Rosmah Disabit Bersalah 4 Perkara Utama Dalam Keputusan Hakim


malaysiakini.com
Diterbitkan: Sep 2, 2022 9:58 AM
Semalam, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohamed Zaini Mazlan menjatuhkan hukuman bersalah terhadap Rosmah Mansor ke atas ketiga-tiga pertuduhan rasuah kes projek tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion

Dia didapati bersalah atas satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada bekas pengarah urusan Jepak Holdings Saidi Abang Samsudin, menerusi bekas pegawai khasnya Rizal Mansor.

Untuk itu, Rosmah dihukum penjara 10 tahun dan denda RM970 juta (lebih lima kali nilai suapan yang diminta dan diterima). Jika dia gagal melunaskannya, dia perlu menjalani hukuman penjara 30 tahun lagi.

Susulan keputusan semalam, mahkamah mengeluarkan alasan umum (broad grounds) bagi keputusan Mohamed Zaini. Berikut adalah ringkasan isu-isu utama yang dibangkitkan hakim.

Karakter tercemar

Tiga saksi pendakwaan menjadi saksi utama dalam perbicaraan ini. Individu pertama adalah Rizal Mansor yang merupakan pembantu Rosmah Mansor ketika hal ini berlaku.

Rizal didapati meminta suapan bagi pihak Rosmah daripada dua lagi saksi utama - Saidi Abang Samsudin dan Rayyan Radzwill Abdullah.

Saidi adalah pengasas Jepak Holdings. Dia dan Rayyan adalah rakan niaga walaupun Rayyan tiada kepentingan dalam Jepak Holdings.
Rizal MansorMohamed Zaini menyatakan Rizal dan Saidi adalah "karakter tercemar". Ini kerana Saidi memulakan rasuah sementara Rizal secara terbuka mengaku menerima rasuah daripada Saidi.

"Rizal dan Saidi sebagai karakter tercemar tidak bermakna bukti mereka perlu ditolak sepenuhnya.

"Karakter yang buruk masih mampu menyatakan kebenaran, namun apa yang penting adalah takat kebenaran (yang dinyatakan)," katanya.

Rosmah 'kuasai' Najib

Antara bukti yang dikemukakan pendakwaan adalah rakaman audio yang menunjukkan Rosmah yang sedang marah berkata "can I advise you something?" kepada Najib.

Hakim berkata dalam keterangan Rosmah, dia tidak pernah "menyatakan dengan tegas" bahawa suara dalam rakaman itu bukan miliknya dan Najib.

Sebaliknya Rosmah cuba untuk menyifatkan perbualan itu sebagai perbincangan biasa antara suami isteri.

"Namun ia bukan perbualan biasa antara pasangan kerana ia berkatan hal ehwal kerajaan.

"Jelas daripada rakaman audio itu bahaw tertuduh memberi arahan kepada Najib dalam hal ehwal kerajaan.
"Nadanya bersifat memerintah dan bertentangan dengan hujahnya bahawa dia akur dengan larangan Najib agar tidak masuk campur dalam hal ehwal kerajaan.

"Saya katakan ini dengan rasa hormat yang tinggi, tetapi jelas bahawa tertuduh kuasai (dominates) Najib. Dia (Rosmah) ada kawalan terhadapnya (Najib).

"Dia tiada sebab untuk masuk campur dalam tugas Najib atau hal ehwal kerajaan, tetapi dia lakukannya," kata hakim.

11 catatan minit yang ditulis Najib

Pendakwaan mencadangkan suami Rosmah, iaitu Najib Razak, ketika itu sebagai perdana menteri, menulis 11 catatan minit di surat oleh Jepak yang akhirnya digunakan untuk mendapatkan projek tenaga solar.

Misalnya, pada 2015, Najib menulis "Bersetuju dilaksanakan sistem baru ini dan batalkan sistem lama" pada cadangan projek oleh Jepak Holdings.

Saidi menggunakan taktik ini beberapa kali lagi agar menteri pendidikan ketika itu, Mahdzir Khalid memberi lampu hijau kepada cadangan Jepak Holdings bagi projek itu.

Walaupun Najib bukan individu utama dalam perbicaraan ini, isu yang timbul adalah jika dia mendapat manfaat daripada "sumbangan politik" oleh Saidi dan Rayaan ketika pertemuan pertama mereka dengan Rosmah pada 2016.
Rosmah bersama Abang SaidiMenurut hakim, situasi seputar bagaimana wang ditawarkan, diberi dan diterima bertentangan dengan apa yang disifatkan sebagai sumbangan politik.

"Pertamanya, hakikat bahawa jumlah yang dijanjikan merupakan peratusan daripada nilai projek bermakna pembayaran adalah untuk manfaat tertuduh. Sumbangan biasanya melibatkan jumlah yang sudah ditetapkan

"Kedua, perihal kerahsiaan berhubung bagaimana bayaran dibuat. Dua pembayaran dibuat secara tunai dalam jumlah yang besar dan diberikan kepada tertuduh sendiri di kediamannya.

"Najib, selaku presiden Umno (ketika itu), tidak pernah ada ketika dua kali wang diberikan, dan itu sangat aneh jika mengambil kira ia adalah sumbangan untuk parti," katanya.

Perihal butler

Bantahan utama yang dibangkitkan pembelaan adalah pendakwaan sepatutnya memanggil butler Rosmah untuk mengesahkan keterangan saksi-saksi lain.

Mahkamah diberitahu dua bag yang berisi wang tunai RM5 juta untuk Rosmah diserahkan kepada butler selepas dihantar oleh Rizal di Seri Perdana - kediaman rasmi perdana menteri - pada 20 Disember 2016.

Baca: Kronologi kes rasuah Rosmah

Rizal dalam keterangannya juga memberitahu dia mengarahkan butler membawa dua beg galas berisi wang RM1.5 juta ke bilik Rosmah di kediamannya di Kuala Lumpur pada 7 September 2017.

Bagi kedua-dua peristiwa ini, hakim berkata keterangan butler tidak perlu diambil memandangkan keterangan saksi lain sudah memadai.

"Akhirnya, bukan butler yang melakukannya," kata hakim.

Pendengaran ditangguh kerana Covid-19

Walaupun perbicaraan bermula pada 5 Februari 2020 dan selesai pada 23 Februari 2022, perbicaraan hanya mengambil masa keseluruhan 42 hari.

Hakim berkata perbicaraan akan selesai lebih cepat jika bukan kerana perintah kawalan pergerakan dan penangguhan ekoran peguam dan saksi dijangkiti Covid-19.

"Mujurlah, akhirnya semua orang dalam keadaan sihat," katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/09/rosmah-disabit-bersalah-4-perkara-utama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keputusan Kes Rasuah Rosmah Bersalah Atau Dibebaskan Diketahui Esok

Keputusan Kes Rasuah Rosmah Bersalah Atau Dibebaskan Diketahui Esok

papar berkaitan - pada 31/8/2022 - jumlah : 195 hits
Rosmah menghadapi satu pertuduhan meminta RM187 5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6 5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin Gambar failKUALA LUMPUR Selepas hampir empat tahun per...
Rosmah Kawal Najib Hakim

Rosmah Kawal Najib Hakim

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 150 hits
KUALA LUMPUR Datin Seri Rosmah Mansor mengawal suaminya Datuk Seri Najib Razak demikian dinyatakan Hakim Mohamed Zaini Mazlan dalam penghakimannya ketika menyabitkan Rosmah bagi tiga tuduhan kes rasuah membabitkan projek solar hibrid bagi s...
Keputusan Hakim Tidak Boleh Diramal

Keputusan Hakim Tidak Boleh Diramal

papar berkaitan - pada 27/8/2022 - jumlah : 171 hits
SHAMSUDIN NAWAWI Dua tiga hari ini hebuh kononnya keputusan Hakim dibocorkan Terkini dalam kes Kak Mah Hakim ini buat keputusan dia pertimbang semua sudut dan cadangan Kalau bahasa mudahnya dia tengok semua apa cadangan pihak2 Pihak Pendakw...
Rosmah Menangis Setelah Didapati Bersalah Rasuah Projek Solar

Rosmah Menangis Setelah Didapati Bersalah Rasuah Projek Solar

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 214 hits
KUALA LUMPUR Datin Seri Rosmah Mansor didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis atas tiga pertuduhan rasuah membabitkan projek solar hibrid bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1 25 bilion Hakim Mohamed Zaini ...
Rosmah Campuri Urusan Kerajaan Ketika Najib Jadi Pm Kata Hakim

Rosmah Campuri Urusan Kerajaan Ketika Najib Jadi Pm Kata Hakim

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 203 hits
freemalaysiatoday com September 1 2022 9 45 PMHakim Zaini Mazlan berkata rakaman audio dikatakan perbualan antara Rosmah Mansor dan Najib Razak berkaitan 1MDB jelas menunjukkan dia memberi arahan kepada bekas perdana menteri itu berhubung h...
Pembelaan Rosmah Penafian Kosong Semata Mata Hakim

Pembelaan Rosmah Penafian Kosong Semata Mata Hakim

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 175 hits
bharian com myOleh September 1 2022 4 43pmHakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohamed Zaini MazlanKUALA LUMPUR Pembelaan Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes rasuah membabitkan projek solar hibrid bernilai RM1 25 bilion untuk 369 sekolah luar ...
Rasuah Harus Dibendung Sebelum Jadi Pandemik Kata Hakim Kes Rosmah

Rasuah Harus Dibendung Sebelum Jadi Pandemik Kata Hakim Kes Rosmah

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 187 hits
Rasuah harus dibendung sebelum jadi pandemik kata hakim kes Rosmah Dikemas kini 11 minit yang lalu Diterbitkan pada 1 Sep 20
Rm6 5 Juta Memang Untuk Rosmah Kata Hakim

Rm6 5 Juta Memang Untuk Rosmah Kata Hakim

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 117 hits
RM6 5 juta memang untuk Rosmah kata hakim Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 1 Sep 2022 11 20PM
Rosmah Bersalah Usaha Mantan Menteri Pendidikan Ph Dedah Korupsi Berjaya

Rosmah Bersalah Usaha Mantan Menteri Pendidikan Ph Dedah Korupsi Berjaya

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 127 hits
Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mendapati Datin Seri Rosmah Mansor bersalah atas tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1 25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak disambut baik oleh mantan ...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Makan Steamboat Dapat Henna Free


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage