Roh Tergantung Kerana Hutang Tinggalkan Hartamu Untuk Lunaskan



Perihal hutang merupakan ayat yang paling panjang yang diceritakan menerusi kalam Allah, iaitu dalam surah al-Baqarah, ayat 282. Dalam ayat ini, Allah berfirman mengenai orang yang berhutang perlu berusaha melunaskan hutangnya walau apa jua keadaan serta perihal hutang yang amat berat.
Menerusi kulliyyah yang telah disampaikan oleh ustaz Azhar Idrus, wajib hukumnya melunaskan hutang. Jiwa dan roh orang-orang yang berhutang akan tergantung di langit sehinggalah hutangnya dijelaskan. Rasulullah SAW bersabda melalui riwayat Abu Hurairah:
“Jiwa orang mukmin akan tergantung dengan hutangnya sehinggalah dia menjelaskan hutangnya.”
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)
Imam Muslim juga ada merekodkan hadiS yang telah diucapkan oleh Rasulullah SAW:
“Allah SWT mengampunkan dosa orang yang mati syahid kecuali hutang”
Hutang ialah hak orang lain. Wajib ke atas setiap orang untuk mengembalikan hak yang telah diambil. Walaupun seseorang itu meninggal dalam keadaan syahid, iaitu dengan semulia-mulia kematian, namun jika masih terdapat hutang yang belum dilunaskan, dosanya masih belum terampun walhal pahala syahid ini besar, terus masuk syurga tanpa dihisab namun ia akan terhalang jika masih ada hutang.
Penghutang sebagai Pencuri
“Siapa saja yang berhutang lalu berniat tidak mahu melunasinya, maka dia akan bertemu Allah (pada hari kiamat) dalam status pencuri.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Jika kita telah meninggal dunia dalam keadaan tidak sempat dan tidak berniat melunaskan hutang kepada pemiutang, maka kita akan menghadap Allah sebagai seorang pencuri.
Rendahnya darjat orang yang berhutang sehingga dianggap pencuri di hadapan Allah dan Rasulullah sehinggakan baginda tidak akan menyembahyangkan jenazah orang yang berhutang. Peristiwa ini telah dirakam melalui hadis baginda daripada Abu Hurairah:
“Adalah Rasulullah SAW tidak mensolatkan jenazah yang memiliki hutang. Lalu didatangi mayat ke hadapannya. Baginda bertanya: “Adakah dia mempunyai hutang?” Mereka menjawab, “Ya, dua dinar.” Baginda bersabda, “Solatlah untuk sahabat kalian.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Hadis ini menunjukkan bahawa hutang manusia pada pandangan Islam adalah amanah yang sangat besar dan menjadi satu tanggungjawab yang perlu diselesaikan.
Mahukah kalian yang berhutang dianggap sebagai pencuri?

Biar Miskin Melunaskan Hutang
Janganlah pernah sesekali wujud perasaan takut untuk membayar hutang kerana berpendapat bahawa kalian akan jatuh miskin. Namun, takutlah kekayaaan dan segala harta kalian yang tidak diberkati Allah kerana hijab hutang yang ada.
Semakin banyak yang kita miliki, maka sebenarnya semakin besar tuntutan dan tanggungjawab yang perlu dipertanggungjawabkan di hadapan Allah di hari Akhrat nanti.
Malah, Rasulullah SAW memberi amaran terhadap kehidupan orang-orang yang berhutang yang tidak akan tenang dan tenteram kerana hatinya akan sentiasa merasa resah dan gelisah. Dalam satu hadis yang telah direkodkan oleh Imam Baihaqi ada menyebut:
“Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.”
Wasiatkan Saudaramu
Jika kita berniat ingin melunaskan hutang InsyaAllah akan dibantu dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah. Andai ajal menjemput terlebih dahulu tanpa sempat membayar hutang, maka wariskanlah kepada saudara-mara kita mengenai kewujudan hutang itu agar mereka boleh membantu kita untuk mengelakkan daripada roh kita tergantung di alam akhirat.
Melalui surah al-Baqarah, ayat 282 juga ada menyebut bahawa, setiap hutang itu perlulah ada saksi supaya boleh mengingatkan jika masing-masing terlupa.
“…kemudian, jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau ia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi itu), maka hendaklah direncanakan oleh walinya dengan adil dan benar, dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu.
Kemudian kalau tidak ada dua saksi lelaki dari kalangan kamu, maka bolehlah, seorang saksi lelaki dan dua orang saksi perempuan dari orang-orang yang kamu setujui untuk menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu, maka dapat diingatkan oeh yang seorang lagi…”
Sudah terang lagi bersuluh bahawa hutang piutang ini merupakan satu perihal yang amat berat dan perlu diambil perhatian agar tanggungjawab terhadap hak yang dipinjam itu dapat dilunaskan. Semoga kita semua sentiasa tergolong dalam kalangan orang-orang yang beriman dan melunaskan hutang agar tidak dianggap sebagai pencuri oleh Allah swt.
 
Sumber: tzkrh.com 
The post Roh Tergantung Kerana Hutang, Tinggalkan Hartamu Untuk Lunaskan appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/roh-tergantung-kerana-hutang-tinggalkan-hartamu-untuk-lunaskan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Usai Bertemu Jokowi Siti Aisyah Tak Bicara Apapun Saat Tinggalkan Istana

Usai Bertemu Jokowi Siti Aisyah Tak Bicara Apapun Saat Tinggalkan Istana

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 217 hits
Aisyah bersama keluarganya meninggalkan Istana Kepresidenan pukul 14 45 WIB Keempatnya mendapat pengawalan khusus dari pihak kepolisian
Tinggalkan Anak Atas Motor Ayah Masuk Kedai Apa Apa Boleh Berlaku Dalam Beberapa Minit

Tinggalkan Anak Atas Motor Ayah Masuk Kedai Apa Apa Boleh Berlaku Dalam Beberapa Minit

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 514 hits
Ramai ibu bapa ambil risiko dengan tinggalkan sekejap anak anak dalam kereta atau motosikal dengan niat tak mahu rasa susah kerana nak membeli barang Bukan itu sahaja ada juga yang membiarkan anak ketika di stesen minyak dengan enjin masih ...
Ibu Tinggalkan Anak Perempuannya Dalam Rumah Yang Penuh Sampah Sarap Dan Lipas

Ibu Tinggalkan Anak Perempuannya Dalam Rumah Yang Penuh Sampah Sarap Dan Lipas

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 619 hits
Ibu tinggalkan anak perempuannya dalam rumah yang penuh sampah sarap dan lipasSeorang kanak kanak perempuan berusia lima tahun ditemui dalam rumah pangsapuri yang penuh dengan sampah sarap dan lipas Kanak kanak yang digelar sebagai Mowgli G...
Jaga Jer Anak Kau Tu Tak Payah Sibuk Hal Orang Kata Si Bapa Selepas Ditegur Tinggalkan Anak Lama Lama Di Motosikal

Jaga Jer Anak Kau Tu Tak Payah Sibuk Hal Orang Kata Si Bapa Selepas Ditegur Tinggalkan Anak Lama Lama Di Motosikal

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 369 hits
The ReporterBeberapa minggu yang lalu seorang kanak kanak nyaris dilarikan dua lelaki bermotosikal selepas ditinggalkan bapanya di atas motosikal sementara dia masuk ke dalam kedai untuk membeli barang Bagaimanapun kanak kanak itu terselama...
Penyewa Tinggalkan Rumah Sewa Hancur Penuh Tahi Kucing Pemilik Rumah Terkilan Dianiaya Penyewa Ini

Penyewa Tinggalkan Rumah Sewa Hancur Penuh Tahi Kucing Pemilik Rumah Terkilan Dianiaya Penyewa Ini

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 491 hits
The ReporterRumah yang dihias dengan cantik lengkap dengan segala perabot asas ini disewakan kepada penyewa dengan harapan ianya dijaga dengan baik seperti rumah sendiri Malangnya harapan itu musnah apabila si penyewa dengan tergamaknya men...
Sebilangan Penduduk Mula Tinggalkan Pasir Gudang

Sebilangan Penduduk Mula Tinggalkan Pasir Gudang

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 265 hits
THE MALAYSIAN TIMES JOHOR BAHRU Khuatir dengan keadaan pencemaran kimia akibat pembuangan sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim yang sehingga kini menyebabkan lebih 900 orang dirawat sebilangan penduduk di Pasir Gudang mula mengambil inisiatif...
Baru Tiga Hari Kerja Dah Buat Hal Pembantu Rumah Sanggup Tinggalkan Bayi Berikat Di Kerusi Lebih Tiga Jam

Baru Tiga Hari Kerja Dah Buat Hal Pembantu Rumah Sanggup Tinggalkan Bayi Berikat Di Kerusi Lebih Tiga Jam

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 539 hits
Baru Tiga Hari Kerja Dah Buat Hal Pembantu Rumah Sanggup Tinggalkan Bayi Berikat Di Kerusi Lebih Tiga Jam Baru saja tiga hari bekerja tetapi pembantu rumah warga asing ini tergamak melakukan onar dengan merembat barangan berharga milik maji...
Jangan Tinggalkan Rumah Allah

Jangan Tinggalkan Rumah Allah

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 350 hits
Jangan tinggalkan masjid Jangan abaikan masjid Jangan tak hadir ke masjid Jangan tak pedulikan masjid Jangan datang ke masjid hanya sebagai mayat Semoga Allah SWT mengurniakan kita kekuatan untuk datang dan hadir ke RumahNya dan semoga Alla...
Kerana Hero Egg Man Rakyat Malaysia Berduyun Tinggalkan Komen Ucap Terima Kasih

Kerana Hero Egg Man Rakyat Malaysia Berduyun Tinggalkan Komen Ucap Terima Kasih

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 555 hits
Di sebalik seluruh dunia berdukacita atas tragedi hitam yang menimpa jemaah umat Islam di Masjid Chistchurch New Zealand tindakan Senator Australia Fraser Anning yang mendakwa serangan pengganas adalah berpunca daripada kehadiran penganut I...
Diet Suku Suku Separuh Jom Amalkan

Airasia Santan Menu Baru Harga

Koleksi Kad Pokemon Dilelong Rm330 000

Kelahi Selepas Kemalangan Lelaki Bawa Kereta Lawan Arus

Pas Dikecam Balun Polis Bukan Fahaman Ekstremis

Majlis Perkahwinan Anak Saudara

Muslims Rebuke Rais Yatim S No No To Sarawak S Proposal Of Conducting Friday Sermons In English

Yuka Kharisma Cinta Indah Buat Kanda Chord



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Isu Uitm Kerajaan Kena Berani

Ragam Pelik Kucing

15 Breathtaking Mediterranean Powder Room Ideas From Classic To Modern

Durioo Cara Daftar Subscription

A Lone Wolf Does Not Materialise Naturally

Temui Onew Di Malaysia Dalam Guess Onew Fanmeeting 2024 Pada 27 Julai 2024