Roslan Kassim Aktivis Dan Politican Berjiwa Melayu


BELASUNGKAWA


Bersama Allahyarham
di HUKM.HARI ini kita semua disapa perkhabaran dukacita seorang lagi aktivis politik yang kental dengan semangat Melayu dan Islam sdr Roslan Kassim telah kembali ke Rahmatullah di hospital Selayang jam 2:22 petang ini. Roslan diketahui sudah lama mengidap sakit kencing manis dan akhir-akhir ini mengalami kegagalan buah pinggang. 
Pertemuan saya dengannya di acara Sepetang Alumni Yayasan Anda Akademik (YAA) bersama Anwar Ibrahim di Taman Tasik Titiwangsa tanggal 11 Februari 2020. 
Pada majlis itu beliau menjadi salah seorang pena mengisah dan mengenangkan era kecemerlangan YAA yang menjadi sebuah institusi menampung anak-anak Melayu tersekat ke universiti selepas STP. 
Roslan adalah salah seorang putra YAA yang berjaya mencetak diri sebagai pengamal undang-undang (Penguam Syariah) dan juga sebagai ahli politik.   

Saya mulai mengetahui beliau sakit dan menerima rawatan November 2015 apabila bertembung dengannya di Jabatan Radiologis HUKM Cheras. Ketika itu kami sama-sama hendak menjalani x-tray di hospital berkenaan. Allahyarham ditolak di atas kerusi roda begitu juga dengan saya. Ketika itu saya sedang bergelumang dengan kanser limpoma. 
Tidak jauh dari saya.
Sebagai seorang ahli politik beliau tidak jauh daripada radar perhatian saya sebagai penulis politik kerdil. Kebetulan Roslan adalah pendukung tegar Anwar Ibrahim dan penggerak Reformasi. Beliau boleh dianggap sebagai "budak Anwar" menjadikan beliau seorang yang berkorban untuk kepentingan Anwar demi untuk membela rakyat dan menegakkan keadilan. 
Dengan kedudukan itu menyebabkan musibah yang menimpa Anwar Ibrahim dipecat daripada Umno dan hilang jawatan kerajaan sebagai TPM dan Menteri Kewangan September 1998 turut berjangkit kepada Allahyarham. Ketika itu Allahyarham adalah Ketua Pemuda Umno Negeri Sembilan di mana Pemuda adalah barisan penyokong kuat kepada perjuangan Anwar. 
Apabila beliau memilih untuk membela Anwar, beliau seperti memilih jalan sukar dalam politik, meninggalkan pulau yang sudah dibina dalam Umno. Tindakan ini merupakan pengorbanan besar beliau buat Anwar dan reformasi. 

Roslan di majlis YAA
11 Februari 2020.Kedudukan beliau sebagai Ketua Pemuda Negeri Sembilan boleh menganjak beliau ke tahap lebih jauh dalam politik kalau beliau sedia bersama Umno dan bersedia pula untuk menjadi penentang Anwar.
Namun kerana bersama Anwar, Roslan kehilangan semua kesenangan selama ini dan beliau membayar harga yang tinggi untuk perjuangan reformasi. Paling ketara ialah apabila beliau terpaksa meninggalkan firma guaman apabila tidak sehaluan dengan rakan kongsinya. 
Risiko paling berat ditanggung Roslan kerana mengambil langkah bersama Anwar ialah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Penahanan Roslan sebaik Anwar ditangkap pada 3 September.
Allahyarham juga mencipta sejarah tersendiri dengan kewujudan PKR. Beliau adalah antara orang awal boleh dianggap sebagai pengasas penubuhan Parti Keadilan Nasional (PKN) yang kemudian berubah menjadi Parti Keadilan Rakyat beberapa tahun kemudian. 
Diawal penubuhan PKN, Roslan menjadi Ketua Penerangan, satu jawatan cukup penting dalam organisasi siasah. 
Salah satu jasa besar beliau semasa memegang jawatan ini, dan jasa ini jarang diketahui apa lagi dikenang, berjaya menerbitkan Suara Keadilan, akhbar menjadi lidah rasmi Keadilan. Saya cukup tahu akan keperitan beliau dalam menerbit Suara Keadilan ini kerana saya turut sama terlibat. 
Beliau meminta saya menyediakan bahan untuk terbitan akhbar berkenaan, bahkan untuk layout (mokep) keluaran pertama akhbar berkenaan, saya salah seorang tukangnya. Akhbar itu kemudian bertukar tangan apabila beliau tidak lagi menjawat jawatan itu.  
Takdir tidak lama beliau dalam Keadilan kerana pada tahun 2004 beliau meninggal parti yang diasasnya itu. Sampai sekarang saya tidak jelas apakah faktor menyebabkan beliau keluar daripada Keadilan kemudian menyertai Umno semula bersama beberapa yang lain. Tindakan Allahyarham ini menyebabkan beliau dicemuh khasnya mereka yang menjadi tongkat serandang kepada Anwar. Bahkan pada suatu masa beliau ingin melawat Anwar di rumahnya ketika tokoh reformasi itu keluar dari penjara, tetapi beliau tidak dibenarkan. 
Halangan terhadap Allahyarham ini satu kejadian sungguh menyedihkan. 
Di dalam Umno beliau juga tidak kekal lama, sekali lagi meninggalkan parti berkenaan. Kita faham kenapa beliau tidak betah. Jiwa dan semangat keIslamnya menyebabkan beliau tidak dapat melihat Umno terus ditelan bobrok. 
Apabila keluar daripada Umno beliau hidup tanpa berparti namun perjuangan diteruskan dengan menyertai Pertubuhan Pribumi Malaysia (Perkasa) yang ditubuhkan oleh Ibrahim Ali. Dalam Perkasa beliau dilantik menjadi Ketua Penerangan jawatan yang semasa NGO itu diperingkat penubuhan disandang oleh saya. Saya meninggalkan Perkasa apabila Ibrahim telah menjadikan Perkasa sebagai platform kepada Dr Mahathir Mohamad untuk menyerang Abdullah Ahmad Badawi.
Perlu disebut setelah meninggalkan Umno dan Keadilan, Allahyarham memilih PPBM untuk melangsungkan perjuangan politiknya. 
Demikianlah sekelumit riwayat Roslan Kassim yang dapat saya nukilkan sebagai mengenang beliau. Pada saya Roslan seorang politician dan aktivis yang bergerak atas landasan agama dengan menjadikan Melayu sebagai roh perjuangannya. 
Semoga Allah mencucuri rohnya dengan rahmat berlimpah dan diletakkan di makam orang-orang saleh. Takziah kepada seluruh keluarganya. [wm.kl.8:10 pm 17/09/2020]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2020/09/roslan-kassim-aktivis-dan-politican.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bagaimana Melayu Singapura Dipinggirkan Kerajaan Pap Tanpa Menukar Perlembagaan

Bagaimana Melayu Singapura Dipinggirkan Kerajaan Pap Tanpa Menukar Perlembagaan

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 292 hits
Orang Melayu ni paranoid Kalau kita ratifikasi ICERD pun hak hak istimewa Bumiputera masih terjamin Nak batalkan Perkara 153 bukan saja perlu 2 3 majoriti tetapi perlu kelulusan Raja Raja Melayu Jangan bimbang tak bertempatlah Begini jawapa...
Pn Temberang Tiada Dasar Pro Melayu Diluluskan

Pn Temberang Tiada Dasar Pro Melayu Diluluskan

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 189 hits
Kerajaan tebuk atap Perikatan Nasional mencanangkan ke seluruh negara bahawa mereka adalah pembela Melayu tulen Kerajaan ini juga mengindoktrinasikan ke dalam minda Melayu kononnya ekonomi dan sosial kaum itu akan diangkat lebih bermaruah N...
5914 Lahirnya Pasar Besar Orang Melayu Sinar Harian 09 09 2020

5914 Lahirnya Pasar Besar Orang Melayu Sinar Harian 09 09 2020

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 300 hits
AHAD lalu pada 6 September telah berlangsung majlis perasmian Malakat Mall di Cyberjaya Majlis disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar Malakat Mall merupakan pasar raya Muslim per...
Asam Pedas Johor Kg Sg Melayu Gelang Patah Yang Sedap

Asam Pedas Johor Kg Sg Melayu Gelang Patah Yang Sedap

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 577 hits
Saya rasa ramai yang menulis bab ini dan memerhatikan keadaan yang sama Bab bershopping di butik butik ternama Ianya berdasarkan pemerhatian saya sendiri Saya beberapa kali mengalami situasi di mana kita boleh melihat kesungguhan staf melay...
Pejuang Hanya Mampu Curi Undi Melayu Ilham Centre

Pejuang Hanya Mampu Curi Undi Melayu Ilham Centre

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 247 hits
Parti baharu Dr Mahathir Mohamad Parti Pejuang Tanah Air hanya akan dapat curi undi dan belum tentu akan dapat menembusi kawasan majoriti Melayu dalam pilihan raya umum akan datang kata penganalisis Malah dalam suasana politik semasa Pejuan...
Mca Bakal Jatuhkan Kerajaan Melayu Islam

Mca Bakal Jatuhkan Kerajaan Melayu Islam

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 214 hits
ismaweb netMCA kena ikut kehendak Melayu bertanding di kerusi majoriti CinaSEJAK Pilihan Raya Umum pertama pada tahun 1955 parti MCA telah dianggap sebagai penyokong tegar kerajaan daripada Parti Perikatan dan Barisan Nasional dalam mendapa...
Kenapa Ramai Melayu Jenis Puxxmak

Kenapa Ramai Melayu Jenis Puxxmak

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 167 hits
Cukuplah Dan bosan dengan Melayu Cina dan India bercakap pasal rasuah dan salah guna kuasa Kleptokrasi konon Who invented that culture Those Barisan Nasional leaders who are now Pakatan Harapan leaders lah Puxxmak punya Melayu Munafiq nombo...
Putra Saran Kerajaan Pahang Gazetkan Tanah Ceroboh Di Raub Sebagai Tanah Rizab Melayu

Putra Saran Kerajaan Pahang Gazetkan Tanah Ceroboh Di Raub Sebagai Tanah Rizab Melayu

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 303 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang disaran agar menggazetkan kira kira 4 400 hektar tanah yang diceroboh untuk tanaman durian musang king di Raub sebagai tanah rizab Melayu Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia Datuk Hamidah Osman ber...
Parti Syed Saddiq Pecahkan Undi Terutama Melayu Tun M

Parti Syed Saddiq Pecahkan Undi Terutama Melayu Tun M

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 285 hits
16 total views 16 views today SHAH ALAM Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa parti anak muda yang akan ditubuhkan oleh bekas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan memecahkan sokongan pengundi terutama ...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar

Sesi Tukar Duit Raya Di Maybank



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Cukai Perkhidmatan 8 Hanya Ke Atas Golongan Berkemampuan

300 Extra Padu Registration Counters Opened

Nadma Remaining Water Storage Reserves In Four Dams In Johor Penang And Kedah At Critical Level

Mixing Politics With Religion In Malaysia Breeds Negativity

Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Senarai Cerita Filem Terbaru 2024 Di Pawagam