Roti Jala Jelita


 Assalamualaikum...
JUMAAT muncul lagi. Alhamdulillah, pagi ini matahari bersinar terang. Kain-baju pun sudah bergayutan di ampaian. Semoga yang baik-baik sahaja ceritanya hari ini. Semoga mak di sana berada dalam keadaan sejahtera, semoga abang ipar di sini juga kesihatannya kembali pulih nanti. Terima kasih atas kesudian sahabat alam maya dan pembaca Alam Sari yang mengirimkan doa buat kedua-duanya sama ada terucap atau di dalam hati sahaja.

Tersampuk roti jala agaknya sampai otak ni asyik rasa nak menjala sahaja. Nak menjala bukan biasa-biasa, tapi nak menjala roti jala jelita


Gigih mencari botol acuan roti jala bermuncung satu dan tiga demi merealisasikan kejelitaan roti jala


Terlanjur Sk kena masuk ke pejabat hari isnin lepas, Sk terus ke Ninso yang berdekatan untuk mencari acuan tapi yang banyaknya pinggan. Di Ninso pun dah jual pinggan viral sekarang, geram 😂 Untuk resepi roti jala, Sk kongsikan di sini. Tapi ini bukan resepi orang berniaga ya, ini cukup untuk 3 - 4 orang makan petang 🧑‍🍳
Resepi Roti Jala
2 1/2 cawan tepung gandum2 cawan air1/2 cawan susu sejat (susu cair)1/2 st garam2 biji telur2 sb minyak masak
Cara-cara :
1. Masukkan air, garam dan telur ke dalam jug blender
 2. Masukkan tepung gandum, sedikit-sedikit, kisar hingga halus dan sebati. (Tujuan supaya tepung mudah sebati)3. Masukkan minyak masak, kisar sehingga sebati, sekejap sahaja (nak kacau manual pun boleh)
4. Boleh masukkan ke dalam botol acuan roti jala


Selepas masukkan ke dalam acuan ni, letaklah pewarna mengikut citarasa, kemudian kacau sebati guna chopstick. Hasilnya seperti gambar sebelum ini


Untuk hasilkan roti jala bentuk ros, kena guna botol acuan bermuncung tiga dan acuan bermuncung satu untuk membentuk daun.  Banyak perkongsian di socmed cara memicit adunan ke dalam kuali serta cara menggulung roti jala bagi membentuk bunga ros. Cuma Sk main belasah jer nak picit daun tu, lain kali kena kira jarak supaya daunnya tak berkumpul di satu tempat yang sama 😂

Sekarang ni lagilah. Selain bung ros, ada pulak bunga kecik-kecik tu. Debar-debar hati bila teringat tu 😜. Bila Sk kongsikan di fb, ada pulak yang kata nak tempah.. aisehmann.. sukatan 2 1/2 cawan tepung ni pun sejam mencemar duli kat dapur  😭

Terjadinya roti jala ni sebab Pak Inche minta masakkan Kari Daging dengan Daging Goreng Kicap. Siang tu, Sk dan Iman dan makan nasi dengan lauk Daging dan Keli Salai Masak Lomak Cili Api. Tu la yang Sk buat roti jala malamnya. Pak Inche makan nasi, sebab siang tu tak jumpa nasi


Pak Inche, kalau minta masak Kari Daging tu lawannya Daging Masak Kicap macam ni. Hiris daging nipis, kemudian gaulkan dengan kicap manis. Bila dah dekat time nak makan tu, goreng dengan sedikit sahaja minyak, sampai daging masak, siap. Kalau ikut cara sebenar, kena goreng bersama bawang yang dipotong bulat tapi sebab bila makan, PI ketepikan bawang tu, jadi, tak payah letak, mambazir jee, bawang dahlah mahal 😂😂😂
















Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2021/07/roti-jala-jelita.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Roti Jala Jelita Untuk Hari Lahir Abah Ke 80

Roti Jala Jelita Untuk Hari Lahir Abah Ke 80

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 697 hits
Alhamdulillah syukur padaMu jua 27hb Jun yang lalu genap usia abah ana 80 tahun Satu perjalanan usia yang panjang pinjaman dariMu untuk kami anak cucu merasai kasih sayang dan doa mereka berdua mak dan abah Walaupun dalam hati kami amat rin...
Roti Jala Jelita Cantik Sungguh Kreativiti Dari Sha Z Homemade Kajang

Roti Jala Jelita Cantik Sungguh Kreativiti Dari Sha Z Homemade Kajang

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 1713 hits
Siapa sangka kan roti jala yang dahulunya gulungan jala kuning sahaja kini telah di inovasi kan menjadi satu persembahan yang sangat cantik berwarna warni bagaikan kuntuman bunga di taman Ya Korang inilah yang sedang viral sekarang di sana ...
Cantiknya Roti Jala Jelita Versi Kekwa Rose Wanita Ini Kongsi Video Cara Menjala

Cantiknya Roti Jala Jelita Versi Kekwa Rose Wanita Ini Kongsi Video Cara Menjala

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 846 hits
Sejak akhir akhir ini viral gambar roti jala yang sangat cantik berbentuk bunga Ramai yang tertanya tanya bagaimana untuk menghasilkan roti jala jelita versi bunga ini Nampak mustahil tetapi creativity si pencipta roti jala versi bunga ini ...
Roti Jala Pandan Dengan Kuah Durian Bersagu Kuah Jadi Lagi Pekat Likat Sedapnya

Roti Jala Pandan Dengan Kuah Durian Bersagu Kuah Jadi Lagi Pekat Likat Sedapnya

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 542 hits
Serawa durian atau pengat durian mungkin sudah terbiasa namun bila digabungkan bersama biji sagu kuah durian menjadi lebih sedap dan pekat Lagi pula digabungkan bersama Roti Jala Pandan memang sedap Nak cuba resipinya Jom cuba resipi perkon...
Roti Jala Tiga Dara

Roti Jala Tiga Dara

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 656 hits
Assalamualaikum ROTI Jala sekarang bukan lagi pingitan macam dulu Roti jala kini telah diangkat menjadi warga kayangan Tengok dalam bekas pun dah tahu bukan Sk yang buat roti jala ni hihihi Ni Cik Ani yang buat dia memang dah lama buat jual...
Jom Buat Roti Jala Aiskrim Viral Pasti Anak Anak Suka

Jom Buat Roti Jala Aiskrim Viral Pasti Anak Anak Suka

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 1055 hits
Sekarang ini musim demam roti jala Pelbagai corak warna dan juga rekaan yang timbul sehinggakan begitu meriah apabila juadah roti jala diletakkan dalam bekas Sangat mudah untuk membuatnya Perkongsian daripada Nor Al Fatihah ini diharapkan d...
Kisah Roti Jala Serawa Durian

Kisah Roti Jala Serawa Durian

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 722 hits
Assalamualaikum KEJADIAN petang tadi nampaknya Mambang Rajin belum hilang Penat membelek telefon Sk ke dapur Nampak durian dua biji dalam guni kertas dan sebiji dalam plastik Kisahnya durian yang beli semalam selepas Sk buka lagi empat biji...
Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir

Pengalaman Saya Buka Akaun Atlas By Bank Muamalat

Fifa Overturns Three Harimau Malaya Match Results

Azam Tahun Baru 2026 Idea Realistik Yang Mudah Kekal Konsisten

Miki Ghazali Zulfikar Raih Emas Muay Thai Sea Games Tewaskan Petarung Tuan Rumah

Pergerakan Gaji Tahunan Syarat Kelayakan Perubahan Mulai 2026

Aktiviti Mesyuarat Penyelarasan Hadr Misi Bantuan Kemanusiaan Dan Bencana Ke Acheh Ppim 17 12 2025


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Evolusi Bahan Cetakan Dalam Membantu Pertumbuhan Jenama

Ketika Kebahagiaan Menjadi Biasa Memahami Keindahan Sederhana

Russia Tuntut Usd230 Bilion Daripada Euroclear Susulan Tindakan Eu

Baki Akaun Menyusut Hutang Puluhan Ribu Masih Tertangguh

Emas Kembali Ke Pangkuan Negara Trio Juwaidi Aqil Dan Aiman Cipta Detik Gemilang

Patut Ke Guna Ai Bot Kripto Ini Yang Anda Perlu Tahu