan Malaysia Dari Hancur Ditangan Najib

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 404 hits
Kerajaan Pakatan Harapan memberi perhatian kepada proses pemulihan negara dengan dua tumpuan utama diberikan melibatkan pemulihan jentera pentadbiran yang dirosakkan dan kedudukan kewangan negara yang dibelenggu hutang besar kata Perdana Me...
Altantuya Kenapa Najib Bercakap Seperti Hakim

Altantuya Kenapa Najib Bercakap Seperti Hakim

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 343 hits
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dalam wawancara program 101 East Al Jazeera yang disiarkan pada 27 Oktober 2018 sekali lagi menegaskan beliau tidak mengenali wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu Saya benar benar tidak ber...
Terkulainya Al Jazeera Di Tangan Pendekar Najib

Terkulainya Al Jazeera Di Tangan Pendekar Najib

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 617 hits
PULASAN Beliau bukannya setaraf Trump atau Putin yang boleh diperdaya agensi berita antarabangsa
Kalah Dan Lemah Kepada Wanita Al Jazeera Di Mana Darah Bugis Najib

Kalah Dan Lemah Kepada Wanita Al Jazeera Di Mana Darah Bugis Najib

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 381 hits
Menonton interbiu Najib Razak bersama Al Jazeera semalam suatu hakikat yang pasti ialah beliau kini dalam keadaan cukup tertekan emosi tak stabil dan seperti menyimpan banyak kemarahan dalam dirinya Daripada awal program lagi wajahnya sudah...
Najib Simpati Dengan Nasib Peneroka Yang Semakin Tertekan

Najib Simpati Dengan Nasib Peneroka Yang Semakin Tertekan

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 213 hits
Najib sekolahkan menteri menteri PH pula RM900 sebulan wahai Menteri menteri PH kata Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahukan menteri menteri Pakatan Harapan memahami apa yang dirasai oleh rakyat Selesa dengan kerusi empuk di Putrajaya dan g...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi