Rollti Roti Canai Wrap
Pernah dengan roti canai Rollti? Ha...Kalau cerita tentang roti canai ni, mesti roti canai mamak menjadi pilihan rakyat Malaysia, kan. Ini termasuklah mummy sendiri. Tapi, kini cinta mummy telah beralih arah ye.
Kalau tanya mummy sekarang..roti canai mana yang best ? Jawapan mummy, roti canai Rollti lah paling best ! Tak pernah rasa roti canai Rollti? Haa...korang wajib cuba, gerenti jatuh hati.
Roti Canai Rollti di Starling Mall
Baru-baru ini, mummy ke restoran Roti Canai Rollti yang terletak di Starling Mall. Macam mana roti canai Rollti tu? Ha...Rollti merupakan restoran roti canai . Di mana roti canainya dibalut dalam satu roti secara On-the-Go yang menawarkan rasa Malaysia.
Roti canai dibuat dengan diisi pelbagai sayur-sayuran segar, protein berperisa (ayam, daging, kambing) dan sos inspirasi tempatan yang luar biasa seperti Rendang, Sambal, Sate, Kari dan banyak lagi.
Keith Loh, Ketua Pegawai Eksekutif Rollti
“Rollti adalah roti canai masa hadapan. Balutan kami bukan sahaja mempamerkan rasa yang kaya dan pelbagai rasa untuk selera Malaysia, tetapi ia juga menu signature dalam tradisi masakan Malaysia,” kata Keith Loh, Ketua Pegawai Eksekutif Rollti.
“Dengan permulaan perniagaan ini, kami sedang mencari untuk “melancarkan” pengalaman baharu untuk pelanggan kami dan akhirnya mengembangkan diri kami ke seluruh negara supaya semua rakyat Malaysia dapat membuka sentuhan moden ini kepada roti canai tradisional mereka”, tambah beliau.
Mengenai rancangan pengembangan perniagaan untuk Rollti, Keith Loh selanjutnya menyebut, “Dengan permulaan cawangan pertama kami di Starling Mall, kami akan menambahkan kepada 10 lagi lokasi dari sekarang hingga akhir 2024. Ini selaras dengan cita-cita kumpulan kami untuk mempunyai 100 cawangan dalam tempoh 5 tahun akan datang di seluruh Malaysia dan rantau ini”.
Menu dan Harga Makanan Roti Canai Rollti
Menu dan harga makanan di Rollti sangat berbaloi, kerana ianya bukan roti canai biasa. Ianya di datangi dengan pelbagai variasi roti canai . Kesemua makanan di Rollti sangat sesuai untuk breakfast, lunch dan dinner.
Harga makanan di Rollti juga tidak terlalu mahal serendah RM7 sahaja.
Sekarang ini, Rollti ada promosi Buy 1 Free 1 termasuk air. Ha ! Jimat !
Menu Minuman RolltiMenu minuman panas dan sejuk di Rollti juga ada banyak pilihan. manakala harga minuman di sini serendah RM4.50 !
Menu minuman di sini berinspirasikan tempatan dan juga minuman klasik seperti Bandung, Limau Ais dan Pandan ianya boleh dijadikan kepada frappe dan soda.
Lokasi Rollti
Restoran Rollti terletak di dalam Starling Mall Uptown Damansara. Bersebelahan dengan Jaya Grocer.
B-008B, Level LG, The Starling Mall, No. 6, Jalan SS21/37, Damansara Uptown, 47400 Petaling Jaya, Selangor.
Buka setiap hari dari 10 pagi - 10 malam
Rollti memenuhi keperluan rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat dengan memasukkan kepelbagaian dalam menu mereka termasuk bahan-bahan halal dan inti berasaskan tumbuhan dalam menu mereka.
Untuk maklumat lanjut dan prmosi, boleh layari ke :-
Website | Instagram | Facebook
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azlindaalin.com/2023/10/rollti-roti-canai-wrap.html