Royal Pahang Durian Group Nafikan Alami Isu Masalah Kewangan Laporan Polis Dah Di Buat


 

SHAH ALAM - Royal Pahang Durian Group menafikan syarikat itu kini sedang mengalami masalah kewangan dan berlaku perbezaan pendapat dalam kalangan pemegang saham.
Pengerusinya, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkata, dakwaan itu merupakan satu khabar angin yang tidak benar sebaliknya syarikat itu mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh.
Tengku Puteri Iman Afzan berkata, pihaknya sudah membuat laporan polis berhubung penyebaran berita palsu itu.
"Saya berasa gusar dengan penularan khabar angin melalui platform mesej sosial baru-baru ini yang menyatakan bahawa Royal Pahang Durian Group sedang mengalami masalah kewangan dan terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan pemegang saham.
"Saya menafikan sekeras-kerasnya penyataan ini dan ia merupakan khabar angin dan tidak benar sama sekali," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tengku Puteri Iman Afzan berkata, syarikat itu komited dengan usaha sama yang dijalinkan dengan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) dan kerajaan negeri Pahang demi pertumbuhan industri durian negara.
"Bercanggah dengan dakwaan sesetengah pihak, rakan usaha sama kami iaitu PKPP, merupakan sebuah perbadanan milik kerajaan negeri Pahang dan ini menjadikan Royal Pahang Durian Resources (RPDR) PKPP sebuah usahasama dengan kerajaan negeri," katanya.
Untuk rekod senarai Ahli Lembaga Pengarah RPDR PKPP ialah Tengku Puteri Iman Afzan sebagai Pengerusi RPD, Datuk Seri Shahiruddin Ab Moin (PKPP), Datuk Suhaimi Mohd Yunus (PKPP), Cheah Siew Mun (RPD) dan Mun Yung Kwun (RPD).
Sehubungan itu, Tengku Puteri Iman Afzan berkata, tidak patut ada sebarang keraguan berkaitan kompetensi pihak pengurusan Royal Pahang Durian Group berdasarkan prestasi pengurusan ladang durian mereka di Pahang sejak 2017 yang dijangka membuahkan hasil pada 2022.
"Sebagai tambahan, kilang pemprosesan durian kami akan dibina mengikut peraturan pihak berkuasa tempatan dengan perancangan yang sempurna serta mematuhi piawaian HACCP yang diterima secara global.
"Kami sedang dalam proses mendapatkan kelulusan yang berkaitan dan kerja pembinaan akan dimulakan sebaik mendapat kelulusan. Saya yakin pihak pengurusan akan sentiasa menjalankan tugas mereka secara profesional," katanya.
Terdahulu, RPDP-PKPP sebelum ini diheret dalam kemelut bantahan pekebun durian musang king di Raub selepas kebun durian yang diusahakan secara haram di beberapa kawasan di daerah itu diambil kembali oleh kerajaan negeri dan dipajakkan kepada syarikat tersebut.
Kerajaan negeri Pahang telah melaksanakan operasi pemutihan terhadap tanah kerajaan yang diteroka secara haram untuk tanaman durian oleh pekebun termasuk di kawasan Sungai Ruan dan Sungai Chalit, Raub, Ogos lalu.
Tindakan itu diambil kerana kerajaan negeri dilaporkan mengalami kerugian kira-kira RM30 juta dalam tempoh 10 tahun akibat kehilangan hasil cukai tanah dari kebun haram termasuk di kawasan hutan simpan.
Kerajaan negeri juga sebelum ini dilaporkan telah memberikan hak pajakan tanah seluas kira-kira 2,143 hektar kepada RPDR-PKPP tetapi 30 peratus kawasan yang dipajak itu didakwa telah diceroboh.
RPDP-PKPP menawarkan kontrak untuk skim pengesahan pendudukan tanah kepada pekebun terlibat namun ditolak dan mendakwa syaratnya berat sebelah serta tidak memihak kepada pekebun.
Bagaimanapun dakwaan itu dinafikan pihak syarikat itu. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/11/royal-pahang-durian-group-nafi-dakwaan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Perjanjian Rasmi Antara Royal Pahang Durian Dengan Pekebun Musang King Di Raub

Tiada Perjanjian Rasmi Antara Royal Pahang Durian Dengan Pekebun Musang King Di Raub

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 283 hits
KUANTAN Persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang semalam dimaklumkan bahawa tiada sebarang perjanjian rasmi antara Royal Pahang Durian Group dengan pekebun durian musang king di Raub Exco Pertanian Industri Asas Tani dan Bioteknologi Pahang...
Kilang Royal Pahang Durian Resources Pkpp Tidak Perlu Kelulusan Eia Keluasan Kurang

Kilang Royal Pahang Durian Resources Pkpp Tidak Perlu Kelulusan Eia Keluasan Kurang

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 218 hits
KUANTAN Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Asas Tani dan Bioteknologi negeri Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak memaklumkan mereka yang memperoleh lesen pendudukan sementara sedia maklum bahawa kelulusan itu boleh ditamatkan pada bila b...
Fitnah Dana Rm8 6 Juta Penggerak Komuniti Negara Pahang Membuat Laporan Polis Terhadap Pemimpin Dap Perak Steven Chaw

Fitnah Dana Rm8 6 Juta Penggerak Komuniti Negara Pahang Membuat Laporan Polis Terhadap Pemimpin Dap Perak Steven Chaw

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 332 hits
KUANTAN Penggerak Komuniti Negara Pahang mendesak polis supaya segera menyiasat Ketua Pemuda DAP Perak Steven Chaw berhubung dakwaan pertubuhan itu menerima dana sebanyak RM8 6 juta Timbalan Pengerusinya Albakri Salim berkata ia perlu dilak...
Hiburan Benar Dia Suka Mengusik Tapi Terkena Tempias Kes Da I Syed Joy Revfa Minta Mangsa Buat Laporan Polis Jika Ada

Hiburan Benar Dia Suka Mengusik Tapi Terkena Tempias Kes Da I Syed Joy Revfa Minta Mangsa Buat Laporan Polis Jika Ada

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 787 hits
Pernah dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan Da i Syed usahawan kosmetik Joy Revfa telah menerima tempias berhubung kontroversi yang dikaitkan dengan pendakwah bebas itu Menurut Joy dia telah menerima banyak mesej di laman sosial mil...
Isu Pencerobohan Hutan Di Pahang Pembela Tuntut Tindakan Tegas Sprm Jabatan Hutan

Isu Pencerobohan Hutan Di Pahang Pembela Tuntut Tindakan Tegas Sprm Jabatan Hutan

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 421 hits
KUANTAN Pihak berkuasa dituntut untuk bertindak tegas terhadap isu pencerobohan tanah dan hutan secara haram di negeri ini Perkara itu ditegaskan Ketua Pertubuhan Pertubuhan Pembela Islam Pahang Datuk Syed Nasarudin Syed Abd Hadi sebaik sel...
Bila Hina Ibu Saya Itu Sudah Melampau Syafie Naswip Buat Laporan Polis

Bila Hina Ibu Saya Itu Sudah Melampau Syafie Naswip Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 247 hits
Menerusi satu yang entri yang dimuat naik pelakon terkenal Syafie Naswip telah menerima ugutan melalui Mesej Terus di laman Instagram miliknya source
Pengusaha Bas Buat Laporan Polis Terhadap Belanjawan 2021 Kerajaan Pn

Pengusaha Bas Buat Laporan Polis Terhadap Belanjawan 2021 Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 296 hits
B Nantha KumarSelepas mendakwa gagal menyuarakan tuntutan terhadap Belanjawan 2021 kepada beberapa kementerian termasuk Jabatan Perdana Menter NGO pengusaha bas persiaran bertindak melapor polis Pertubuhan Gemilang Agensi Pelancongan dan Pe...
Zoo Negara Kembali Alami Krisis Kewangan

Zoo Negara Kembali Alami Krisis Kewangan

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 241 hits
Zoo Negara kembali alami krisis kewangan Kuala Lumpur Zoo Negara kembali berdepan krisis kewangan yang teruk susulan gelombang ketiga Covid 19 di negara ini yang menyaksikan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dengan tabung ke...
Pembela Hantar Memorandum Bantahan Isu Pencerobohan Tanah Haram Di Negeri Pahang

Pembela Hantar Memorandum Bantahan Isu Pencerobohan Tanah Haram Di Negeri Pahang

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 315 hits
KUANTAN NGO Pertubuhan Pertubuhan Pembela Islam telah menghantar memorandum bantahan terhadap isu pencerobohan tanah di Pahang di pejabat Menteri Besar Wisma Sri Pahang dekat sini semalam Memorandum telah disampaikan oleh Pengerusi PEMBELA ...
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Fahmi Fadzil Perlu Beri Penjelasan Bukan Beri Alasan

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Prof As Dakwa Tak Selamat Kunjungi Malaysia Selepas Sebar Propaganda Sokong Zionis



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Brauninhas House By Pablo Lanza Arquitetura In Itu Brazil

Banteras Isu 3r Manivanan Cadang 10 Langkah Percepat Siasatan Polis

Analysis Harapan S Uphill Battle To Defend Kuala Kubu Baharu

Kkb By Election Will Be A Confidence Vote For The Anwar Administration

Azmin Pledges To Tell All On May 11