Ronaldo Tak Setuju Messi Pemain Terhebat Sepanjang Zaman


Ronaldo Tak Setuju Messi Pemain Terhebat Sepanjang Zaman
Ikon bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo, sekali lagi mencetuskan perdebatan apabila menegaskan bahawa beliau tidak bersetuju Lionel Messi dianggap pemain terbaik sepanjang zaman (GOAT).
Dalam satu temu bual eksklusif bersama Piers Morgan yang disiarkan di program Piers Morgan Uncensored, bintang kelahiran Portugal itu dengan tegas menjawab persoalan mengenai siapa yang lebih hebat antara dirinya dan Messi.
“Messi lebih baik daripada saya? Saya tidak setuju dengan pendapat itu. Saya tidak mahu berpura-pura rendah diri,” kata Ronaldo.
Kenyataan itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat bola sepak di seluruh dunia. Ia sekali gus menghidupkan semula perdebatan panjang antara dua legenda bola sepak ini.
Rooney pilih Messi, Ronaldo tenang Dalam sesi temu bual itu juga, Morgan mengajukan soalan mengenai kenyataan bekas rakan sepasukan Ronaldo di Manchester United (MU), Wayne Rooney.
Lapor Goal.com, Rooney sebelum ini pernah memilih Messi sebagai pemain terbaik.
“Mereka dua pemain berbeza. Tapi saya rasa Messi luar biasa, dia yang terbaik sepanjang masa. Ronaldo hanya tidak bernasib baik kerana berada di era yang sama dengan Messi. Tapi kedua-duanya adalah antara pemain terbaik dalam sejarah,” kata Rooney sebelumnya.
Rooney kemudian menjelaskan semula bahawa pilihannya tidak bermaksud dia membenci Ronaldo.
“Saya suka Ronaldo, dia genius. Orang salah faham bila saya kata saya lebih suka Messi. Tapi hakikatnya, Cristiano luar biasa. Apa yang dia lakukan sekarang, pada usia 40 tahun, masih menakjubkan,” jelas Rooney dalam satu podcast lain bersama Rio Ferdinand.
Ronaldo bagaimanapun tidak tersinggung dengan kenyataan itu.
“Ia bukan masalah bagi saya,” jawab Ronaldo tenang.
Pertembungan dua legenda Selama lebih dua dekad, nama Ronaldo dan Messi sering disebut sebagai dua pemain terhebat dalam sejarah bola sepak moden.
Kedua-duanya memenangi pelbagai kejuaraan, termasuk Ballon d’Or, Liga Juara-Juara Eropah serta mencipta pelbagai rekod peribadi yang sukar ditandingi.
Kini, kedua-dua pemain itu berada di fasa penghujung karier masing-masing, lapor Goal.com. Ronaldo masih aktif bersama Al-Nassr di Arab Saudi, manakala Messi beraksi untuk Inter Miami di Amerika Syarikat (AS).
Kedua-duanya jarang menjatuhkan antara satu sama lain secara terbuka. Namun, temu bual terbaru ini menandakan kali pertama Ronaldo secara terang-terangan menolak pandangan bahawa Messi adalah GOAT, tambah Goal.com.
Masih ‘berbisa’ di usia 40 tahun Walaupun sudah berusia 40 tahun, Ronaldo terus membuktikan ketajamannya di padang. Dalam musim 2025-2026, beliau sudah menjaringkan sembilan gol dalam 10 perlawanan bersama Al-Nassr.
Ronaldo menegaskan bahawa beliau masih belum mahu bersara dan mahu membantu kelabnya meraih kejuaraan di Arab Saudi. Ia sesuatu yang masih belum dicapainya sejak berpindah dari MU pada 2022.
Satu-satunya trofi besar yang belum dimenanginya ialah Piala Dunia, dan ramai menjangka tahun 2026 mungkin peluang terakhirnya untuk menjulang kejuaraan itu.
Mungkin juga ia akan menjadi pentas pertembungan terakhir antara beliau dan Messi di pentas antarabangsa, tambah Goal.com.
BACA: FIFA Kekalkan Hukuman Terhadap FAM, Tujuh Pemain
Sumber: Goal.com
 
The post Ronaldo Tak Setuju Messi Pemain Terhebat Sepanjang Zaman appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/04/ronaldo-tak-setuju-messi-pemain-terhebat-sepanjang-zaman/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Perkeso Lindung 24 7 Tak Kisah Di Mana Bila Atau Bagaimana Pekerja Kini Dilindungi Sepanjang Masa

Hiburan Perkeso Lindung 24 7 Tak Kisah Di Mana Bila Atau Bagaimana Pekerja Kini Dilindungi Sepanjang Masa

papar berkaitan - pada 1/11/2025 - jumlah : 199 hits
Bayangkan ini Anda baru habis bekerja gembira mahu pulang ke kampung bersama keluarga Jalan licin tiba tiba bam kemalangan berlaku Malangnya kerana ia terjadi di luar waktu kerja anda tidak layak menuntut bantuan daripada Situasi seperti in...
Bertemu Kembali Sahabat Baik Zaman Sekolah

Bertemu Kembali Sahabat Baik Zaman Sekolah

papar berkaitan - pada 7/11/2025 - jumlah : 231 hits
07 November 2025 Jumaat Ada hari hari yang terasa biasa tapi tanpa kita sangka Allah selitkan kejutan kecil yang menyentuh hati Hari ini salah satunya sebuah pertemuan yang tak pernah terlintas akan terjadi semula Hari ini aku bercuti ada u...
Sijil Kelahiran 7 Pemain Antara Dokumen Penting Diserahkan Fam Kepada Fifa

Sijil Kelahiran 7 Pemain Antara Dokumen Penting Diserahkan Fam Kepada Fifa

papar berkaitan - pada 22/10/2025 - jumlah : 222 hits
Firdaus HashimKUALA LUMPUR Sijil kelahiran tujuh pemain antara dokumen penting diserahkan Persatuan Bolasepak Malaysia kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa dalam proses rayuan yang sudah dibuat sebelum ini Ahli jawatankuasa eksekutif F...
Tengku Muda Pahang Jelaskan Pernah Syorkan Kepada Fam Beberapa Nama Pemain Warisan Termasuk Tujuh Yang Di Siasat Fifa

Tengku Muda Pahang Jelaskan Pernah Syorkan Kepada Fam Beberapa Nama Pemain Warisan Termasuk Tujuh Yang Di Siasat Fifa

papar berkaitan - pada 25/10/2025 - jumlah : 223 hits
KUALA LUMPUR Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah menjelaskan baginda pernah mengesyorkan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia beberapa nama pemain warisan termasuk tujuh pemain yang kini dalam siasatan Persekutuan Bola S...
Lebih Utama Gaya Atau Prestasi Pilihan Pembeli Kereta Di Zaman Kini

Lebih Utama Gaya Atau Prestasi Pilihan Pembeli Kereta Di Zaman Kini

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 197 hits
Ramai yang sanggup menghabiskan wang untuk menukar coverset rim atau ekzos tetapi apabila tiba pasal helmet mereka masih menggunakan yang longgar atau langsung tidak memakainya Satu hentakan kecil di kepala boleh menentukan antara hidup dan...
Cerita Nak Londeh Dalam Zaman Sekolah Pun Hangpa Buat Kalut

Cerita Nak Londeh Dalam Zaman Sekolah Pun Hangpa Buat Kalut

papar berkaitan - pada 2/11/2025 - jumlah : 167 hits
Alif Kadir Al KatamiIngatkan orang nak bercerai aje dok bawak keluar cerita remeh Rupanya geng PN PAS pun sama Hamzah tak nak main dgn Redzuan masa zaman sekolah pun ungkit habis Nasib baik tak dak kes ikat kote kawan tgh tido kat asrama dg...
Pengalaman Menggunakan Telefon Awam Pada Zaman Remaja

Pengalaman Menggunakan Telefon Awam Pada Zaman Remaja

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 252 hits
Pengalaman Menggunakan Telefon Awam Pada Tahun 80 an 90 anPada zaman 80 an hingga 90 an telefon bimbit belum lagi wujud atau masih terlalu mahal untuk dimiliki orang biasa Ketika itu telefon awam menjadi penyelamat untuk berhubung dengan ke...
Kabinet Baru Kerajaan Madani 2026 Senarai Nama Jawatan

Hati Hati Nanti Da Yang Sailang Jadi Wakil Rakyat

Woit Modal Dah Habis Ke

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu

Seoarang Lelaki Maut Selepas Kereta Yang Dipandu Terbabas Terputus Dua Akibat Rempuh Pokok Sawit Di Felda Jengka 11

Kedai Kopi Tasik Shah Alam Tempat Makan Santai Kegemaran Keluarga

Kos Homestay Yang Wajib Anda Ketahui

Empat Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Azam Tahun Baru 2026 Idea Realistik Yang Mudah Kekal Konsisten

Pengalaman Saya Buka Akaun Atlas By Bank Muamalat

Mengapa Syarikat Packaging Penting Untuk Bisnes Anda Ketahui Kesannya Pada Jualan Jenama

Transformasi Kewangan Peranan Ai Dalam Pengurusan Ringgit

Lelaki Yang Penat Menjadi Pilihan Kedua

Saham Pembuat Cip Ai China Melonjak Cabar Dominasi Nvidia