ROS teliti desakan haramkan UmnoPosted By: Pentadbiron: June 28, 2019 Print EmailJabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) sedang meneliti memorandum yang mendesak supaya Umno diharamkan kerana didakwa menerima wang daripada 1MDB, kata ketua pengarahnya, Masyati Abang Ibrahim.“Kita tidak boleh kata ia akan diharamkan atau sebaliknya, kerana kita dalam proses meneliti dahulu.“Banyak proses yang kita akan lihat, sekiranya ada yang tidak mematuhi akta di bawah bidang kuasa kita, kita akan maklumkan,” kata Masyati yang dipetik oleh portal Berita Harian Online.Isnin lalu, Pemuda Pakatan Harapan (PH) menghantar surat kepada ROS mendesak tindakan tegas dikenakan terhadap Umno, susulan pendedahan SPRM bahawa beberapa cawangan parti berkenaan, menerima wang berjumlah RM212 juta daripada 1MDB.Ketua Penerangan Pemuda PH Ulya Aqamah Husamudin mendakwa wang yang ingin dituntut SPRM daripada Umno itu, sepatutnya digunakan untuk pembangunan negara dan rakyat sebaliknya disalahguna oleh Umno.Mengulas lanjut, portal itu turut memetik Masyati sebagai berkata pihaknya sudah menerima memorandum berkenaan termasuk yang diserahkan kepada ROS di beberapa negeri termasuk Kelantan, Perak dan Perlis.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |