Royalti Menjawab Tuduhan K Jaan Kelantan Tiada Kepakaran



Nazri Deraman 
ULASAN | Sebaik sahaja YB Menteri Kewangan mengadakan sidang akhbar yang menyatakan pihaknya telah pun membayar royalti kepada kerajaan negeri Kelantan pada minggu yang lalu (14 Oktober 2019), isu ini kembali menjadi tajuk utama di media-media arus perdana dan tidak ketinggalan dalam media sosial.

Banyak pihak mengeluarkan kenyataan mengenai isu tuntutan Royalti ini. Alhamdulillah, dari sudut positif kesannya isu ini akan tetap segar dalam ingatan dan perjuangan rakyat Kelantan.

Antara yang paling menyedihkan ada pihak yang melemparkan kata-kata kesat berupa fitnah dengan pelbagai tuduhan kepada pihak kerajaan Negeri. Ditohmahnya kerajaan “tidak pandai”, “tidak ada kepakaran”, “tidak ada maklumat”, “tidak tahu sempadan”, “tidak tahu jumlah telaga minyak”, “tidak pandai undang-undang”, “tidak tahu jumlah sebenarnya royalti yang perlu dituntut” dan lain-lain komen negatif tanpa memahami perjalanan perjuangan yang penting dan utama ini.

Lantaran itu, pihak kami akan sentiasa cuba untuk menyampaikan beberapa maklumat yang boleh didedahkan. Terdapat banyak maklumat yang masih perlu disimpan atau diklasifikasikan sebagai rahsia atau ia masih di peringkat perundingan atau kajian yang tidak membolehkan ia didedahkan sebelum tiba masanya.

Rakyat perlu fahami situasi yang dihadapi oleh pihak kerajaan negeri dan R (NGO Royalti) serta sesiapa sahaja yang tidak boleh membincangkan atau mengeluarkan kenyataan yang menyentuh perkara-perkara berhubung isu tuntutan royalti sebelum ini

Tindakan tersebut boleh dikira sebagai subjudis berikutan kes ini berada di peringkat perbicaraan mahkamah berikutan saman kerajaan negeri terhadap Petronas.

Tidak banyak kenyataan dikeluarkan bukannya bermaksud tidak pandai atau tidak tahu untuk menguruskan hal tuntutan royalti tersebut.

Setelah ia dibatalkan secara rasmi, barulah isu ini boleh dibincangkan secara terbuka.

Jumlah tuntutan royalti
Sebagai salah satu maklumat yang amat penting adalah berapakah jumlah anggaran tuntutan royalti petroleum yang sepatutnya diterima oleh negeri Kelantan berdasarkan telaga minyak yang telah mengeluarkan hasil di dalam dan di luar pantai Kelantan?

Berikut dinyatakan anggaran Royalti berdasarkan kiraan yang dibuat mengikut 5 blok yang wujud
BLOK JDA

Kawasan pembangunan bersama Malaysia dan Thailand yang diwujudkan melalui perjanjian 21 Februari 1979. Pengeluaran telah bermula pada 2005.

Anggaran pengeluaran gas sebanyak 790 mmscfd (284 trillion kaki padu setahun). Anggaran pengeluaran minyak dan gas adalah 60,000 tong sehari kali AS$52.51/tong bersamaan AS$1.149 billion (RM4.94Billion) (exchange rate RM4.29).
Royalti 5 peratus yang diterima oleh Malaysia hendaklah dikongsi sama rata antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Kelantan iaitu 2.5 peratus bagi setiap pihak.

Royalti 5 peratus milik Kelantan dianggarkan RM124 juta setahun.

BLOK PM3/CAA

Ini adalah kawasan pengeluaran bersama Malaysia dan Vietnam dengan pengeluaran bermula tahun 1997.
Pengeluaran minyak adalah 106,000 tong sehari dan 270 mmscfd gas sehari (46.06 peratus Hak Malaysia daripada Pengeluaran di PM3).

Dianggarkan nilai pengeluaran adalah sebanyak AS$2 billion (RM4.8Billion) dan 46.06 peratus bahagian Malaysia sebanyak AS$940juta.

Royalti 5 peratus dibayar kepada Malaysia dan 5 peratus juga kepada Vietnam.

Kelantan berhak mendapat 50 peratus daripada hak Malaysia bagi telaga-telaga yang berada di dalam Perairan Kelantan-Vietnam. Anggaran Royalti kepada Kelantan adalah RM101 juta setahun.

BLOK PM301

Terletak di perairan Kelantan sepenuhnya. Kawasan simpanan minyak mentah dan gas asli di blok ini adalah Kamelia, Zetung, Anggerik, Kesumba, Bumi South dan Melati.

Penemuan gas di Medan Kamelia dengan kapasiti 110 mmcfd telah mula operasi pada Januari 2013 oleh Carigali Hess dengan nilai pengeluaran setahun AS$363.5 juta (RM1.56 billion).
Manakala, Royalti 5 peratus adalah sebanyak RM78 juta setahun.

Pengeluaran Bumi South adalah sebanyak 87 juta kaki padu gas sehari dengan nilai sebanyak As$287.5 juta setahun bermula dari 2013. Royalti dianggarkan sebanyak RM61.8 juta setahun.

Kawasan pertindihan Kelantan-Terengganu

BLOK PM302

Medan Bergading telah mengeluarkan gas dengan kapasiti 165 juta kaki padu gas sehari bersamaan 28,500 tong sehari dengan nilai AS$545 juta setahun (RM2.77 Billion).
Manakala, Royalti 5 peratus untuk Kelantan adalah RM117 Juta setahun.

PM303

Pengeluaran minyak Medan Lawit adalah 57,000 tong sehari dengan nilai sebanyak AS$1.1 billion setahun. Royalti dianggarkan sebanyak RM235 juta setahun.

Pengeluaran minyak Medan Bintang pula adalah sebanyak 30,000 tong sehari dengan nilai sebanyak AS$575 juta setahun. Royalti dianggarkan sebanyak RM123.6 juta setahun.

Pengeluaran dari Medan Jernih adalah 57,500 tong sehari. Bagi Medan ini dianggarkan 80 peratus kawasan berada di sebelah Kelantan dan 20 peratus di sebelah Terengganu oleh itu royalti bagi Kelantan adalah RM189.5 juta setahun.

Kalau dicampur angka-angka tersebut RM1,029.9 juta royalti perlu dibayar kepada Kelantan.

Sebagai contoh, sekiranya kita merujuk kepada anggaran yang dibuat oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan (UPEN) bagi tahun 2016 adalah sebanyak RM681,169,052.00, bagi tahun 2017 pula adalah RM1,030,226,056.00 dan bagi tahun 2018 sebanyak RM1,106,505,418.00.

Manakala, wang ehsan yang dibayar pula sangat jauh bezanya umpama langit dan bumi iaitu sebanyak RM28 juta sahaja (2019) dan hanya 2.7 peratus berbanding jumlah royalti.

Tuntutan ini telah pun dibawa kepada pihak berwajib dalam pelbagai bentuk dan cara. Pihak kerajaan negeri mempunyai barisan pegawai yang mahir dan pakar dibantu melalui sumber dari pelbagai agensi termasuk agensi persekutuan.

Pihak R telahpun beberapa kali membawa tuntutan ini kepada pihak Petronas dan pemimpin negara dalam bentuk memorandum rakyat dan surat rasmi.

Tuntutan ini acap kali dibincangkan dan diperbahaskan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.

Kami amat yakin pihak Kerajaan Persekutuan akan menjawab sama ada kiraan dan maklumat pengeluaran berserta jumlah tuntutan Royalti yang telah didedahkan tersebut adakah ia betul, tepat, salah atau kurang tepat?

Kami sekadar mendedahkan sebahagian sahaja supaya rakyat mengetahuinya.

Seterusnya dapat menjawab segala tuduhan liar yang tidak berasas yang menyatakan pihak kerajaan negeri tidak mempunyai maklumat lengkap tentang tuntutan Royalti.

Harapan rakyat

Rakyat Kelantan dan seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan amat berharap agar semua pihak yang terliba, baik di peringkat kerajaan negeri dan Persekutuan agar dapat duduk semeja bagi menyelesaikan kemelut yang berpanjangan ini dalam masa terdekat demi kebaikan rakyat.

Kami menyeru pihak-pihak yang sentiasa mengeluarkan kenyataan yang berniat untuk mengelirukan rakyat agar berhenti dari berbuat dosa percuma. Ayuhlah bersama kami untuk merelisasikan perjuangan suci rakyat Kelantan ini.

Marilah kita sama-sama melakarkan sejarah manis untuk generasi anak cucu kita dengan perjuangan yang kita bina kini.

Dengan pendedahan ini adalah amat diharapkan agar ia akan meningkatkan motivasi semua pihak untuk turut bersama di dalam perjuangan ini.

NAZRI DERAMAN ialah Presiden NGO R.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/10/royalti-menjawab-tuduhan-kjaan-kelantan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Royalti Kelantan Bayaran Macam Biasa Bezanya Sekarang Kepada Kerajaan Negeri

Royalti Kelantan Bayaran Macam Biasa Bezanya Sekarang Kepada Kerajaan Negeri

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 303 hits
Menurut Azmin Ali kerajaan masih menggunakan kaedah pembayaran lama untuk membayar royalti minyak kepada kepada kerajaan negeri yang menjadi negeri pengeluar minyak Dia berkata kaedah pembayaran royalti minyak terbaharu membabitkan pemulang...
Lim Royalti Minyak Sudah Dibayar Kepada Kelantan Bulan Lalu

Lim Royalti Minyak Sudah Dibayar Kepada Kelantan Bulan Lalu

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 407 hits
MALAYSIAKINI Anggota parlimen pembangkang yang mendakwa Kelantan belum menerima bayaran royalti minyak perlu membuat semakan dengan kerajaan negeri itu kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng Beliau berkata ini kerana bayaran tersebut telah dibu...
Royalti Minyak Kerajaan Kelantan Bidas Kenyataan Lim Guan Eng

Royalti Minyak Kerajaan Kelantan Bidas Kenyataan Lim Guan Eng

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 406 hits
Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob menegaskan Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan tidak benar berhubung pembayaran royalti petroleum kepada Kelantan Menurut beliau kerajaan persekutuan bukan membayar wang royalti sebaliknya...
Wang Royalti Kelantan Lim Guan Eng Bohong Lagi

Wang Royalti Kelantan Lim Guan Eng Bohong Lagi

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 518 hits
MB Kelantan Itu wang ehsan bukan royalti Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob menegaskan Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan tidak benar berhubung pembayaran royalti petroleum kepada Kelantan Menurut beliau kerajaan persekutu...
Surat Terbuka Lim Jelaskan Isu Wang Ehsan Kepada K Jaan Kelantan

Surat Terbuka Lim Jelaskan Isu Wang Ehsan Kepada K Jaan Kelantan

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 343 hits
Lim Guan Eng Kementerian Kewangan merujuk kepada isu pembayaran wang ihsan dan wang pendahuluan kepada kerajaan negeri Kelantan yang kini digunakan oleh parti pembangkang untuk menanam sentimen kebencian terhadap pemimpin kerajaan persekutu...
Baru Bangun Tido Ke Kalau Pasal Royalti Minyak Tganu Kelantan Ph Dah Menang Bro

Baru Bangun Tido Ke Kalau Pasal Royalti Minyak Tganu Kelantan Ph Dah Menang Bro

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 379 hits
BN sepatutnya melaksanakan pemberian royalti penuh kepada negeri pengeluar petroleum sewaktu sedang berkuasa kata Ketua Pemuda Parti Amanah Mohd Sany Hamzah Kenapa tidak dilakukan dulu masa BN memerintah negara lebih 60 tahun bila rakyat su...
Liga M3 Kelantan United Muncul Juara Naik Pangkat Liga Premier 2020

Liga M3 Kelantan United Muncul Juara Naik Pangkat Liga Premier 2020

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 264 hits
Kelantan United sah layak ke Liga Premier 2929 selepas muncul juara Liga M3 Wakil dari Kelantan itu mengesahkan kejuaraan selepas menewaskan Glory United FC dari Kedah dengan jaringan 5 0 di Stadium LADA Langkawi pada malam tadi Kemenangan ...
Semua Jajahan Di Kelantan Berisiko Banjir Polis

Semua Jajahan Di Kelantan Berisiko Banjir Polis

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 256 hits
JELI 28 Okt Kesemua 10 jajahan di Kelantan berisiko dilanda banjir kata Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan Beliau berkata justeru polis mengambil langkah berjaga jaga sejak Julai lepas dengan mengadakan pelbagai latihan termasukla...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage

Daun Gugur Dijadikan Baja Kompos