Rosnan Bin Nordin 16 Tahun Mengendalikan Sambutan Hari Kebangsaan


 31 Ogos 2024 - Sabtu (26 Safar 1446H)

Malaysia Madani: Jiwa Merdeka
Merdeka
Merdeka!
Merdeka!

Dalam kemeriahan menyambut Hari Kebangsaan 2024, mungkin ada yang tidak tahu kisah menarik yang ada disebalik sambutan tersebut. 

Wira insiden tembakan di Balai Polis Ulu Tiram, JohorKoperal Mohd Khairul Azhar Abbi Paisa
Beliau memimpin bacaan ikrar Rukun Negara dan bertambah bermakna apabila suara lantang beliau melaungkan 'Merdeka' sebanyak tujuh kali bergema di Dataran Putrajaya. Bacaan ikrar ini turut disertai 66 pelajar dari Institu Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ilmu Khas Cheras, Kuala Lumpur.  Pada tahun 2023, pasukan IPG ini melaksanakan bacaan ikrar dalam bahasa isyarat tetapi kali ini secara lisan dengan formasi kawad dan pakaian seragam batik. 
==================================================
AGITO membuat kemunculan sulung liputan secara langsung
Kamera Robotik Model G1 Shotover AGITOKamera ini merupakan satu-satunya model yang terdapat di Asia Tenggaradari SINI.

'Kamera Robotik Model G1 Shotover AGITO adalah kamera kawalan jauh sepenuhnya tanpa pengendali dan ini kali pertama digunakan di RTM dan juga di Asia untuk siaran nasional' - Penerbit Unit Siaran Langsung RTM, Rafael Ramlau 
==================================================
Jika tahun lepas, bunga dihadiahkan, kali ini gula-gula pula dipertaruhkan

Abang Bomba Sado.. Akak Bomba pulak Sweet kan..
Lebih teruja apabila abang JPJ dan abang Polis turut menampilkan anggota berbadan sasa seolah-olah cuba besaing dengan populariti abang Bomba

Dek terasa adanya saingan, idea sepanduk dari abang Bomba 'Kenapa pilih dia, abang Bomba kan ada..' mencuit hati orang ramai. 
==================================================
Disebalik abang Bomba yang menjadi sebutan ramai sejak sambutan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Ogos 2022 yang lepas, ramai tidak menyedari insan penting disebalik kemeriahan Hari Kebangsaan iaitu Encik Rosnan Nordin, Pengarah Konsep dan Artistik Persembahan

Beliau yang berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) kerana kehilangan kaki kiri selepas terpaksa dipotong pada Jun, 2023 akibat jangkitan kuman tidak menjadikannya sebagai penghalang untuk melaksanakan amanah yang diberi sebaik mungkin. Beliau merupakan OKU pertama mengarah konsep sambutan Hari Kebangsaan secara keseluruhan

Encik Rosnan bin Nordin, disebelah kananTimbalan Ketua Pengarah (Kebudayaan dan Kesenian) Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara

Beliau yang berusia 59 tahun, sekali lagi diberi amanah memikul cabaran lebih hebat kerana perlu mengendalikan lebih 17,000 peserta membabitkan 57 kontinjen di Dataran Putrajaya. Sambutan yang dimeriahkan dengan 25 pancaragam, 112 aset hidup, 479 aset negara termasuk persembahan udara, selain segmen persembahan selama 30 minit membabitkan ribuan peserta human graphic dengan gerak tari koreografi berskala besar

Menurut Rosnan, selain sokongan keluarga, kejayaan tidak dapat direalisasikan tanpa kerjasama yang erat daripada pasukannya


'Saya suka dengan cara anak-anak buah saya bekerja sebab kami bekerja dalam satu kelompok keluarga dan dah 16 tahun saya bekerja untuk sambutan Hari Kebangsaan. Kami tetap akan bangun pukul tiga pagi. Bukan saya je pukul tiga pagi tapi anak-anak buah saya pun pukul tiga pagi dan kami sentiasa mengadakan perbincangan sehingga larut malam'.
'Apakah orang akan kenang tak dengan apa yang kita buat? Orang akan ingat tak apa yang kita buat? Dan bagaimana kita nak mengangkat benda tu ke atas realiti. Ke atas realiti ini lah satu cabaran bagi saya antara jadi dengan tak jadi; yang pentingnya kita harus berangan-angan mencipta sesuatu keadaan kreatif dan ini saya tak nafikan'.

31 Ogos 2024, merupakan tugasan terakhir beliau mengendali lebih 17,000 peserta di Dataran Putrajaya dengan gilang-gemilang. Sumbangan dan bakti beliau selama 16 tahun mampu membangkitkan keharmonian rakyat di negara ini dan usaha serta semangat beliau mencetuskan inspirasi buat generasi muda. - Berita dari SINI.. bermula dari minit ke 10:08 mengenai beliau.
==================================================
Selain itu, persembahan penutup dengan lagu bertajuk CUCI RASUAH merupakan ciptaan En. Rosnan bin Nordin bersama komposer Anuar Abdul Razak merupakan sumbangan idea terakhir beliau sebelum bersara pada tahun hadapan.
Persembahan tarian melibatkan 515 orang dari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara yang penuh bertenaga menggunakan konsep stompers, peralatan pembersihan seperti penyapu dan tong sampah sebagai simbolik perjuangan Perdana Menteri memerangi budaya kotor rasuah yang mampu merosakkan negara. 

Tahniah buat semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam merealisasikan sambutan Hari Kebangsaan 2024 dengan jayanya. Great Job..!
#RemajaPurba: Sumber dari en. Google.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://aizamia3.blogspot.com/2024/08/rosnan-bin-nordin-16-tahun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Agong Raja Permaisuri Berangkat Ke Sambutan Hari Kebangsaan

Agong Raja Permaisuri Berangkat Ke Sambutan Hari Kebangsaan

papar berkaitan - pada 31/8/2024 - jumlah : 65 hits
freemalaysiatoday com 31 Aug 2024 08 59 AMIni kali pertama Sultan Ibrahim berangkat ke sambutan itu selepas ditabalkan sebagai Yang di Pertuan Agong Yang di Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofia di pentas ...
Sambutan Hari Kebangsaan 2024 Luar Biasa Semarak Semangat Rakyat

Sambutan Hari Kebangsaan 2024 Luar Biasa Semarak Semangat Rakyat

papar berkaitan - pada 2/9/2024 - jumlah : 71 hits
cosmo comOleh MOHD RIDZAUDDIN ROSLANAnwar ketika menghadiri sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Dataran Putrajaya kelmarin Foto FACEBOOK ANWAR PUTRAJAYA Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan sambutan Hari Kebangsaan 2024 yang be...
Guardian Semarakkan Hari Kebangsaan Dengan Kempen Loveforlocal

Guardian Semarakkan Hari Kebangsaan Dengan Kempen Loveforlocal

papar berkaitan - pada 28/8/2024 - jumlah : 145 hits
Hi Korang Pada Hari Kebangsaan ini guardian menyemarakkan sambutan kemerdekaan dengan kempen LoveForLocal yang menampilkan jenama kecantikan terbaik Malaysia Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini guardian mengangkat 30 jenama tempatan t...
Koleksi Sajak Hari Kebangsaan Malaysia

Koleksi Sajak Hari Kebangsaan Malaysia

papar berkaitan - pada 22/8/2024 - jumlah : 129 hits
Sajak kemerdekaan adalah salah satu medium untuk mengekspresikan rasa cinta kepada negara dan semangat patriotisme terutamanya pada bulan kemerdekaan Sajak merupakan puisi moden yang tidak terikat kepada peraturan dalam bilangan baris irama...
Kerajaan Umum Tol Percuma Sebulan Di Lebuhraya Wce Seksyen 1 Sempena Hari Kebangsaan

Kerajaan Umum Tol Percuma Sebulan Di Lebuhraya Wce Seksyen 1 Sempena Hari Kebangsaan

papar berkaitan - pada 31/8/2024 - jumlah : 166 hits
Kerajaan Umum Tol Percuma Sebulan di Lebuhraya WCE Seksyen 1 Sempena Hari Kebangsaan Kerajaan Umum Tol Percuma Sebulan di Lebuhraya WCE Seksyen 1 Sempena Hari Kebangsaan Bermula 31 Ogos 2024 sempena sambutan Hari Kebangsaan ke 67 kerajaan t...
Antara Unit K9 Yang Terlibat Pembarisan Hari Kebangsaan 2024

Antara Unit K9 Yang Terlibat Pembarisan Hari Kebangsaan 2024

papar berkaitan - pada 27/8/2024 - jumlah : 80 hits
Antara Unit K9 PDRM Yang Terlibat Pembarisan Hari Kebangsaan 2024 Assalamualaikum Lagi beberapa hari negara kita akan menyambut Hari Kebangsaan ke 67 Tak sabar nak tengok perarakan nanti walaupun tengok dalam televisyen nanti Untuk makluman...
Hari Sukan Negara 2024 Peringkat Negeri Kebangsaan

Hari Sukan Negara 2024 Peringkat Negeri Kebangsaan

papar berkaitan - pada 29/8/2024 - jumlah : 82 hits
Berita baik Hari Sukan Negara 2024 kembali lagi dengan pelbagai aktiviti terbuka untuk semua Pelbagai program dan aktiviti menanti anda di seluruh negara bermula 11 hingga 13 Oktober 2024 Tahukah anda apakah itu Hari Sukan Negara dan mengap...
Guardian Lancar Kempen Loveforlocal Bersempena Sambutan Hari Kemerdekaan

Guardian Lancar Kempen Loveforlocal Bersempena Sambutan Hari Kemerdekaan

papar berkaitan - pada 28/8/2024 - jumlah : 175 hits
GUARDIAN LANCAR KEMPEN LOVEFORLOCAL BERSEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN Assalammualaikum semua Hari Kemerdekaan yang ke 67 tahun ini Guardian Malaysia meningkatkan keterujaan dengan kempen LoveForLocal yang menampilkan jenama kecantikan te...
Contoh Sajak Kemerdekaan Sempena Hari Kebangsaan

Contoh Sajak Kemerdekaan Sempena Hari Kebangsaan

papar berkaitan - pada 19/8/2024 - jumlah : 90 hits
Sajak kemerdekaan merupakan salah satu cara untuk kita zahirkan rasa cintakan negara dan semangat patriotik khususnya pada bulan kemerdekaan Sajak adalah puisi moden bebas daripada peraturan dari segi jumlah baris irama dan kata kata Imagin...
Ringgit Closes Higher Ahead Of Tonight S Fed Announcement

Mengajar Kaedah Asas Memasak Untuk Anak

Wanita Kemboja Maut Dihempap Pokok Ketika Berniaga

Pas Bantah Tanah Melayu Jadi Milik Bukan Melayu Ibrah Nasib Palestin

Manfaat Susu Ikan Keajaiban Dari Laut Yang Mulai Dikenal

Purnawirawan Jenderal Israel Kita Kalah Perang

Self Love Learning To Value And Appreciate Yourself

Cops On Hunt For Inmate Who Fled Sungai Buloh Hospital


echo '';
Biodata Ojen Aiwah Usahawan Kunafa Terkenal Personaliti TikTok Dan Penyanyi Lagu Hubb

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hai Cinta Dengarkanlah Slot Akasia TV3

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

Biodata Acap S Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Yang Juga Personaliti Tiktok Live Viral

Senarai Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Astro Warna


Bola Sepak Mssm 2024

Lirik Lagu Dusta Ukays

Makanan Yang Meredakan Emosi

Valdy Nyonk Mengapa Kau Berubah Chord

Chella Julia Enda Sanggup Agi Chord

Nota Grammar Paling Mudah