Rosmah Berhak Mengesahkan Keabsahan Surat Pelantikan Sri Ram


KUALA LUMPUR -- Pihak pendakwaan perlu mengemukakan salinan surat pelantikan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Kanan khusus dalam perbicaraan kes rasuah isteri bekas perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor berhubung pembekalan dan pemasangan tenaga solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak.
Peguan utama Rosmah, Datuk Jagjit Singh berhujah, sekiranya tidak terdapat sebarang surat pelantikan, maka bekas hakim Mahkamah Persekutuan seharusnya secara terhormat perlu memilih untuk tidak melibatkan diri dalam prosiding kes itu.
"Satu-satunya objektif bagi mendapatkan surat pelantikan itu adalah untuk menentukan locus standi (hak dari segi undang-undang) TPR Kanan (Sri Ram) untuk hadir dan mengendalikan prosiding berkenaan.
"Sejak perbicaraan ini disambung, tidak ada dokumen atau surat pelantikan atau sebarang instrumen bertulis dimajukan oleh pihak pendakwaan bagi mengesahkan bahawa Sri Ram telah dilantik sebagai TPR Kanan khusus untuk kes ini.
“Dengan ketiadaan dokumen berkenaan, mahkamah perlu memutuskan bahawa Sri Ram tidak layak, dan bukan individu yang sebetulnya untuk menjadi TPR, apa lagi untuk mengendalikan kes ini,” katanya.
Jagjit berhujah sedemikian dalam permohonan Rosmah bagi mendapatkan surat pelantikan Sri Ram sebagai TPR Kanan dalam kes rasuahnya, di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan.
Beliau seterusnya berhujah anak guamnya berhak mengesahkan keabsahan dan kesahan pelantikan peguam cara sebagai TPR Kanan untuk mendakwa dalam kesnya, memandangkan isteri bekas perdana menteri itu berhadapan dengan dakwaan yang serius.
Peguam itu juga berpandangan bahawa ada satu perintah Mahkamah Persekutuan dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadap suami Rosmah, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang memberi kuasa kepada Mahkamah Tinggi untuk mengeluarkan perintah berkenaan (penampilan surat pelantikan) kepada bekas perdana menteri itu.
TPR Ahmad Akram Gharib dalam membantah permohonan itu berkata pemohon (Rosmah) tidak berhak untuk mendapatkan surat pelantikan, kerana undang-undang tidak memerlukan dokumen berkenaan ditampilkan, dan peguam tidak mempunyai hak untuk melihatnya.
Beliau berkata sekiranya pelantikan itu dicabar, berdasarkan kepada undang-undang kes, ia memerlukan penampilan surat pelantikan itu hanya bagi mahkamah untuk melihatnya, tanpa tanggungjawab bersama untuk memberikan surat yang sama kepada peguam.
"Tambahan pula pelantikan Sri Ram sebagai TPR Kanan tidak pernah diragui, permohonan itu dibuat di tengah perbicaraan selepas pemohon menerima sepenuhnya kehadiran dan kuasa Sri Ram sebagai TPR Kanan,” katanya.
“Sri Ram juga sepanjang perbicaraan secara terbuka melaksanakan tugasnya sebagai TPR Kanan, fakta yang memang diketahui oleh Pendakwa Raya, yang tanggungjawabnya juga adalah bagi memastikan bahawa Sri Ram tidak berada di kedudukannya itu secara tidak sah,” tambahnya.
Ahmad Akram seterusnya berkata perintah Mahkamah Persekutuan yang dirujuk pemohon, tidak berkuasa untuk menyimpulkan bahawa mahkamah ini diberi kuasa untuk mengeluarkan perintah berkenaan sebagaimana yang diminta oleh pemohon.
Beliau berkata perintah itu hanya memberi kesan kepada tugas pihak pendakwaan dalam kes 1MDB untuk mendedahkan surat pelantikan berkenaan kepada mahkamah dan peguam.
"Sekiranya tidak ada penghakiman dengan alasan lengkap, perintah itu tidak mengikat dan tidak mewajibkan mahkamah ini untuk mengeluarkan perintah yang sama sebagaimana yang dibuat Mahkamah Persekutuan,” katanya.
Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, Hakim Mohamed Zaini menetapkan 17 Ogos untuk membuat keputusan.
Rosmah, 68, berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan sebanyak RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsudin, berhubung projek tenaga solar.
Suapan itu didakwa diterima menerusi bekas pembantu Rosmah, Datuk Rizal Mansor sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada KPM.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra, di sini; kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta dan di Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya antara Januari 2016 dan 7 Sept 2017. #sumber

http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://feedproxy.google.com/~r/blogspot/LWFdy/~3/UOUOyHnYzGc/rosmah-berhak-mengesahkan-keabsahan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
1mdb Audit Report Trial Court To Hear Najib S Bid To Recuse Sri Ram On Oct 16

1mdb Audit Report Trial Court To Hear Najib S Bid To Recuse Sri Ram On Oct 16

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 244 hits
The High Court in Kuala Lumpur has fixed Oct 16 to hear Najib Abdul Razak s application to recuse former Federal Court judge Gopal Sri Ram from prosecuting the former prime minister s 1MDB audit report tampering trial The hearing date was f...
Aug 28 Verdict On Najib S Bid To Disqualify Sri Ram As Dpp

Aug 28 Verdict On Najib S Bid To Disqualify Sri Ram As Dpp

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 366 hits
Najib Abdul Razak will know on Aug 28 whether he succeeds in his legal bid to disqualify Gopal Sri Ram from prosecuting the former prime minister s 1MDB linked cases The Kuala Lumpur High Court fixed the date after having heard submissions ...
Lawyer Demands Sri Ram S Letter Of Appointment

Lawyer Demands Sri Ram S Letter Of Appointment

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 247 hits
Day in court Rosmah arriving at the High Court in Kuala Lumpur She faces charges in connection with the solar energy project in Sarawak BernamaKUALA LUMPUR The defence in the corruption trial of Datin Seri Rosmah Mansor in connection with t...
Pesan Sri Mulyani Ke Anak Buah Kekayaan Negara Harus Beri Manfaat Dan Nilai Tambah

Pesan Sri Mulyani Ke Anak Buah Kekayaan Negara Harus Beri Manfaat Dan Nilai Tambah

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 220 hits
Sri Mulyani menyampaikan meski sudah selesai untuk selanjutnya telah menunggu tugas yang lebih berat yaitu memanfaatkan aset tersebut agar mampu memberikan nilai tambah yang setinggi tingginya bagi ekonomi dan bagi negara serta bagi keuanga...
Dr M Dan 4 Ahli Parlimen Fail Saman Cabar Pelantikan Speaker Timbalan Speaker Dewan Rakyat

Dr M Dan 4 Ahli Parlimen Fail Saman Cabar Pelantikan Speaker Timbalan Speaker Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 296 hits
July 23 2020 2 53 PMDr Mahathir Mohamad PETALING JAYA Ahli Parlimen Langkawi Dr Mahathir Mohamad bersama 4 ahli Parlimen lain bertindak mengambil tindakan undang undang bagi mencabar kesahihan pelantikan speaker dan timbalan speaker Dewan R...
Indef Sri Mulyani Jangan Salahkan Psbb Tapi Salah Pemerintah Yang Lambat Sikapi Covid 19

Indef Sri Mulyani Jangan Salahkan Psbb Tapi Salah Pemerintah Yang Lambat Sikapi Covid 19

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 224 hits
Pemerintah tidak bisa menyalahkan kebijakan Pembatasan Sosial Berskala Besar menjadi akibat pertumbuhan ekonomi Indonesia kontraksi minus 5 32 persen pada kuartal II 2020 Begitu kata Peneliti dari Institute for Development of Economics and ...
Sri Mulyani Janjikan Bantuan Untuk Pekerja Bergaji Rp5 Juta Warganet Se Jogja Dapat Dong

Sri Mulyani Janjikan Bantuan Untuk Pekerja Bergaji Rp5 Juta Warganet Se Jogja Dapat Dong

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 307 hits
Janji Menteri Keuangan Sri Mulyani untuk memberikan gaji tambahan pada karyawan yang mendapat gaji di bawah Rp5 juta ramai diperbincangkan warganet Upah Minimum Kota Kabupaten Jogja pun lagi lagi menjadi sorotan Tampak pada cuitan akun ahon...
Usul Tun M Cabar Pelantikan Speaker Akan Ditolak Mahkamah

Usul Tun M Cabar Pelantikan Speaker Akan Ditolak Mahkamah

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 267 hits
SHAH ALAM Mahkamah Tinggi dijangka mengetepikan usul permohonan saman bagi mencabar pelantikan Datuk Azhar Azizan Harun dan Datuk Seri Azalina Othman Said sebagai Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat sewaktu persidangan Par...
Cek Fakta Sri Mulyani Tak Sanggup Serahkan Tugasnya Ke Rizal Ramli

Cek Fakta Sri Mulyani Tak Sanggup Serahkan Tugasnya Ke Rizal Ramli

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 302 hits
Kanal Youtube Radar Politik mengunggah video dengan judul BERITA TERBARU HARI INI SRI MULYANI SUDAH TIDAK SANGGUP LANJUT SERAHKAN TUGASNYA KE RIZAL RAMLI dengan durasi 10 03 dan telah ditonton sebanyak puluhan ribu kali Berikut kutipan nara...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast

Rasuah Haram Hindarinya

Kitshafiq Rumah Tanpa Pintu Chord

Pyanhabib Kisah Sepotong Telur Dadar Dan Gulai Nangka Bulan Ramadan

Confirmed Ram Will Produce A Mid Size Pickup Truck In 2027

Breaking News Citroen May Reintroduce The 2cv