Rokok Letrik Rawatan Alternatif Alat Berhenti Merokok
Tiada permohonan vape, rokok elektronik alat berhenti merokokIPOH: Kementerian Kesihatan tidak menerima permohonan daripada mana-mana pihak, termasuk farmasi untuk menjadikan vape atau rokok elektronik sebagai alat untuk rawatan alternatif berhenti merokok.Timbalan Menterinya, Dr Lee Boon Chye, berkata sehingga kini hanya dua perkara sahaja yang diluluskan di bawah farmasi iaitu gula-gula getah dan `patch’ (koyok) untuk dijadikan alat bantu program berhenti merokok.“Nikotin hanya boleh dibuat melalui ubat sebagai merawat untuk berhenti rokok dalam formulasi tertentu yang sudah diluluskan di bahagian farmasi.“Ia terus dikawal di bawah Akta Racun 1952, jadi peniaga yang menjual cecair vape yang ada kandungan nikotin adalah satu kesalahan yang boleh diambil tindakan,” katanya.Beliau berkata demikian selepas merasmikan program ‘Walk the Talk Malaysia’: Pencegahan Bunuh Diri sempena Hari Mental Sedunia 2019 di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz di sini, hari ini.Boon Chye berkata, berdasarkan pengalaman pihak yang menggunakan vape dan kajian beberapa pihak, 90 peratus daripada cecair vape yang dijual mengandungi nikotin.Katanya, ketika ini kajian dilakukan bagi menggubal undang-undang khusus mengawal tiga komponen berkaitan nikotin iaitu rokok, vape dan shisha.“Kajian itu antara lain melihat sama ada kita mahu melarang sepenuhnya penggunaan vape, membenarkan penggunaan vape tanpa nikotin atau vape dalam kadar nikotin yang rendah.“Jadi ini tiga pendekatan yang kita sedang kaji, masing-masing ada ‘pro and kontra’ jadi kita perlu meneliti bukti dan data saintifik yang sedia ada sebelum kita membuat keputusan muktamad,” katanya.Beliau bagaimanapun menegaskan penggunaan vape adalah tidak selamat sepenuhnya dan terdapat juga masalah kesihatan.“Walaupun fahaman (umum) vape itu kurang bahaya dibandingkan dengan rokok, tetapi setakat mana kurang bahayanya itu kita belum tahu,” katanya.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bagaimana hukum dalam Islam? Bersambung insya Allah!Video
1:16Hukum Hisap Vape - Ustaz Azhar Idrus
Ustaz Azhar Idrus OfficialYouTube - 25 Mei 2018
PRATONTON2:06Hukum Vape Vapor Rokok Elektrik - Poster Dakwah Yufid TV
Yufid.TV - Pengajian ..
YouTube - 6 Apr 2019
5:04VAPE HARAM ATAU HALAL
KLXpressYouTube - 9 Nov 2015
7:47HUKUM ROKOK BIASA DAN ROKOK ELEKTRONIK OLEH Dr ...
JEF'STEAMMEDIA tubeYouTube - 22 Jun 2015
1:12Majlis Fatwa Kebangsaan haramkan vape, rokok elektronik
KiniTVYouTube - 22 Dis 2015
7:30APA HUKUM HISAP VAPE / USTAZ MOHAMAD HANIF HARON
Rakan Pusat Islam UiTMPPYouTube - 3 Dis 2015
4:19Hukum Rokok dan Shisha Harus?
zhafran85YouTube - 4 Ogo 2013
1:48VAPE ATAU ROKOK ELEKTRONIK, HARAM DI SISI ISLAM ...
beritanasionalrtm rasmiYouTube - 21 Dis 2015Hasil carian web
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ibnuhasyim.com/2019/11/rokok-letrik-rawatan-alternatif-alat.html