Roti Kopi Harum Semerbak Taburan Cip Coklat Persis Seperti Di Kedai Bakery
Semerbak harum bau bila roti kopi atau dipanggil mexican bun sedang dibakar. Terdapat 3 bahagian iaitu roti lembut, saduran kopi dan inti mentega yang buatkan roti ini begitu enak.
ROTI KOPI
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung roti50gm gula halus10gm garam halus10gm susu tpg10gm yis kering1biji telur A250gm air sejuk40gm shorteningCARA MEMBUAT:
Campur semua bahan kering kedalam mixer. Putar pada kelajuan perlahan mggunakan Dough Arm. Masukkan telur, kemudian air perlahan lahan sehingga jadi doh selama 10 minit.Akhir masukkan shortening dan putar pada kelajuan tinggi selama 5-10 minit.Uji kekenyalan doh. Ambil sedikit doh tadi dan tarik sedikit demi sedikit sehingga dapat 1 lapisan tidak koyak (seperti orang tebar roti canai dapat doh yang nipis itu) guna jari jemari untuk tarik.Bahagikan doh 50/60gm setiap 1 .Bulatkan cantik-cantik doh dan pastikan permukaan doh yang licin sahaja. (Kalau mahu bole letak mentega yang dipotong dadu dalam doh)INFO: Susun atas dulang yang disapu shortening dan rehatkan sehingga kembang gebas.
BAHAN SADURAN:
100gm mentega100gm gula halus100gm tepung gandum2 biji telur gred A1 sudu besar Coffee emulco/nescafe o kopiCARA MENYEDIAKANNYA:
Putar mentega dan gula sampai kembang.Masukkan telur dan putar lagi.Masukkan tepung dan coffee emulco dan putar sehingga sebatiSetelah siap, guna piping bag (tidak perlu gunakan nozel) potong bahagian hujung sikit sahaja.Bila doh tadi sudah siap kembang bole paiping saduran atas doh macam dalam gambarBakar 180’c selama 25-30mnt ikut oven masing2.INFO: Saduran jangan letak berlebihan nanti banjir tray pembakar. Cukup sekadar saduran itu akan meleleh tutup bahagian roti.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Adri Oppa
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://rasanakmasak.blogspot.com/2018/10/roti-kopi-harum-semerbak-taburan-cip.html