Rojak Petis Makanan Kegemaran Orang Johor
Berapa lama daa tak makan rojak petis. Selain Soto dan lontong, Orang Johor suka makan rojak petis. Betul tak? Tak Johor lah tak makan rojak petis. Mungkin betul juga sebab encik suami orang Nismilan tak suka makan rojak petis.
Bulan lepas dalam perjalan balik rumah dari kampung, kononnya nak singgah beli rojak petis depan TF Value-Mart Gemas. Sekali duit tunai tak cukup daaa...Dalam TF Value-Mart Gemas tak ada mesin ATM. Bank terdekat ada bank muamalat je tapi rosak pula. Kempunan nak makan rojak petis! Mujurlah bukan mengidam orang mengandung. Nayaaa kalau tak diturutkan
Balik minggu lepas singgah lagi nak beli rojak petis. Dah pastikan duit tunai cukup untuk membeli makanan dan minuman di gerai-gerai tepi jalan depan TF Value-Mart Gemas. Beli kopi Hainan dan rojak petis je. Tak ada yang menarik untuk dibeli kata encik suami
Saya layan rojak petis sorang-sorang je lah. Pakcik jual rojak petis kata sayur takda. Bahan rojak petis tak cukup tak apa, janji kuah rojak petis tu sedap.
Dalam semangkuk rojak petis ada buah nanas, mangga, sengkuang, jambu batu dan epal hijau ditaburi kekacang dan kuah rojak petis. Hilang kempunan nak makan rojak petis. Tapi ada yang kurang sikit, buah jambu batu dia tersangatlah lembik. Auto patah selera.
Setakat ni saya belum pernah lagi buat rojak petis Johor sendiri. Nak tahu cara buat kuah rojak petis, boleh rujuk resipi rojak petis Johor Kak Dana.
Asal usul rojak petis yang diambil dari wikipedia, Rojak atau rujak (ejaan di Indonesia) ialah makanan tradisi buah-buahan dan sayur-sayuran mentah yang dicampur dengan kuah. Makanan ini berasal pulau Jawa tersebar ke seluruh Indonesia, Malaysia dan Singapura.
Kadang saya keliru dengan rojak petis vs rojak buah. Nampak macam sama je. Apa beza dia? Tolong jawab kejap kalau tahu
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2022/11/rojak-petis.html