Najib Simpati Dengan Nasib Peneroka Yang Semakin Tertekan


Najib sekolahkan menteri-menteri PH pula
“RM900 sebulan, wahai Menteri-menteri PH,” kata Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahukan menteri-menteri Pakatan Harapan (PH) memahami apa yang dirasai oleh rakyat.
“Selesa dengan kerusi empuk di Putrajaya dan gembira terbang bersama pegawai ke hulu ke hilir atas perbelanjaan rakyat?
“Kita mahu Kerajaan dengar, faham dan merasai denyut nadi rakyat, seperti golongan pekebun kecil,” katanya dalam hantaran Facebook peribadinya.
Apa yang berlaku kini, kata Najib, rakyat semakin hari semakin tertekan.
Sejak PRU tempoh hari, katanya, harga komoditi jatuh mendadak. Misalnya harga sawit, hari ini pekebun kecil ada yang hanya mendapat serendah RM300-RM400 setiap tan.
Dahulu, katanya, kerajaan Barisan Nasional sentiasa berusaha membantu para pekebun kecil.
“Misalnya dalam kunjungan ke luar negara, saya telah meyakinkan negara besar dan rakan pelaburan kita seperti China dan India untuk terus membeli minyak sawit daripada Malaysia.
“Malah di dalam Bajet tahunan, kita umumkan juga bantuan khusus buat golongan pekebun kecil dan peneroka supaya dapat meringankan beban mereka yang terkesan akibat perubahan harga komoditi.
“Saya bimbang dengan trend Kerajaan hari ini yang bersifat antagonistik terhadap rakan-rakan pelaburan kita yang secara tidak langsung mengganggu-gugat kebajikan pekebun kecil.
“Saya bimbang dengan Menteri Kewangan Terbaik Dunia yang telah mula mencari alasan dan mengeluarkan hint meminta rakyat berkorban kononnya Kerajaan tak ada wang, bahawa banyak bantuan akan dipotong,” katanya. – UTUSAN ONLINE

‘RM900 hendak makan apa?’
Pendapatan berkurangan selepas kejatuhan harga sawit – Peneroka
Peneroka Felda kini ber­hadapan kegelisahan dan keresahan selepas harga komoditi sawit mencatatkan penurunan hari demi hari, sekali gus menjejaskan pendapatan mereka sehingga hanya sekitar RM900 sebulan.
Seorang peneroka Felda Wilayah Mempaga, Mansor Hashim berkata, anggaran pendapatan tersebut diperoleh selepas mengambil kira harga sawit ketika ini iaitu purata kira-kira RM400 bagi satu tan metrik.
“Dalam sebulan setiap peneroka dianggarkan dapat menuai kira-kira empat tan hasil kelapa sawit. Selepas ditolak pula dengan pelbagai kos operasi lain seperti baja, racun dan upah memotong buah sawit, peneroka hanya mendapat purata pendapatan bersih sekitar RM900 sahaja.
“Dengan RM900 hendak makan apa? Itu belum lagi pelbagai bil yang mesti diselesaikan. Peneroka di Felda kini betul-betul berada dalam keadaan resah, bagi saya senang sahaja, kerajaan mesti pastikan harga sawit meningkat, selesai semua masalah,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut Mansor, menambahkan lagi tekanan, pelbagai bantuan dan insentif bagi me­ngurangkan kesan kejatuhan harga sawit tidak lagi diterima oleh peneroka.
“Ketika ini peneroka seperti tidak mempunyai tempat untuk mengadu sedangkan harga sawit terus jatuh. Kebanyakan peneroka merupakan golongan usia emas yang tidak peduli siapa memerintah, cuma mereka mahu harga sawit dinaikkan, itulah sumber pendapatan mereka.
“Saya harap kerajaan Pakatan Harapan (PH) lebih prihatin terhadap nasib golongan peneroka termasuklah dengan mengembalikan pelbagai bantuan dan insentif yang diterima sebelum ini, sekurang-kurangnya dapat meringankan beban dihadapi,” katanya.
Menurut Ketua Peneroka Felda Wilayah Jengka, Sulaiman Bakar pula, selepas kejatuhan harga sawit pendapatan purata diperoleh peneroka setiap bulan adalah di bawah RM1,000.
“Memang tidak cukup, macam saya terpaksa mengharapkan wang simpanan, mujur ada berjimat cermat dahulu. Kalau harap pendapatan sekarang memang tidak cukup, bayar bil elektrik, air dan pinjaman lain, harapkan anak-anak juga untuk membantu serba sedikit.
“Peneroka ketika ini memang resah, tapi tidak boleh hendak buat apa, hendak marah kepada siapa? Jika dahulu bila kea­daan harga sawit jatuh begini ada sedikit bantuan daripada kerajaan, hutang-hutang peneroka se­perti perumahan dan pendidikan dikecualikan dan tidak dipotong, sekarang ni potong habis,” katanya.
Sementara itu, tambah Sulaiman, sebagai peneroka, beliau tidak begitu menaruh harapan besar kepada kerajaan menerusi pembentangan Bajet 2019 minggu depan, cuma berharap langkah sepatutnya dapat diambil segera bagi menangani kejatuhan harga sawit dan ke­sannya kepada peneroka.
“Saya tidaklah menaruh harapan besar, tapi kalau boleh kerajaan kena tengok dan jenguk Felda, beri bantuan kepada peneroka, jangan diam sahaja,” katanya.
Utusan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2018/10/29/najib-simpati-dengan-nasib-peneroka-yang-semakin-tertekan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nasib Baik Bn Laksanakan Skim Insurans Pekerjaan Najib

Nasib Baik Bn Laksanakan Skim Insurans Pekerjaan Najib

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 270 hits
RAMAI HILANG PEKERJAAN Saya sedih dan bimbang membaca berita semakin ramai yang kehilangan kerja bukan sahaja pegawai Kerajaan badan berkaitan malah sektor swasta pun turut terjejas Ada yang saya baca pasangan suami isteri bekerja di tempat...
Zahid Simpati Nasib 1 200 Kakitangan Jasa

Zahid Simpati Nasib 1 200 Kakitangan Jasa

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 384 hits
KUALA LUMPUR Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersimpati dengan nasib 1 200 kakitangan Jabatan Hal Ehwal Khas yang ditamatkan perkhidmatan Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada warga Jasa yang telah memberikan sumbangan...
Najib Jual Tanah

Najib Jual Tanah

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 671 hits
SAH NAJIB JUAL TANAH Menteri Kewangan Lim Guan Eng masih tidak berpuas hati Dia mengadu bahawa saya telah menyerang secara peribadi setelah saya nyatakan bahawa langkah menjual aset sebagai cara untuk menampung kos kerajaan bukan pandai pun...
Pr Tidak Puas Hati Najib Goyang Sikit Aje

Pr Tidak Puas Hati Najib Goyang Sikit Aje

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 480 hits
Apa masalahnya kalau Najib menari masa anak dia kahwin beb Sejak beberapa hari lepas portal pro pakatan memainkan video PM menari di majlis kahwin anak beliau di Kazakhstan Aku menjadi sedikit musykil bila mereka mahu mempertikaikan benda t...
Beza Kleptokrasi Najib Zahid Dengan Reformasi Anwar

Beza Kleptokrasi Najib Zahid Dengan Reformasi Anwar

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 443 hits
ULASAN SOREZahid cuba menenangkan jiwanya di mahkamah denganmelambai tangan dan menyengeh nyengeh BERSABIT pendakwaan ke atas bekas presiden Umno dan bekas perdana menteri Najib Razak dan presiden Umno yang juga bekas timbalan perdana mente...
Sekali Lagi Najib Razak Dedahkan Penipuan Lim Guan Eng

Sekali Lagi Najib Razak Dedahkan Penipuan Lim Guan Eng

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 625 hits
Menteri Kewangan Lim Guan Eng masih tidak berpuas hati Dia mengadu bahawa saya telah menyerang secara peribadi setelah saya nyatakan bahawa langkah menjual aset sebagai cara untuk menampung kos kerajaan bukan pandai pun Melalui satu kenyata...
Mybrain Lebih 10000 Orang Terjejas Najib

Mybrain Lebih 10000 Orang Terjejas Najib

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 298 hits
Rugi Lebih 10 000 orang terjejas MyBrain telah banyak bantu pelajar pelajar kita ramai berpotensi tinggi Bab pendidikan memang sentiasa Kerajaan BN dulu titikberatkan dalam Bajet tahunan biasanya bidang pendidikan diberi keutamaan lebih Unt...
Biar Guan Eng Bongkar Guan Eng Najib

Biar Guan Eng Bongkar Guan Eng Najib

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 483 hits
Menteri Kewangan Lim Guan Eng masih tidak berpuas hati Dia mengadu bahawa saya telah menyerang secara peribadi setelah saya nyatakan bahawa langkah menjual aset sebagai cara untuk menampung kos kerajaan bukan pandai pun Melalui satu kenyata...
Speaker By Election Needed For Three Perlis State Seats

National Pride Does Not Pay The Bills For Malaysia S Medal Winners

As Gold Prices Climb Many Malaysian Families Find A Hidden Financial Cushion

Selamat Menyambut Malam Raghaib

Exco Pemuda Umno Malaysia Md Jamil Pauzi Tegaskan Titah Tuanku Bukanlah Bahan Politik Untuk Di Permainkan

Perjuanganku Belum Berakhir Kuat Kerana Tiada Pilihan

Rutin Harian Orang Malaysia Di Musim Hujan

Pelaburan Online Yang Selamat Panduan Praktikal Untuk Elak Risiko Scam


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Folder Korporat Elemen Penting Untuk Imej Profesional Syarikat

From Dopamine Spikes To Stable Focus The Biological Benefits Of Switching To Nootropic Pouches

Perlawanan Separuh Akhir Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025 Siapa Yang Akan Melangkah Ke Pentas Akhir

Stablecoin Dan Singapura Membangun Ekosistem Kewangan Digital Yang Kukuh

Ya Saya Kini Sah Bercerai Dan Dalam Tempoh Idah Dayana Roza

Perbicaraan 1mdb Mahkamah Tinggi Putuskan Surat Derma Dari Raja Arab Adalah Palsu