Royaliti Minyak Era Pn Kelantan Tak Minta Pun



Serangan ditujukan kepada Kerajaan Perpaduan kononnya menyekat royalti petroleum di negeri Melayu khususnya Kelantan dan Terengganu dalam Belanjawan 2023 sangat tidak tepat dan adil.
Bagi Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Dr Mohammad Agus Yusoff, serangan tersebut sengaja dipesongkan daripada fakta yang sebenar.
Katanya sepanjang tuntutan royalti petroleum Kelantan ke atas Kerajaan Persekutuan termasuk saman di mahkamah, istilah royalti masih belum berjaya dikenakan secara rasmi dalam merujuk kepada ‘hasil minyak di kedua dua negeri’.
Menurut Agus lagi, bagi kes Kelantan, pada 2019 semasa pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH), kerajaan negeri telah menarik balik saman mahkamah setelah kerajaan pusat membayar Kelantan RM400 juta dalam apa yang dikenali sebagai bayaran “sekali sahaja”.
Bagaimanapun katanya, ketika Perikatan Nasional (PN) memerintah Menteri Kewangan gabungan itu Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz sendiri menegaskan di Dewan Rakyat bahawa Petronas tidak akan membayar royalti kepada mana-mana negeri di Semenanjung kerana kedudukan medan pengeluaran petroleum yang beroperasi adalah di luar perairan negeri masing-masing.
“Zafrul membuat kenyataan ini berdasarkan kepada peruntukan Akta Laut Wilayah 2012 yang menetapkan negeri hanya boleh menuntut hak sehingga tiga batu nautika dari pesisir pantai sahaja.
“Semasa kerajaan PN juga, Menteri Undang-Undang Datuk Seri Takiyuddin Hassan tidak membawa Akta Wilayah Laut 2012 ke Parlimen untuk dimansuhkan dan tidak juga membayar royalti kepada Kelantan dan Terengganu, hanya sekadar wang ehsan sahaja.
“Menariknya, Kerajaan Negeri tidak bising dan tidak juga menimbulkan soal mendiskriminasikan orang Melayu, kerana pada waktu ini mereka berada dalam kerajaan Keluarga Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambah Dr Agus, menjadi masalah apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan hal tersebut di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023, bahawa Kelantan dan Terengganu tidak layak menerima royalti tunai.
Kenyataan itu digunakan pihak pembangkang untuk menuduh Kerajaan Perpaduan menganiaya orang Melayu, sedangkan keputusan berkenaan adalah selari dengan amalan pada era pemerintahan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi PM.
Hal itu, katanya, menimbulkan persoalan seluas manakah hak perairan kerajaan negeri ke atas medan petroleum? Sejauh manakah peruntukan Perlembagaan berkaitan hak negeri ke atas galian yang ditemui di kawasan mereka? Salahkah tindakan kerajaan perpaduan menafikan hak negeri Kelantan dan Terengganu ke atas royalti petroleum atau sejauh manakah penafian berkenaan bertentangan dengan prinsip federalisme?
“Pertanyaan ini sukar dijawab kerana pihak yang layak mengesahkan kedudukannya ialah mahkamah. Isunya ialah mengapakah kerajaan negeri menarik balik samannya pada tahun 2019?
“Dengan latar ini, wajarkah pihak oposisi menyatakan Kerajaan Perpaduan menafikan hak orang Melayu hanya kerana menolak membayar royalti petroleum kepada dua negeri Melayu ini?
“Jawapannya tentulah tidak wajar kerana tindakan Kerajaan Perpaduan tidak mencabul keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang,” katanya.
Justeru, tegas mantan profesor di UKM itu, selagi tindakan Kerajaan Perpaduan mengikut lunas undang-undang maka tidak bermakna Kerajaan Perpaduan menganiaya orang Melayu Kelantan dan Terengganu.
“Nasihat saya kepada pihak pembangkang janganlah terus meniupkan sentimen perkauman untuk menentang sesuatu keputusan kerajaan yang mereka tidak bersetuju kerana ini boleh mengancam keharmonian hubungan kaum sesama kita.
“Dalam kes royalti petroleum, gunalah saluran undang-undang dan lain-lain tindakan diplomasi supaya kita dapat sama-sama mengangkat Malaysia Madani bagi mewujudkan negara yang stabil, makmur dan bahagia,” katanya lagi.
The post Royaliti minyak: Era PN Kelantan tak minta pun first appeared on Suara Pakatan Daily.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/36223?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=royaliti-minyak-era-pn-kelantan-tak-minta-pun

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Royalti Minyak Tommy Thomas Bantu Kelantan Saman Petronas Tahun 2010

Royalti Minyak Tommy Thomas Bantu Kelantan Saman Petronas Tahun 2010

papar berkaitan - pada 8/3/2023 - jumlah : 154 hits
Under agreements signed in the mid 1970s all state governments were promised cash payment or royalty of five per cent for petroleum extracted on shore or off shore in return for surrendering their control of petroleum resources to Petronas ...
Trengganu Kelantan Not Entitled To Oil Royalty Says Rafizi

Trengganu Kelantan Not Entitled To Oil Royalty Says Rafizi

papar berkaitan - pada 2/3/2023 - jumlah : 290 hits
Azalina Othman Said told the Dewan Rakyat that Kelantan and Terengganu did not qualify for a 5 royalty on petroleum because Petronas extracts crude oil beyond the three nautical mile limit Economy minister Rafizi Ramli has told Perikatan Na...
Bersatu Yakin Pn Mampu Sapu Semua Kerusi Pada Prn Kelantan

Bersatu Yakin Pn Mampu Sapu Semua Kerusi Pada Prn Kelantan

papar berkaitan - pada 1/3/2023 - jumlah : 175 hits
malaysiakini comBersatu Kelantan meletakkan keyakinan bahawa Perikatan Nasional mampu menawan semua 45 kerusi dewan undangan negeri pada pilihan raya negeri nanti Pengerusinya Kamaruddin Md Nor berkata sasaran itu tidak mustahil boleh dicap...
Malu Saya Bila Baca Air Di Kelantan Warnanya Macam Air Teh Susu Pmx

Malu Saya Bila Baca Air Di Kelantan Warnanya Macam Air Teh Susu Pmx

papar berkaitan - pada 1/3/2023 - jumlah : 289 hits
Isu kenaikan kos sara hidup bukan lagi menjadi isu baharu dalam negara dan isu ini seolah sudah sebati dengan rakyat terutamanya penduduk yang tinggal di bandar bandar besar Namun begitu masyarakat di luar bandar pula tidak hanya tertumpu d...
Menarik Di Pasar Gok Kapor Kota Bharu Kelantan

Menarik Di Pasar Gok Kapor Kota Bharu Kelantan

papar berkaitan - pada 28/2/2023 - jumlah : 380 hits
Apa yang menarik di Pasar Gok Kapor Kota Bharu Kelantan Untuk artikel kali ini aku nak berkongsi dengan pembaca berkenaan Pasar Gok Kapor yang berada di Kampung Gok Kapor Kota Bharu kelantan Pasar ini dikunjungi orang ramai untuk mendapatka...
Royalti Petroleum Kerajaan Pn Tidak Bayar Kelantan Tidak Bantah Dr Agus

Royalti Petroleum Kerajaan Pn Tidak Bayar Kelantan Tidak Bantah Dr Agus

papar berkaitan - pada 2/3/2023 - jumlah : 503 hits
Serangan ditujukan kepada Kerajaan Perpaduan kononnya menyekat royalti petroleum di negeri Melayu khususnya Kelantan dan Terengganu dalam Belanjawan 2023 sangat tidak tepat Bagi Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti Dr Mohammad Agus Yu...
Ingat Jasa Sultan Kelantan Beri Pengampunan Ahli Parlimen Pn Beritahu Anwar

Ingat Jasa Sultan Kelantan Beri Pengampunan Ahli Parlimen Pn Beritahu Anwar

papar berkaitan - pada 3/3/2023 - jumlah : 260 hits
satuberita myBy March 2 2023Perdana Menteri Anwar Ibrahim bersama Sultan Kelantan Sultan Muhammad V pada 2019 Gambar FacebookAHLI Parlimen Pengkalan Chepa Ahmad Marzuk Shaary mahu Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengingati jasa Sultan Kelanta...
Selagi Boleh Ugut Guna Agama Selagi Tu Tak Berubah Pemuda Kecewa Lihat Orang Cakap Kelantan Tak Mahu Maju

Selagi Boleh Ugut Guna Agama Selagi Tu Tak Berubah Pemuda Kecewa Lihat Orang Cakap Kelantan Tak Mahu Maju

papar berkaitan - pada 4/3/2023 - jumlah : 295 hits
SHAFIQAH MUKHSINTular di media sosial mengenai kenyataan seorang pengguna Facebook yang berkongsi bagaimana tidak semua rakyat Kelantan mahukan kemajuan Ujarnya kemajuan satu negeri akan menyebabkan harga semakin mahal dan rakyat di negeri ...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Resepi Sambal Hijau Telur

Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur

Pemuda Pas Bersatu Jangan Tunggang Demo Atau Kami Tendang

Jim Serbu 10 Lokasi Klinik Doktor Warga Asing Di Kl