Rosnah Sorok Suami Dalam Almari



Keputusannya mendirikan rumah tangga dengan lelaki muda lebih sedekad lalu bukan sahaja menjadi bahan jenaka, malah ada bermulut lancang meramalkan rumah tangga yang dibina pelakon Rosnah Mat Aris, 66, dan suaminya, Tajul Efendie Isa, 40, tidak mampu bertahan lama.
Alasannya, tiada keikhlasan dalam perkahwinan, malah si jejaka dituduh menikahi pelakon veteran yang cukup terkenal dengan watak antagonis itu disebabkan mahu menumpang nama dan harta.
Namun, jodoh, ajal dan rezeki terletak di tangan Tuhan. Siapa sangka, mahligai yang dibina Rosnah dan Tajul atau lebih dikenali sebagai Blue sudah memasuki tahun ke-13.
Nyata, Allah adalah sebaik-baik perancang dan sebagai hamba, Rosnah yang lebih selesa disapa Kak Ros meluahkan syukur kebahagiaan terus mengulit mahligai rumah tangga yang dibina hingga hari ini.
“Kehidupan kami sangat bahagia. Boleh dikatakan sepanjang 13 tahun berkahwin, tiada langsung ujian besar yang dihadapi. Walaupun perbezaan usia lebih 26 tahun, tetapi suami sangat matang. Saya masih ingat kata-kata yang membuatkan saya tersentak.
“Baginya, dia memilih saya bukan soal usia mahupun paras rupa, tetapi lebih kepada hati. Jika memandang rupa, ia tidak akan kekal lama. Begitu mendalam kata-katanya. Apapun, segala-galanya sudah disusun Allah dan saya hanya mampu mengungkapkan rasa syukur atas kurniaan ini, ” katanya kepada BH Online.
Dalam melayari kehidupan suami isteri, pelakon yang dikenali watak Mak Limah dalam drama bersiri, Rumah Kedai itu percaya toleransi, tidak malu dengan pasangan dan saling menyayangi antara satu sama lain adalah perkara paling penting untuk mengekalkan keharmonian perhubungan.
“Setakat ini, perkahwinan kami tidak pernah dilanda badai. Suami tidak pernah menyakitkan hati saya. Jika ada perkara tidak disenangi, kami lebih selesa berbincang.
“Biasanya, suami bukan sahaja menegur, malah memberi penjelasan mengapa tindakannya menegur saya supaya tidak mengulangi perbuatan sama.
“Setiap kali berjalan, kami juga seperti pasangan lain sentiasa berpegangan tangan. Suami tak pernah merahsiakan siapa saya jika ada yang bertanya. Malah, dia bangga mengatakan saya adalah isterinya. Dia bukan sahaja bijak bercakap, tetapi arif dalam soal agama. Saya bertuah dikurniakan suami sepertinya,” katanya.
 
Rosnah Mat Aris menghormati pendirian suaminya, Tajul Efendie Isa tidak selesa menjadi tumpuan apabila ke majlis hiburan.  
Sejak disatukan hingga sekarang, agak jarang melihat Tajul menemani isterinya dalam mana-mana majlis hiburan. Saat diajukan persoalan itu, Rosnah mendedahkan, keputusan itu adalah kehendak suaminya.
“Dia tidak kisah untuk menemani saya walau ke mana sahaja pergi kecuali majlis hiburan. Suami tidak selesa menjadi tumpuan dan bukan seorang yang sukakan dunia glamor, selain mahu mengelakkan fitnah. Walaupun berkahwin dengan pelakon, itu tidak bermakna suami perlu sentiasa menemani saya ke acara hiburan.
“Cukuplah sekadar suami menghantar dan menjemput saya pulang. Tak dinafikan, ada juga yang bertanya mengapa saya jarang membawa suami ke majlis hiburan dan menyangkakan saya sengaja mahu menyorokkan suami.
“Malas mahu bersoal jawab, dalam nada bergurau saya menyatakan, suami saya bukanlah barang pameran dan disebabkan itu, saya ‘simpan’ dalam almari,” cerita Rosnah sambil tertawa.
Mengenai kelibatnya yang sudah jarang kelihatan, penyandang trofi Artis Komedi Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH sebanyak empat kali itu berkata, dia tidak pernah hilang daripada radar dunia seni dan masih bergiat aktif dalam dunia lakonan yang diceburinya sejak tiga dekad lalu.

“Saya sempat menghabiskan penggambaran drama bersiri, Bujang Haji untuk siaran TV Al-Hijrah sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang dilaksanakan Januari lalu.
“Alhamdulillah, saya masih mendapat tawaran lakonan, tetapi tidaklah semeriah dahulu. Saya faham dalam situasi sekarang, ramai yang terkesan.
“Mujur saya ada suami dan anak-anak yang boleh menampung kehidupan. Selagi diperlukan, saya tetap akan berlakon. Saya juga bersyukur diberi kesihatan baik dalam usia emas ini. Cuma, ada ketika saya cepat penat. Maklum sahajalah, tenaga semakin berkurangan,” kata pelakon filem Mami Jarum dan Mami Jarum Junior itu.
Rosnah dan Tajul mendirikan rumah tangga pada 13 November 2008 di Masjid Al Khairiah Taman Sri Gombak. Awalnya, Rosnah menafikan sudah mendirikan rumah tangga, namun akhirnya mengaku terpaksa merahsiakan perkara itu atas alasan peribadi.
Pasangan itu juga gemar melakukan aktiviti bersama. Antaranya, memancing yang disifatkannya sebagai salah satu cara merapatkan hubungan sebagai suami isteri.-BH

The post Rosnah ‘sorok’ suami dalam almari? appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/02/20/rosnah-sorok-suami-dalam-almari/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=rosnah-sorok-suami-dalam-almari

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Tak Sedar Dah 13 Tahun Berumah Tangga Rosnah Mat Aris Didakwa Sorok Suami Dalam Almari

Hiburan Tak Sedar Dah 13 Tahun Berumah Tangga Rosnah Mat Aris Didakwa Sorok Suami Dalam Almari

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 1346 hits
Pelakon senior Rosnah Mat Aris 66 yang sebelum ini telah mendirikan rumah tangga bersama seorang lelaki yang lebih muda pernah menjadi bahan umpatan dan jenaka malah ada yang bermulut lancang mengatakan bahawa mahligai yang dibina itu tidak...
Suami Boleh Buat Almari Simpan Tudung Isteri Bajet Bawah Rm150 Nampak Lebih Tersusun

Suami Boleh Buat Almari Simpan Tudung Isteri Bajet Bawah Rm150 Nampak Lebih Tersusun

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 696 hits
Orang perempuan ni tudung antara aset utama selain baju kasut dan beg tangan Walaupun dah ada pelbagai koleksi dan warna setiap kali keluar corak baru pasti akan beli Bukan itu je tudung yang beli sebelum ini pun tak sempat dipakai lagi tap...
Enggan Beli Kasut Suami Benam Kepala Isteri Dalam Baldi

Enggan Beli Kasut Suami Benam Kepala Isteri Dalam Baldi

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 178 hits
64 total views 60 views today Kadang kala sukar untuk kita fahami bagaimana salah faham yang tercipta boleh mendorong sesuatu melakukan sesuatu tindakan yang berakhir dengan penyesalan Ada juga yang dilakukan hanya kerana perkara yang remeh...
Wanita Tergamak Masukkan Anak Tiri Dua Tahun Dalam Air Mendidih Mahu Balas Dendam Kerana Suami Suruh Jaga Anak Anaknya

Wanita Tergamak Masukkan Anak Tiri Dua Tahun Dalam Air Mendidih Mahu Balas Dendam Kerana Suami Suruh Jaga Anak Anaknya

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 276 hits
124 total views 124 views today Seorang wanita dilaporkan telah dijatuhi hukuman penjara kerana membunuh anak tirinya yang berusia dua tahun dengan cara memasukkannya ke dalam tab mandi yang dipenuhi dengan air panas mendidih lapor 7 news W...
Adakah Suami Kepada Ibu Susuan Adalah Mahram

Adakah Suami Kepada Ibu Susuan Adalah Mahram

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 211 hits
Adakah Suami Kepada Ibu Susuan Adalah Mahram Pernah dengar tak pasal ibu susuan yang ambil anak angkat Biasa kan kita faham suami kita jadi bapa susuan susu pula terhasil dari ambil pil atau suntikan hormon betul ke macam tu Jom baca penjel...
Isteri Bayinya Dipukul Suami Kerana Enggan Dipeluk Dicium

Isteri Bayinya Dipukul Suami Kerana Enggan Dipeluk Dicium

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 243 hits
The ReporterSeorang lelaki bernama Adam Malik 19 penduduk di Samarinda Indonesia ditahan polis kerana dipercayai menganiaya isteri dan bayinya berusia empat bulan Suspek menganiaya anak dan isterinya hanya kerana kesal isterinya berusia 16 ...
Kesal Istri Digoda Suami Di Bekasi Tusuk Pedagang Buah

Kesal Istri Digoda Suami Di Bekasi Tusuk Pedagang Buah

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 185 hits
Pelaku yang naik pitam lalu mulai memukuli korban Setelah itu pelaku mengambil pisau milik pedagang pecel lele dan langsung menusuk korban sebanyak dua kali di bagian pinggang dan punggung kata Dedi
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp